BTC USD 43,898.5 Gold USD 1,762.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Layari Dark Web

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Seperti yang sesetengah daripada kita tahu, dark web boleh menjadi sumber yang menakjubkan, memberikan akses kepada maklumat yang anda tak boleh dapat dalam internet biasa.

Screenshot-1958.jpg


Dark web biasanya dirujuk sebagai sisi gelap dan jahat dalam internet. Ia merupakan lokasi laman sesawang dihoskan secara tanpa nama, biasanya berkenaan dengan aktiviti haram, dan berbeza dengan deep web. Walaupun ia mempunyai kebaikan tersendiri, dark web lebih cenderung untuk membawa anda ke dunia yang gelap.


1. Penipuan Kripto

Sekiranya anda mengikuti berita-berita terkini, anda pastinya mengetahui bahawa penipuan kripto sudah terlalu biasa dalam web biasa. Malah, masalah ini telah memaksa Facebook mengeluarkan larangan sepenuhnya terhadap iklan kripto pada pertengahan tahun 2018.

Jadi, adalah tidak mengejutkan untuk mengetahu bahawa penipuan kripto adalah lebih dahsyat dalam dark web.

Scammer menggunakan teknik yang sama dalam internet web, tetapi kekurangan peraturan bermakna penipuan kurang ditutup oleh rangkaian iklan, forum, dan tempat lain di mana scam ini muncul.


2. "Exit scam"

Exit scam berlaku apabila penjual berhenti menghantar produk tetapi terus mengambil pesanan dan wang daripada pelanggan.

Kerana barang-barang yang dijual di web gelap biasanya menyalahi undang-undang, melibatkan senjata api, dadah dan sebagainya, dan bayaran dibuat dalam bentuk Bitcoin atau mata wang kripto lain, maka pembeli tidak mempunyai jalan untuk mendapatkan ganti rugi atau pampasan.

Beberapa exit scam yang paling terkenal di dark web termasuklah Olympus Market dan Empire pada September 2018, dan pasaran darknet Evolution pada tahun 2015.

Pemilik pasaran Evolusi dilaporkan melarikan lebih dari $12 juta (RM48 juta) dalam bentuk Bitcoins.


3. Tipu helah dalam dark web

Web gelap penuh dengan penipuan di mana hampir semua yang ingin beli sebagai pertukaran dengan wang anda, berakhir dengan sia-sia.

Amat jelas baha tipu daya datang dalam banyak bentuk dan para penipu sangat kreatif. Sesetengah tipu helah boleh sampai ke tahap yang menjijikan.

Kemungkinan contoh yang paling popular adalah "bilik merah".

Bilik-bilik ini bertujuan untuk menunjukkan penyeksaan terhadap haiwan dan manusia hidup, serta pemerkosaan secara langsung dan juga pembunuhan.

Mungkin tak semuanya yang palsu dan kami tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menyiasat, tetapi menurut pengguna tegar dark web adalah ia kemungkinan ia adalah lakonan malah mungkin satu scam.

Satu insiden yang berlaku pada Ogos 2015 menjanjikan penyeksaan terhadap tujuh tahanan ISIS.

Malah mereka mendakwa para penonton boleh memberikan arahan apa yang hendak dilakukan ke atas tahanan-tahanan tersebut melalui ruangan sembang.

Kemudian, tiga minit sebelum aksi itu bermula, laman sesawang terpadam.

Setengah jam kemudian laman sesawang itu kembali dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil bahagian.

Apabila "rakaman sumber" dimuat naik, ia melihatkan kamera membeku setiap kali penyeksaan bermula. Notis rampasan FBI yang kelihatan seperti palsu dan mencurigakan muncul beberapa hari kemudian.

Tipu helah lain mengambil kesempatan terhadap mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan haram seperti pembunuh upahan yang sering dirujuk sebagai putera Nigeria dalam web gelap, serta yang ingin membeli produk haram.

Sekiranya anda cuba mendapatkan perkhidmatan dan produk seperti ini, anda akan kerugian besar.


4. Keganasan

Pihak berkuasa anti-keganasan telah mendedahkan beberapa contoh bahawa kumpulan-kumpulan pengganas menggunakan web gelap untuk menyelaraskan tindakan mereka.

Pada awal tahun 2015, didapati bahawa Al-Hayat Media Centre, yang bersekutu dengan ISIS, melancarkan laman web gelap baharu untuk menyebarkan maklumat.

Laman web biasa milik mereka juga mempunyai arahan jelas tentang cara mengakses kandungan web gelap mereka. Rawti Shax yang merupakan cabang kumpukan Kurdish juga didapati menggunakan web gelap pada Oktober 2015.

Selepas serangan di Paris pada tahun 2015, kumpulan hacktivis Anonymous berjaya menguasai satu laman web penyokong ISIS dan menggantikannya dengan iklan Prozac (ubat kemurungan).


5. Pornografi melampau

Pornografi haram adalah sangat berleluasa di dark web. Isu terbesar boleh dikatakan pornografi kanak-kanak dan juga yang berkaitan dengan pedofil.

Pada tahun 2015, FBI menumpaskan laman lucah kanak-kanak besar-besaran di dark web dengan menggunakan perisian hasad (malware), eksploitasi dalam Adobe Flash dan helah penggodaman yang lain.

Pihak berkuasa berjaya menguasai pelayan North Carolina itu dan membiarkannya berfungsi selama dua minggu sebelum menutupnya.

Mahkamah menjelaskan pendekatan FBI dalam kes itu:

Berikutan kebenaran yang diterima, pada atau sekitar dan antara 20 Februari 2015 dan 4 Mac 2015, setiap kali pengguna atau pentadbir melakukan log masuk ke Laman Web A dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan, FBI diberi kuasa untuk menggunakan Alat Penyiasatan Rangkaian (NIT ) yang akan menghantar satu atau lebih komunikasi kepada komputer pengguna.

Komunikasi tersebut direka bentuk untuk menyebabkan komputer penerima untuk menyampaikan kepada komputer yang dikendalikan oleh data kerajaan yang akan membantu mengenal pasti komputer, lokasinya, maklumat lain mengenai komputer, dan pengguna komputer yang mengakses Laman Web A.

Akhirnya, FBI berjaya menjejaki lebih daripada 1,000 komputer dan menangkap tiga lelaki.

Dan pornografi kanak-kanak bukanlah satu-satunya masalah berkaitan dengan hal ini. Kandungan yang terdapat di kawasan kelabu seperti pornografi balas dendam (pengedaran imej atau video individu tanpa kebenaran) juga satu masalah besar yang sukar ditangani pihak berkuasa.


6. Phishing scam

Kita sudah biasa dengan bagaimana penipuan pancingan data (phishing scam) berfungsi dalam web biasa. Dalam dark web, adalah lebih mudah untuk anda menjadi mangsa disebabkan oleh cara alamat web disampaikan.

Lebih buruk, dalam sesetengah kes, laman sesawang palsu ini bukan sahaja meniru sasaran mereka, tetapi juga terbukti menjadi wakil kepada laman sesawang sebenar. Secara praktikalnya, ini bermakna mereka boleh melakukan serangan man-in-the-middle (MITM) dan sama ada mencuri atau mengubah data ketika memasuki laman palsu.

Serangan man-in-the-middle adalah satu serangan di mana penyerang secara diam-diam menyiarkan dan mungkin mengubah komunikasi antara dua pihak yang percaya bahawa mereka berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain.
 
Sponsored Post

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,930
Reaction score
546
Points
86
dulu masa mula2 kuar darkweb ni , teruja gak nak masuk jengok ..siap instal app Tor bawang tu..tp bila fikir2 balik, takde menda pun nak carik kat dalam tu ..
 

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,400
Reaction score
211
Points
33
dulu masa mula2 kuar darkweb ni , teruja gak nak masuk jengok ..siap instal app Tor bawang tu..tp bila fikir2 balik, takde menda pun nak carik kat dalam tu ..
ada try jugak ,masuk ..silkroute, hitman..mcm2 lg la jual drug macam jual ikan jer , currency bitcoin...waktu tu kalau tahu bitcoin mcm ni dah jutawan..erkkk bitcoin smart muamalat ke? hehe
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
FB_IMG_1586970594090.jpg

Dark web : Apa yang ada?

Internet yang kita gunakan sekarang ni hanya lah bersifat pada permukaan, ibarat permukaan air yang nampak seperti tenang tapi apa yang orang tak tahu ada 2 lapisan lagi yang dikenali sebagai deep dan dark web. Hari ni nak berkongsi pasal dark web tapi dan tapi artikel ini sekadar bacaan, kalau nak cuba masuk silakan tapi risiko korang tanggung sendiri.

Dark web ni tak boleh kita masuk melalui browser biasa contoh macam Safari, Chrome, Firefox dan lain-lain. Kita perlu browser khas yang dipanggil sebagai TOR atau The Onion Router.

Fungsi browser ini dia akan alihkan data korang pada network dia sendiri, ini bermakna lebih banyak web yang disekat boleh diakses, lagi satu bila pakai browser ni dia akan hide kan korang di alam maya, jadi orang tak boleh trace.

Bila korang dah download dan install browser ni, maka secara mudahnya korang boleh search apa apa yang Google tak nampak tapi TOR ni mampu tembus dari deep sampai ke dark web. Cuma nak ingatkan kalau korang tak tahu apa yang korang buat jangan sesekali cuba.

Apa yang mengejutkan bila TOR ni sebenarnya dicipta oleh tentera laut Amerika sendiri dan kerajaan Amerika yang memberikan bantuan dana untuk TOR, kat situ kita dah nampak macam mana kerajaan Amerika ni buat satu platform untuk masuk ke dalam dark web.

Walaupun kita kata orang tak boleh trace tapi agensi risikan macam NSA,FBI,CIA boleh trace. Mereka pakai satu software yang dikenali sebagai XKeyScore. Program ni dibuat khas untuk cari data pengguna tertentu kalau diaorang nak tanpa orang tu sedar yang pihak berkuasa tengah intip apa yang dia search dalam tempoh tertentu.

Secara halusnya dark web ni besar dia 500x ganda dari apa yang browser korang boleh capai maksudnya lebih banyak maklumat yang tersembunyi dari pandangan pengguna biasa macam kita dan untuk orang yang berkepentingan maka TOR jadi macam makanan harian.

Apa je yang ada dalam dark web ni? Kebanyakan yang ada ialah aktiviti jual beli atau perniagaan haram seperti upah bunuh orang, jual organ, jual dadah yang paling orang tahu jual kotak misteri tu. Tapi ada jugak web yang memaparkan pornografi kanak-kanak, tak pelik kalau pedophile ni dapat video dari situ terutama dalam web Pedo Planet.

Dadah dan senjata antara benda yang paling popular dijual dalam dark web ni. Seorang lelaki yang bernama Ross Ulbricht ditangkap sebab jual dadah melalui dark web yang dikenali sebagai Silk Road.

Dia ditangkap pada 2013 dan menjalani penjara seumur hidup. Dia guna username Dread Pirate Roberts dan kekayaan dia ketika itu sekitar 38 juta dollar hasil dari penjualan pelbagai jenis dadah pada website yang dia buat

Senjata api macam ak47 atau m16 banyak dijual dalam pasaran gelap ni, kebanyakan datang dari negara Amerika itu sendiri dan orang yang beli tu dari negara bergolak. Dari pistol sampai la peluru berpandu.

Bukan sekadar dadah tapi data korang pun ada. Contoh terbaik orang jual data kredit card untuk buat credit card palsu, kebanyakan orang yang curi data ni dia campak benda tu dalam dark web untuk orang lain beli. Selain tu benda yang diharamkan pun ada, macam buku konspirasi. Data yang diperolehi biasanya dijual serendah 100 dollar sampai 1200 dollar.

Lebih gila ada perkhidmatan dari hacker untuk godam komputer universiti dan tukar grade cuma jangan pelik kalau ada orang yang berhutang puluh ribu dengan PTPTN tiba tiba nama dia bersih. Selain tu, ada jugak service buat fake degree.

Satu tempat yang bernama Red Room, tempat live tengok orang kena bunuh,rogol atau diseksa hidup hidup, lebih teruk ada juga web yang keluarkan video haiwan macam kucing dipijak sehingga mati.

Dalam satu kes bila Peter Scully ni buat satu web dekat situ untuk menyiksa kanak kanak, dia ni seorang pedo dan orang yang nak tengok dia siksa tu perlu bayar 10,000 dollar. Ada orang sanggup bayar semata-mata nak tengok orang lain kena seksa.

Kebanyakan urusan jual beli ni banyak yang tipu/scam sebabnya orang cepat percaya dengan servis yang dia tawarkan tu. Melalui kajian yang dibuat, pendapat seharian dekat dark web ni mampu mencecah 500 ribu dollar sehari.

Urus niaga dalam dark web ni tak pasal cash tapi pakai crypto currency macam Bitcoin yang lebih efisien. Maksudnya macam ni, segala urus jual beli tu bersifat aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku, kau nak barang aku jual dan kau beli tanpa tahu siapa aku dan aku pun tak minat nak tahu pasal kau.

Apa risikonya bila korang dah mula masuk dalam dark web ni? Risiko dia agak tinggi, sekali dah masuk korang sebenarnya terdedah pada Malware, sekali klik link yang nampak macam menarik, malware tu akan masuk dan install sendiri tanpa korang tahu.

Lepas tu malware akan baca setiap huruf yang korang taip dengan software keylogger. Setiap password, e-mail, no kad pengenalan, no kad debit dengan CCV, dan paling takut bila pengodam boleh tengok korang live melalui webcam laptop. Oh korang kata webcam laptop boleh nampak bila on sebab ada lampu tu kan, itu pun orang boleh matikan lampu tu..

Jadi kalau korang nak masuk tempat gelap ni pastikan korang tahu apa yang korang buat dan faham sedalam dalamnya serta fikir banyak kali. Dark web lebih banyak keburukan dari kebaikan tu sebab browser dan isp korang tapis untuk cegah kita terlibat dalam benda tak elok.


John Mohamed
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
saya pernah masuk darkweb beberapa kali, masuk la silkroad sekali .. macam2 ada, tp xtau camner nak beli, sekadar tengok2 je, hanya diorang tracedown bila ada transaksi, kalo sekadar cuci-mata masih boleh .. tp kat sana pun ada scammer .. deepweb tanpa Tor + VPN pun boleh akses
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
saya pernah masuk darkweb beberapa kali, masuk la silkroad sekali .. macam2 ada, tp xtau camner nak beli, sekadar tengok2 je, hanya diorang tracedown bila ada transaksi, kalo sekadar cuci-mata masih boleh .. tp kat sana pun ada scammer .. deepweb tanpa Tor + VPN pun boleh akses

Lom pernah masuk lagi dalam tu
Ada jugak nak try masuk ikut step yang di ajar oleh orang yang dah masuk
Tapi banyak kali fikir risiko
Langsung tak masuk²
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Lom pernah masuk lagi dalam tu
Ada jugak nak try masuk ikut step yang di ajar oleh orang yang dah masuk
Tapi banyak kali fikir risiko
Langsung tak masuk²

saya ada VPN, kalo benda2 macam ni saya tak subscribe mana2, buang duit .. kalo sekadar surfing darkweb masih ok, xder benda yang seram / ganas diorang letak situ, bahagian2 camtu kena beli baru boleh akses .. kalo beli baru risiko tinggi, ISP kita pun boleh track senang2

lebih2 pun boleh tengok gunstore / drugstore je :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
saya ada VPN, kalo benda2 macam ni saya tak subscribe mana2, buang duit .. kalo sekadar surfing darkweb masih ok, xder benda yang seram / ganas diorang letak situ, bahagian2 camtu kena beli baru boleh akses .. kalo beli baru risiko tinggi, ISP kita pun boleh track senang2

lebih2 pun boleh tengok gunstore / drugstore je :D

Kena beli jugak rupanya untuk akses menda² gitu
Kira nya premium user la kan
Setakat user biasa ni limited access je la
 

Isioviel

Freshie
Joined
Jul 25, 2019
Messages
18
Reaction score
2
Points
8
Apa yang mengejutkan bila TOR ni sebenarnya dicipta oleh tentera laut Amerika sendiri dan kerajaan Amerika yang memberikan bantuan dana untuk TOR, kat situ kita dah nampak macam mana kerajaan Amerika ni buat satu platform untuk masuk ke dalam dark web.​
Memang sampai sekarang TOR ni ditaja oleh kerajaan US. Boleh lihat senarai sponsor terkini mereka kat sini.
https://www.torproject.org/about/sponsors/

Pada masa saya tulis komen ni, U.S. Department of State Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor merupakan salah satu active sponsor mereka. Dan ramai sponsor yang saya tengok kat laman web tu berasal dari US.

Kerajaan US sendiri gunakan TOR ni untuk survey laman2 web dan negara timur tengah. Quote dari laman web TOR project:
A branch of the U.S. Navy uses Tor for open source intelligence gathering, and one of its teams used Tor while deployed in the Middle East recently. Law enforcement uses Tor for visiting or surveilling web sites without leaving government IP addresses in their web logs, and for security during sting operations.
Anda boleh baca statement kat atas tu di sini: https://2019.www.torproject.org/about/overview.html.en
Takyah baca semua ayat dalam link tu. Gunakan fungsi find (Ctrl +F) dalam browser, search phrase government dan anda akan jumpa paragraph kat atas.

Takde TOR node kat Timur Tengah

Saya bukan minat sangat TOR ni, tapi saya minat testing. Saya dapati takde TOR node kat negara timur tengah macam Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi. Saya edit fail torrc dalam TOR browser dan letak code ni:
ExitNodes {ae} StrictNodes 1
{ae} ialah country code untuk Emiriah Arab Bersatu.
Lepas tu, TOR browser cuba connect, tapi tak jadi.

Dan kemudian, saya cuba dengan country code Arab Saudi. Letak code ni:
ExitNodes {sa} StrictNodes 1
Sekali lagi, TOR browser cuba connect, tapi tak jadi.

Cara pilih negara untuk TOR node. TOR project tak recommend buat macam ni atas sebab privacy dan security. Tapi, kalau untuk suka2, korang boleh try.

Apa yang saya buat ialah edit file torrc (Detail kat sini). Ia terletak kat: /tor-browser_en-US/Browser/TorBrowser/Data/Tor/torrc
Dalam kes saya, saya guna Linux, gunakan fungsi file search, search torrc untuk cari fail tu. Ia boleh dibuka dengan text editor yang biasa korang guna.

Lepas tu, letakkan node mana yang korang nak atau korang tak nak. Untuk senarai penuh country code, boleh check kat sini.
https://techearl.com/security/torrc

Kalau nak keluarkan semua negara sekutu US, termasuk Israel, letakkan code ni di akhir torrc file tu:
ExcludeNodes {au},{ca},{nz},{uk},{us},{dk},{fr},{nl},{no},{de},{be},{it},{se},{es},{il}

Kalau nak tetapkan exit node, letakkan code ni:
ExitNodes {countrycode} StrictNodes 1

Kalau nak tetapkan entry node, letakkan code ni:
EntryNodes {countrycode} StrictNodes 1

Contoh yang saya buat:
Saya exclude semua sekutu US. Exit node kat Switzerland. Letakkan code ni di akhir file torrc tu. Dan lepas tu save.
ExcludeNodes {au},{ca},{nz},{uk},{us},{dk},{fr},{nl},{no},{de},{be},{it},{se},{es},{il}
ExitNodes {ch} StrictNodes 1

Run TOR browser, connect dan dalam TOR browser tu, boleh surf ke deviceinfo.me. Scroll down dalam laman web tu untuk cari nama ISP dan location. Kalau ISP tu dok kat Switzerland, maka kira berjayalah tu.

Selamat berpuasa dan berbuka. Kalau post ni bermanfaat, boleh sebar dan share.
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Memang sampai sekarang TOR ni ditaja oleh kerajaan US. Boleh lihat senarai sponsor terkini mereka kat sini.
https://www.torproject.org/about/sponsors/

Pada masa saya tulis komen ni, U.S. Department of State Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor merupakan salah satu active sponsor mereka. Dan ramai sponsor yang saya tengok kat laman web tu berasal dari US.

Kerajaan US sendiri gunakan TOR ni untuk survey laman2 web dan negara timur tengah. Quote dari laman web TOR project:

Anda boleh baca statement kat atas tu di sini: https://2019.www.torproject.org/about/overview.html.en
Takyah baca semua ayat dalam link tu. Gunakan fungsi find (Ctrl +F) dalam browser, search phrase government dan anda akan jumpa paragraph kat atas.



Saya bukan minat sangat TOR ni, tapi saya minat testing. Saya dapati takde TOR node kat negara timur tengah macam Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi. Saya edit fail torrc dalam TOR browser dan letak code ni:
ExitNodes {ae} StrictNodes 1
{ae} ialah country code untuk Emiriah Arab Bersatu.
Lepas tu, TOR browser cuba connect, tapi tak jadi.

Dan kemudian, saya cuba dengan country code Arab Saudi. Letak code ni:
ExitNodes {sa} StrictNodes 1
Sekali lagi, TOR browser cuba connect, tapi tak jadi.



Apa yang saya buat ialah edit file torrc (Detail kat sini). Ia terletak kat: /tor-browser_en-US/Browser/TorBrowser/Data/Tor/torrc
Dalam kes saya, saya guna Linux, gunakan fungsi file search, search torrc untuk cari fail tu. Ia boleh dibuka dengan text editor yang biasa korang guna.

Lepas tu, letakkan node mana yang korang nak atau korang tak nak. Untuk senarai penuh country code, boleh check kat sini.
https://techearl.com/security/torrc

Kalau nak keluarkan semua negara sekutu US, termasuk Israel, letakkan code ni di akhir torrc file tu:
ExcludeNodes {au},{ca},{nz},{uk},{us},{dk},{fr},{nl},{no},{de},{be},{it},{se},{es},{il}

Kalau nak tetapkan exit node, letakkan code ni:
ExitNodes {countrycode} StrictNodes 1

Kalau nak tetapkan entry node, letakkan code ni:
EntryNodes {countrycode} StrictNodes 1

Contoh yang saya buat:
Saya exclude semua sekutu US. Exit node kat Switzerland. Letakkan code ni di akhir file torrc tu. Dan lepas tu save.


Run TOR browser, connect dan dalam TOR browser tu, boleh surf ke deviceinfo.me. Scroll down dalam laman web tu untuk cari nama ISP dan location. Kalau ISP tu dok kat Switzerland, maka kira berjayalah tu.

Terbaik bang
Details penerangan 👍😁
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register