BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 sekeluarga Rohingya didakwa 13 pertuduhan pecah rumah, simpan harta curi, ceroboh

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,374
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,374
Reaction score
1,348
Points
201
6111607466161717735_121.jpg


6 sekeluarga Rohingya didakwa 13 pertuduhan pecah rumah, simpan harta curi, ceroboh

Izz Laily Hussein

Wanita etnik Rohingya yang sarat hamil anak keempat dihadapkan ke Mahkamah Majistret bersama suami, menantu dan tiga anak perempuannya, hari ini atas pertuduhan pecah rumah, simpan harta curi dan ceroboh, sejak awal tahun ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN
Kota Tinggi : Wanita etnik Rohingya yang sarat hamil anak keempat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 13 pertuduhan pecah rumah, simpan harta curi dan ceroboh, sejak awal tahun ini.

Tertuduh, Norjahan Ismail, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Selain Norjahan, turut dihadapkan ke mahkamah sama adalah suaminya, Muhammad Ibrahim Md Yusof, 24, yang dituduh dengan 11 pertuduhan pecah rumah serta simpan harta curi, manakala menantunya, Mohamad Jamal, 19, dan tiga anak perempuannya masing-masing berusia 17, 14 dan 13 tahun didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibaca secara berasingan, Norjahan dan Muhammad Ibrahim mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan mencapai niat bersama melakukan pecah rumah dan mencuri pelbagai barang kemas, jam tangan serta wang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum lima tahun dan boleh didenda dan jika mencuri, boleh dipenjara maksimun 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi lapan pertuduhan bersama-sama dengan curang menyimpan harta curi iaitu pelbagai barang kemas, wang tunai pelbagai mata wang dan jam tangan mewah dengan mengethaui bahawa barangan itu adalah harta curi.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lika tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa kediaman sekitar Kota Tinggi, antara Mac lalu hingga bulan lalu.

Norjahan turut menghadapi satu lagi tuduhan menyimpan harta curi dan memasuki rumah tanpa kebenaran di Mersing, pada Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohamad Jamal dan isterinya yang juga anak sulung Norjahan, serta dua lagi anak Norjahan didakwa memasuki Malaysia tanpa suatu pas yang sah, pada bulan lalu.

Mereka yang tidak mengaku bersalah didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Khairuddin Khalid dan Foo Fang Leong tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap semua tertuduh atas alasan seperti Norjahan dan Muhammad Ibrahim yang mempunyai terlalu banyak rekod lampau dan pernah dituduh serta dijatuhi hukuman di beberapa mahkamah dekat Pontian, Kulai dan Butterworth, Pulau Pinang.

"Mereka juga akan dituduh di beberapa lagi mahkamah seperti Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Kulai selepas ini.

"Walaupun belum dituduh, tetapi ia bukti apa yang dilakukan tertuduh seperti Norjahan dan Muhammad Ibrahim ini sangat serius," katanya.

Bagaimanapun, peguam L Mehnagha yang mewakili semua tertuduh etnik Rohingya itu memohon jaminan diberikan atas beberapa alasan termasuk Norjahan yang sarat hamil dan beberapa tertuduh masih di usia kanak-kanak.

Ahmad Khairuddin dengan tegas membantah memandangkan tiada sebarang dokumen sokongan dikemukakan pihak pembelaan untuk membuktikan usia tertuduh yang di bawah umur.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap semua tertuduh dan menetapkan 14 November depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sumber : Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register