BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

67 Peratus Setuju Pelaksanaan Semula PLKN

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,202
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,202
Reaction score
36,349
Points
2,836
Awards
2

67 peratus setuju pelaksanaan semula PLKN​

28 Februari 2024 01:20pm

2554612.jpg

Seramai 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.

KUALA LUMPUR - Seramai 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.

Pengarah Eksekutif Architects of Diversity Malaysia, Jason Wee berkata, bagaimanapun seramai 52 peratus responden memberi pandangan sangat merisaukan dengan gangguan seksual terhadap peserta PLKN.

"Ia diikuti dengan seramai 49 peratus responden memberi pandangan isu buli terhadap peserta juga merisaukan dan seramai 41 peratus responden menjawab isu kandungan berunsur berat sebelah politik turut merisaukan.

"Kurang daripada satu pertiga daripada responden merasakan bahawa isu kos mahal untuk dijalankan (27 peratus) dan membuang masa (22 peratus) katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, mantan Timbalan Komandan Latihan PLKN, Mejar (B), Ismail Mohd Hassan dan Pengurus Advokasi, Architects of Diversity Malaysia, Amin Mubarak

2554534.jpg

Jason Wee (kiri) dan Amin (kanan) pada sidang media berkaitan hasil tinjauan umum pelaksanaan PLKN 3.0, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Amin berkata, tinjauan yang dilaksanakan oleh pihaknya itu melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas.

"Responden diberikan pilihan menjawab tinjauan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

"Majoriti daripada semua demografi yang dianalisis (bangsa, jantina, umur dan wilayah) bersetuju dengan pelaksanaan semula PLKN," katanya.

Beliau berkata, seramai 74 peratus responden beranggapan bahawa PLKN akan memberi kesan yang sangat positif kepada masyarakat.

"Hanya empat peratus responden berpendapat PLKN akan memberi kesan negatif atau sangat negatif kepada masyarakat," ujarnya.

Menurutnya, individu berusia 25 hingga 39 tahun yang merupakan generasi yang pernah menjalani PLKN mempunyai pendapat positif tertinggi mengenai program tersebut.

"Seramai 78 peratus menilai PLKN mempunyai kesan yang sangat positif," ujarnya.

Beliau berkata, antara cadangan untuk pelaksanaan PLKN 3.0 adalah untuk meningkatkan keberkesanan program PLKN dan memperbaiki defisit kepercayaan awam.

"Kami menyarankan pihak kementerian untuk menjalankan projek rintis untuk PLKN 3.0 dahulu. Kajian rintis pada tahap permulaan dapat menguji keberkesanan dan menguji kandungan program, jadi mengurangkan risiko kegagalan serta menjimatkan kos," katanya.

Amin berkata, jurulatih yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik akan melambangkan ikatan sosial yang perlu dicontohi dan mendorong pelatih untuk mengikut langkah yang sama.

"Tindakan ini juga dapat memberi jaminan kepada pelatih dari lapisan masyarakat berbeza bahawa mereka berada di dalam persekitaran yang selamat," katanya.

Menurutnya, nisbah pelatih yang terdiri daripada pelbagai etnik perlu diperkecilkan, bermakna komposisi pelajar daripada setiap kumpulan etnik yang berbeza harus mencapai skala yang hampir sama.

"Tujuannya adalah untuk mengurangkan kecenderungan pelatih yang akan memilih untuk bergaul bersama kumpulan etnik mereka," ujarnya.

Amin berkata, peningkatan bajet setiap peserta bagi pemerkasaan kualiti program sambil mengurangkan saiz kohort bagi sensitiviti kos.

"Peningkatan peruntukan kewangan akan memastikan setiap peserta mendapat akses kepada kemudahan yang lebih berkualiti serta latihan yang lebih bermakna melalui pengambilan pelatih yang berkaliber tinggi," katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan program tersebut.

"NGO memiliki kepakaran dan sumber daya yang berbeza serta dapat menyokong pelaksanaan program dengan lebih efektif, khususnya dari segi pengisian PLKN berkaitan dengan kesukarelawanan, kenegaraan serta isu-isu pembangunan negara.

"Penyumbangan tenaga kerja pihak NGO dapat meringankan beban kewangan melalui kerjasama pelaksanaan latihan serta pengarangan modul-modul dalam proses pembangunan kurikulum PLKN 3.0," katanya.

Sponsored Post

PLKN dilaksana semula kerana semangat patriotik makin terhakis​

28 FEB 2024

2554684.jpg

Syed Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan penyata berkaitan PLKN.

KUALA LUMPUR – Semangat patriotik dan cintakan negara yang kurang dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (JPKK) Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara umum dapat dilihat semangat patriotik dan rasa cintakan negara semakin terhakis dalam diri kalangan anak muda.

“Sebab itu dalam konteks PLKN, terdapat tiga tunjang menjadi matlamat utama yang kita inginkan iaitu pertama, semangat cintakan negara, kedua, perpaduan nasional dan ketiga, kesukarelawan.

“Ia termasuk pembinaan karakter kepimpinan dalam kalangan anak muda, selain memastikan mereka mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk memainkan peranan dalam urusan kenegaraan,” katanya pada sidang akhbar pembentangan tinjauan umum dan laporan penuh kajian mengenai PLKN oleh badan bukan kerajaan (NGO) Architects of Diversity (AOD) di sini, pada Rabu.

Hasil tinjauan dan laporan dibentangkan oleh Pengarah Eksekutif AOD, Jason Wee dan Pengurus Advokasi AOD, Amin Mubarak.

Turut hadir, bekas Timbalan Komandan Latihan PLKN, Mejar (B), Ismail Mohd Hassan.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, berdasarkan tinjauan umum oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) mendapati masih ada rasa patriotisme dalam kalangan anak muda, namun ia masih rendah.

“Daripada segi kapasiti, kemampuan untuk menaikkan atau meningkatkan patriotisme serta cintakan negara itu (dalam diri anak muda), saya rasa ia masih kurang.

“Itu antara sebab utama kita perlu wujudkan PLKN 3.0 ini, ia adalah kerana isu tersebut (rasa patriotisme dan semangat cintakan negara),” katanya.

Mengenai relevan PLKN dilaksanakan semula dengan berpaksikan tiga tonggak utama, Syed Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui banyak pihak.

“Walaupun ia mungkin ada sedikit perbezaan matlamat dengan program hampir sama yang dijalankan di negara-negara lain,” katanya.

Mengulas mengenai pembentangan tinjauan dan laporan kajian PLKN 3.0 oleh AOD, beliau berkata, semua hasil tinjauan dan laporan yang dibentangkan itu hampir sama dengan data dan maklumat diperolehi JPKK.

“Tidak lari jauh daripada yang dibincangkan dalam JPKK serta taklimat yang diberikan oleh Mindef, ia hampir 99 peratus sama seperti yang kita kumpulkan dalam penyata berkaitan PLKN tahun lalu.

“JPKK ada mengeluarkan penyata itu pada November 2023, ia memberikan gambaran berkenaan taklimat yang diberikan oleh pihak Mindef serta ulasan dan syor dikemukakan JPKK kepada pihak Mindef dan kerajaan,” katanya.
 
Tak perlu benda ni.....patriotik ni perlu di bentuk disekolah....silibus negara luar...nak sembang pasal patriotik dikalangan siapa?Ada cikgu tu cakap....lagu negara tu masa pasang lagu nampak mcm boleh nyanyi...bila off lagu..senyap...sekolah mana tu?
 
Buat program tu pakai duit pulak
Kroni juga yang dapat
Saya rasa tak perlu pun buat
 
Dulu depa dok kutuk PLKN ni...projek Rosmah lah...tender itu lah....sekarang buat pulak...
Depa yg menjahanamkan plkn jgk....jenis xfikir panjang....pastu bila org kritik depa koyak siap kena level penyembah ngn penganut lg....😂
 
Kerajaan dalam proses muktamad kurikulum PLKN 3.0​

29 FEB 2024

2556006.jpg

Kerajaan sedang dalam proses untuk memuktamadkan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijangka bermula seawal tahun hadapan.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang dalam proses untuk memuktamadkan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijangka bermula seawal tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara aspek yang dinilai ialah kurikulum, pelaksanaan dan usaha antara agensi yang boleh membantu memantapkan program berkenaan.

“Modul PLKN akan berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan dan 20 peratus lagi (unsur) kenegaraan. Jadi, kalau nak kata ia merupakan usaha untuk mempengaruhi ataupun ada elemen politik, itu tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.

Mengenai kuota pengambilan peserta PLKN sebelum ini, Mohamed Khaled berkata, terdapat ramai peserta daripada golongan bumiputera kerana peratusan mereka yang tinggi di dalam negara.

“Tak mungkin boleh menampung semua sebab tempat yang ada adalah terhad. Jadi, akan ada kriteria tertentu sebelum mereka dipilih menyertai PLKN nanti,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan semula PLKN setelah ditangguhkan lebih lima tahun dan program itu akan dijalankan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara.

Sebanyak 477 penerima APC termasuk penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga Angkatan Tentera Malaysia serta pesara awam terpilih menerima anugerah pada Khamis.

Mohamed Khaled turut menyempurnakan penyampaian Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada seorang guru di Maktab Tentera Diraja, Hairunisa Khalid yang merupakan satu-satunya penerima bagi kategori itu tahun ini atas kriteria pencalonan memerlukan pegawai terpilih diiktiraf aktif dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. – Bernama
 
PLKN dilaksana semula kerana semangat patriotik makin terhakis​

28 FEB 2024

2554684.jpg

Syed Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan penyata berkaitan PLKN.

KUALA LUMPUR – Semangat patriotik dan cintakan negara yang kurang dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (JPKK) Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara umum dapat dilihat semangat patriotik dan rasa cintakan negara semakin terhakis dalam diri kalangan anak muda.

“Sebab itu dalam konteks PLKN, terdapat tiga tunjang menjadi matlamat utama yang kita inginkan iaitu pertama, semangat cintakan negara, kedua, perpaduan nasional dan ketiga, kesukarelawan.

“Ia termasuk pembinaan karakter kepimpinan dalam kalangan anak muda, selain memastikan mereka mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk memainkan peranan dalam urusan kenegaraan,” katanya pada sidang akhbar pembentangan tinjauan umum dan laporan penuh kajian mengenai PLKN oleh badan bukan kerajaan (NGO) Architects of Diversity (AOD) di sini, pada Rabu.

Hasil tinjauan dan laporan dibentangkan oleh Pengarah Eksekutif AOD, Jason Wee dan Pengurus Advokasi AOD, Amin Mubarak.

Turut hadir, bekas Timbalan Komandan Latihan PLKN, Mejar (B), Ismail Mohd Hassan.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, berdasarkan tinjauan umum oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) mendapati masih ada rasa patriotisme dalam kalangan anak muda, namun ia masih rendah.

“Daripada segi kapasiti, kemampuan untuk menaikkan atau meningkatkan patriotisme serta cintakan negara itu (dalam diri anak muda), saya rasa ia masih kurang.

“Itu antara sebab utama kita perlu wujudkan PLKN 3.0 ini, ia adalah kerana isu tersebut (rasa patriotisme dan semangat cintakan negara),” katanya.

Mengenai relevan PLKN dilaksanakan semula dengan berpaksikan tiga tonggak utama, Syed Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui banyak pihak.

“Walaupun ia mungkin ada sedikit perbezaan matlamat dengan program hampir sama yang dijalankan di negara-negara lain,” katanya.

Mengulas mengenai pembentangan tinjauan dan laporan kajian PLKN 3.0 oleh AOD, beliau berkata, semua hasil tinjauan dan laporan yang dibentangkan itu hampir sama dengan data dan maklumat diperolehi JPKK.

“Tidak lari jauh daripada yang dibincangkan dalam JPKK serta taklimat yang diberikan oleh Mindef, ia hampir 99 peratus sama seperti yang kita kumpulkan dalam penyata berkaitan PLKN tahun lalu.

“JPKK ada mengeluarkan penyata itu pada November 2023, ia memberikan gambaran berkenaan taklimat yang diberikan oleh pihak Mindef serta ulasan dan syor dikemukakan JPKK kepada pihak Mindef dan kerajaan,” katanya.
Syed Ibrahim hang sembang apa ni..patriotik ke..
Kasi mansuh sekolah jenis la kalau nak patriotik..
Ubah silibus sekolah tu...bukan hantar kem 1-2 bulan..bende ni berterusan...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register