6 pengawal keselamatan ditahan cetus pergaduhan di Alor setar

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601

gaduh_1610773244.jpg


ALOR SETAR: Enam pengawal keselamatan warga Bangladesh sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, di sini ditahan dipercayai terbabit memukul seorang lelaki tempatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata semua yang ditahan berusia antara 26 hingga 41 tahun yang juga warga asing selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 3 petang, mangsa dikatakan meletak motosikalnya di hadapan kompleks beli belah itu.

"Bagaimanapun, mangsa didatangi seorang pengawal keselamatan terbabit dan memarahi lelaki itu kerana tidak meletakkan motosikal di tempat yang disediakan.

"Lelaki itu memberitahu dia hanya parkir di situ kerana menunggu ibunya mengambil barang di tingkat atas kompleks berkenaan. Namun, tiba-tiba pengawal keselamatan itu memaki mangsa menyebabkan mangsa menolak pengawal keselamatan itu ke belakang," katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memanggil beberapa rakan sekerjanya antara lima hingga enam orang.

Beliau berkata, mereka kemudian menarik mangsa memasuki satu bilik dan memukul pengadu termasuk menggunakan kayu penyapu.

"Berikutan itu pengadu mengalami sakit pada anggota badan dan datang balai buat laporan. Bagaimanapun pengurus pengawal keselamatan terbabit turut membuat laporan polis memaklumkan pekerjanya diserang," katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pergaduhan membabitkan enam pengawal keselamatan itu dengan lelaki tempatan berkenaan tersebar di Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

"Kita sudah melihat satu status di FB yang tulisannya amat sensitif kerana kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu.

"Bagaimanapun, kita memberi amaran pada netizen dan jika ada kesalahan kita boleh mengambil tindakan termasuk melakukan tangkapan," katanya.

 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,878
Reaction score
764
Points
81
Masak le warga asing tu ........ Hantar balik je semua tu, datang negara org nak tunjuk samseng
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,216
Reaction score
1,056
Points
156
Kesian guard Bangla tu.
Ditegur kena maki, tak ditegur dia pulak kena maki dengan boss.
Kiri kana kena maki.
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,878
Reaction score
764
Points
81
Kesian guard Bangla tu.
Ditegur kena maki, tak ditegur dia pulak kena maki dengan boss.
Kiri kana kena maki.
Dia tegur org tapi bila org jawab balik dia tak faham apa yg org cakap bangla selalu kes macam tu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,845
Reaction score
589
Points
121
Naik motor jer pun, bukan mercedes.
Tak ada masalah pun nak parking.
Kalau ikut peraturan, semua masalah boleh selesai.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register