BTC USD 40,003.8 Gold USD 1,865.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

60 peratus rakyat Malaysia gemuk

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri

ne_01.1.jpg

15/11/2010 5:26pm

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan. - Bernama

:D
 
Last edited:
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
lebey ramai perempuan gemuk berbanding lelaki yg gemuk
 

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
lebih dr separuh...sng sgt kot rakyat mesia ni..hehehehe:D
 

nastrade

Fun Poster
Joined
Jan 14, 2009
Messages
954
Reaction score
5
Points
15
Lepas makan malam banyak-banyak...TIDO....
 

TokJayo777200

Fun Poster
Joined
Jan 21, 2010
Messages
928
Reaction score
56
Points
20
Makan nasik sampai penuh membukit pinggan,lepas tu minum air bergula pulak mana la tak gemuk...

Makan nasik seciput,lauk banyak takpe-protein & sayur2.minum air kosong je....
 

trigger_86

Active Member
Joined
Nov 23, 2007
Messages
1,428
Reaction score
6
Points
25
bnykkan la lagi makan fast food. beger plastik
 

TokJayo777200

Fun Poster
Joined
Jan 21, 2010
Messages
928
Reaction score
56
Points
20
Yg boroi tu ada masaalah metabolisme tu..orang putih kata "symbol of prosperity"...hehehe
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
saya tak gemuk :">
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register