BTC USD 47,855.9 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News 6G Memang Laju Boleh Capai 1TB Per Saat, Tapi Perlu Ke ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,631
Reaction score
3,923
Points
236
Sebelum mula menulis artikel ini pun, saya sudah dapat membayangkan ruangan komen yang dipenuhi dengan ayat seperti:

"5G pun lembab, ini kan pula 6G"
"6G dekat Malaysia, 100 tahun lagi belum tentu dapat"
"Tak payah tengok 5G lah, 4G pun bukan semua dapat"


.. dan lain-lain lagi yang seangkatan. Betul. Apa yang dilontarkan itu ada yang betul, tetapi untuk artikel kali ini itu bukan apa yang mahu dibincangkan, sebaliknya saya ingin berkongsikan kepada pembaca apa itu teknologi 6G. Atau bahasa mudahnya, "5G tak cukup laju ke sampai perlu ada 6G?"


Pengenalan 6G

Selang beberapa tahun generasi rangkaian akan digantikan dengan teknologi lebih baik. Ini bermula dengan teknologi 1G yang diperkenalkan pada tahun 1980an. Kemudiannya 2G sekitar 1990an, 3G menjelang tahun 2000, 4G sekitar 2008, dan sekarang ini era 5G (walaupun belum sampai di Malaysia). Walaupun 5G belum bertapak secara besar-besaran di seluruh dunia, ada sahaja negara yang sudah cuba bereksperimen dan memulakan kajian tentang 6G.


Tujuan 6G Di Perkenalkan

Tujuan 6G diperkenalkan selain fitrah evolusi teknologi adalah ia dapat memenuhi permintaan data yang berkembang pesat lebih laju daripada 5G. Walaupun kebanyakan tugasan seharian anda sekarang boleh sahaja dilakukan dengan lancar walau hanya menggunakan 4G, arena professional dan industri data besar sangat memerlukan kelajuan pemprosesan data yang lebih pantas justeru ini adalah di mana 6G akan membantu mereka. Contoh seperti kajian oleh para saintis atau platform rangkaian untuk syarikat teknologi bermain dengan sesuatu produk atau inovasi yang memerlukan data yang sangat laju.


Di Mana 6G Bakal Di Gunakan?

Jika 5G dapat membantu doktor membedah dari beratus-ratus KM jauhnya kerana lengah yang sangat kecil dan rendah, 6G pula akan membawa kepada penggunaan lebih besar terutamanya untuk industri, kerajaan, perlindungan aset kritikal dan sebagainya. Kunci utama 6G adalah rangkaian yang mempunyai lengah sangat rendah, walaupun berjauhan beribu-ribu KM, penggunaannya akan terasa seperti menggunakan kabel berwayar. Sangat laju. Jadi, apa-apa penggunaan yang melibatkan kelajuan super pantas ini, 6G akan membanyak membantu dalam penggunaan mereka.

Antara contoh pengunaan 6G adalah seperti

  • sistem bandar pintar
  • IoT
  • kereta tanpa pemandu
  • sistem realiti maya,
  • pengesanan gas dan toksik
  • pengawalan kualiti udara
  • pemantauan kesihatan
  • membuat keputusan yang sangat pantas seperti penguatkuasaan undang-undang dan sistem kredit sosial
  • dan lain-lain

Smart-City.jpg

Pendek kata, 6G akan lebih terarah kepada industri teknologi, kerajaan, dan seangkatannya terlebih dahulu berbanding pengguna biasa disebabkan mereka lebih terkesan dalam penggunaan rangkaian yang laju ini berbanding 'anda' yang hanya membuka media sosial pada telefon pintar.


Apa Spesifikasi 6G?

Spesifikasi untuk 6G belum lagi diumumkan secara rasmi. Namun jangkaan awal adalah ia akan jauh lebih pantas dari 5G iaitu sekitar ~95 Gbit/s. Secara teori ia adalah lebih pantas sehingga 1TB per saat jika menurut Dr. Mahyar Shirvanimoghaddam dari University of Sydney. Bayangkan anda boleh memuat turun lebih dari142 video Nefflix dalam kualiti tertinggi setiap saat menggunakan rangkaian 6G ini. Untuk frekuensi 6G pula, ia dicadangkan untuk beroperasi pada julat 95GHz sehingga 3000GHz (3THz). Walaupun belum muktamad lagi, ini merupakan kawasan frekuensi yang kemungkinan besar digunakan 6G.

6g-radio-spectrum-800x400-1.jpg

Sebagai perbandingan 5G pula hanya beroperasi sehingga 26GHz sahaja. Penggunaan frekuensi lebih tinggi pada 6G akan membolehkan data dan maklumat dihantar lebih pantas berbanding 5G sekarang ini. Pada awal 2020, NTT DoCoMo iaitu syarikat rangkaian dari Jepun telah mengemukakan 6 teknologi utama yang perlu 6G capai:

  • Kelajuan pantas lebih dari 100Gbps
  • Liputas meluas termasuk kawasan tinggi, dalam laut, dan angkasa
  • Penggunaan kuasa dan kos yang sangat rendah
  • Lengah masa sangat rendah kurang dari 1ms
  • Ketersediaan teknologi yang sentiasa ada sehingga 99.999999%
  • Capaian peranti berhubung yang sangat banyak, 5x ganda lebih pantas dari 5G

s.png

Kesemua spesifikasi yang dinyatakan ini sudah tentu akan diubahsuai semula bergantung kepada kesesuaian teknologi semasa dan juga kemampuan infrastruktur 6G kelak.


Siapa Yang Bangunkan 6G Pada Masa Ini?

Ramai negara dan badan organisasi sudah memulakan kajian mengenai 6G bermula dari tahun 2019 lagi. Antaranya adalah:

  • Universiti Oulu di Finland yang membuat kajian 6G dinamakan 6Genesis.
  • Institut Penyelidikan Elektronik dan Telekomunikasi Korea Selatan buat masa ini sedang menjalankan kajian frekuensi Terahertz untuk 6G.
  • Pada 6 November 2020, China telah melancarkan satelit 6G eksperimental untuk menguji komunikasi melalui Terahertz di angkasa.
  • Amerika Syarikat yang membuka ruang penyelidikan dan pembangunan untuk frekuensi 95GHz sehingga 3THz untuk diujikaji dalam 6G.

thumbs_b_c_1f11ed8bf581a4d001f6885ec30a97bf.jpg

Dari semasa ke semasa, sudah tentu lebih banyak lagi negara dan badan organisasi akan menyertai perlumbaan 6G ini jika spesifikasinya sudah mula dikenalpasti.


Bila 6G Akan Tiba?

Teknologi disasarkan akan diperkenalkan secara komersil bermula 2030, iaitu kurang dari 10 tahun sahaja lagi. Sebelum 2030 ini tamat, sudah tentu kajian mengenai 7G pula akan bermula dan dieksperimentasikan.


Adakah Sudah Ada Produk 6G?

Barangan dan produk dengan 5G sekarang ini sudah banyak dijumpai di pasaran, tetapi bagaimana pula dengan 6G? Buat masa ini tiada barangan 6G yang sudah diumumkan memandangkan kajian mengenai teknologi ini masih dijalankan. Pun begitu, apa yang boleh dijangka, produk 6G sudah tentu akan diutamakan kepada industri teknologi yang besar berbanding pengguna biasa sendiri.


6G Memang Laju, Tapi Ia Mungkin Bukan Untuk Anda

Secara jujurnya, seperti yang dinyatakan di atas, rangkaian 6G memang pantas, berkali ganda lebih pantas dari 5G yang sampai sekarang masih menunggu bila nak rasmi. Akan tetapi penggunaannya buat masa ini lebih nampak manfaatnya pada kegunaan syarikat-syarikat besar dan industri besar untuk menaik taraf infrastruktrur, servis, dan produk mereka. Untuk pengguna biasa, 6G mungkin akan lambat diadaptasi kepada produk seperti telefon pintar, komputer, dan lain-lain. Ini adalah disebabkan rangkaian 6G berfrekuensi tinggi yang mempunyai liputan kawasan yang sangat kecil.

Jadi, 6G kemungkinan besar hanya akan wujud pada bandar-bandar besar dan maju sahaja. Berbalik kepada mengapa kawasan 3G lagi besar dari 4G, 6G ini akan menggunakan hukum alam yang sama disebabkan frekuensinya yang tinggi. Oleh itu, mungkin hanya beberapa kerat sahaja pengguna yang dapat menikmati rangkaian 6G ini, lebih sedikit berbanding 5G sekarang ini..

Rujukan - Miwv, Searchnetworking, NTT DoCoMo, Digitaltrends
 

CG Sponsors




Top
Log in Register