6 anggota polis ditahan sedang berkaraoke

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,342
Reaction score
178
Points
33
GAMBAR HIASAN


Kota Bharu: Enam anggota polis ditahan ketika sedang berkaraoke di sebuah premis yang menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen di Bunut Payong di sini, Khamis minggu lalu.

Dalam serbuan pada jam 11.30 malam itu, dua anggota polis berada di ruang tamu premis itu manakala empat lagi sedang berkaraoke dalam sebuah bilik.

Sumber berkata, selain enam anggota yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun, polis turut menahan pemilik premis berusia 25 tahun.

"Empat yang ditahan adalah anggota cawangan pengiring, seorang dari cawangan trafik dan seorang lagi dari cawangan pengangkutan IPD Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen. Peralatan yang digunakan untuk aktiviti itu juga dirampas," katanya.

Katanya, kegiatan pusat hiburan atau karaoke menjadi salah satu kesalahan di Kelantan kerana kerajaan negeri tidak membenarkan pembukaan pusat itu.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan penahanan enam anggota polis berkenaan.

Katanya, siasatan turut dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kelantan (JIPS).


== hmetro
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,599
Reaction score
741
Points
121
Disiplin buruk.

Ada unsur2 kawtim dengan pemilik.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,458
Reaction score
1,882
Points
201
Karaoke kat umah je selamat
Tak payah amik lesen
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,988
Reaction score
21,124
Points
1,671
muda-muda lagi.

bakal pelapis yg berintegriti ni
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,158
Reaction score
134
Points
83
nak karoke check la dulu tempat tu ade lesen ke x..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,381
Reaction score
2,420
Points
206
nak karoke check la dulu tempat tu ade lesen ke x..
Katanya, kegiatan pusat hiburan atau karaoke menjadi salah satu kesalahan di Kelantan kerana kerajaan negeri tidak membenarkan pembukaan pusat itu.
memang sah-sah la karaoke tak boleh di kelantan.
tapi mungkin sebab dah gian nak tarik lagu jali bunga tanjung.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,697
Reaction score
552
Points
121
Makin sedihlah Tan Sri KPN kalau betul.
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,586
Reaction score
268
Points
96
Pebende metro ni.
Serambi mekah mana ada isu2 camni.
Kecuali isu air la. Itupun qadha n qadar. Rakyat kena terima la.
Ini dikira berita palsu ni.
Boikot metro!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register