60 individu dakwa rugi RM25 juta skim pelaburan emas

CG Sponsors

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.

"Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.

"Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.

"Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.

Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut mendedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon.

"Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP)," katanya.

Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu.

"Sehingga sekarang kita tidak ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan 'orang dalam' kerana mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah," katanya dam menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang mencurigakan. - Bernama

company mana ni weyyyyy???
 
Sponsored Post

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138

takde sebut plak co mana...

siapa tau???
 
Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
EMAS? ada kena mengena dgn jebat derhaka ke ni? ehehe
 
sprinter

Fun Poster
Joined
Aug 1, 2009
Messages
935
Reaction score
9
Points
15
adakah company tu kene mengena dgn org2 yg jual emas dlm CG ni?
 
tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
satu persoalan...adakah geng CG ada yg terlibat...
 
hafizuka

Super Active Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.

"Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.

"Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.

"Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.

Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut mendedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon.

"Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP)," katanya.

Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu.

"Sehingga sekarang kita tidak ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan 'orang dalam' kerana mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah," katanya dam menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang mencurigakan. - Bernama
Mana ada bisnes tipu2 ni, inilah pelaburan alaf baru dengan return yang menakjubkan, tiap2 bulan tarak miss punya oooo

ni yang buat laporan ni sebenarnya saje nak menjatuhkan bisnes orang Melayu ni :eek: :eek:

Pak Lah: Pulis kata jangan....
 
aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
takkan public gold plk

company apa ni ?
 
Opah Opie

Junior Member
Joined
Jan 21, 2010
Messages
72
Reaction score
1
Points
11
adeh...mcm2! beli emas tu ok tapi jgn le pecaye 100% kalo ade comp yg nk bagi profit tinggi...check la dulu betoi2!
 
tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
tok tahu syarikat mana ni... HQnya kat K.L
 
Sponsored Post
Top
Log in Register