BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

62 pelajar SMKASAM cirit-birit

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
SH.transformed.jpg

KUALA TERENGGANU: Seramai 62 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SMKASAM) dikejarkan ke hospital pagi tadi, selepas mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu membabitkan seramai 26 pelajar lelaki dan 36 perempuan

Katanya, pihaknya difahamkan punca keracunan makanan itu dipercayai daripada sandwich telur yang dimakan di kantin asrama sekolah malam tadi

"Pelajar dikatakan mengadu sakit perut pagi tadi dan mengalami cirit-birit. Pihak sekolah kemudian membawa semua pelajar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapatkan rawatan selanjutnya kira-kira jam 9 pagi tadi," katanya

Shafruddin berkata, pelajar dibenarkan pulang selepas menerima rawatan dan kembali ke asrama sekolah pada jam 11.30 pagi ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203747
 
kat penang, 72 sakit perut..

macam dah pakat je
 
ni sape supplier, atau memang dibuat kat kantin asrama. :D

kesian kat mereka. yang lain mungkin hanya terima kesan minimum :)
 
berniaga tak amanah..
 
kualiti makanan di asrama juga perlu dipantau selalu. sbb biasanya pengusaha masak sekaligus hidangan dlm masa sama dan simpan.
kononnya utk jimat masa dan kos sebab selang masa diantara hidangan x berapa jauh.bila sampai masa hidangan drg cuma akan panaskan kembali.itu pn kalo dipanaskan kembali..
 
Apa la pemberita... biasa org sebut SHAMS je... di bantainya SMKASAM... mcm pekasam dah
 
Back
Top
Log in Register