BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

652 laman sesawang disekat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_02.1.jpg

AWAS kegiatan laman sesawang phishing untuk curi maklumat mangsa melalui e-mel bagi tujuan jenayah.

CYBERJAYA - Sebanyak 652 laman sesawang yang melakukan phishing bagi mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain untuk tujuan salah disekat dari Januari hingga Mei pada tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, jumlah laman web yang dikesan dan disekat itu bagaimanapun menurun sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM iaitu jabatan bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menutup sesebuah laman phishing yang dikesan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Shariffuddin Khalid.


sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
kate internet tanpa batasan... puiiii....
 
Internet tanpa batasan selagi x melampaui batas.
 
sekat yg phishing tu pun xptot ke
 
patutnya SKMM kena buat satu web utk org ramai report web2 phising nie ... jadi sebelum ramai yg menjadi mangsa, web tu dah kena sekat ..... kalu nak arapkan team dia jer yg cari tak banyak lah yg dapat ....
 
pishing site ko rang paham ker tidak yang menentang ni? :))

pishing site ni ada sampai satu tahap dia boleh dapat semua password dan user dalam komputer korang apabila korang masuk jer ke laman tu....bahaya ni woo...

memang patut di block ....ni bukan pasal internet tanpa batasan...ni masalah dia leh hack habis peribadi korang ni...tu pasal la FB banyak kena hack.... pishing punya hal gak ni..
 
sila tutup laman sesawang papagomo..hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register