6 anggota polis dari Balai Polis Serdang, peras orang awam ditahan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,256
Reaction score
4,259
Points
201
KUALA LUMPUR: Enam anggota dari Balai Polis Serdang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerasan terhadap orang awam di sekitar kawasan The Mines dan Balakong.

Selain konstabel, anggota terbabit ada yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan dalam pemeriksaan mengejut oleh sepasukan polis dari Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, selepas menerima aduan dari orang awam.

Sumber Bukit Aman berkata ketika Operasi Pematuhan Proaktif Pemeriksaan Integriti COVID-19, oleh JIPS Bukit Aman pada jam 2 petang semalam, enam anggota terbabit sedang menjalankan pemeriksaan di Jalan Besar The Mines/Balakong.

Katanya, pasukan operasi mendapati seorang anggota polis menahan seorang penunggang motosikal yang juga penghantar makanan terlalu lama sehingga menimbulkan curiga.

"Pada jam 3.25 petang, pasukan JIPS membuat pemeriksaan terhadap semua anggota terbabit selain turut menemubual penunggang motosikal terbabit yang pada ketika itu masih ditahan.

"Mangsa memberitahu pegawai JIPS dia ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen serta menggunakan identiti (ID) penghantar makanan orang lain," katanya kepada BH hari ini.

Katanya anggota polis yang menahannya juga mengeluarkan gari selain turut bertanya kepada penunggang itu cara untuk dia menyelesaikan kes berkenaan.

"Anggota terbabit meminta mangsa menunggu sementara dia berbincang dengan ketua anggota cara untuk menyelesaikan kes.

"Pada mulanya anggota itu meminta wang sebanyak RM700, namun mangsa menyatakan hanya mempunyai wang sebanyak RM500, sebelum anggota itu mengambil wang berkenaan," katanya.

Mangsa kemudian mengecam anggota polis yang mengambil wang miliknya kerana memakai pelitup muka berwarna merah.

Dalam pemeriksaan itu juga pihak JIPS menemui wang tunai RM900 dipercayai hasil pemerasan terhadap orang ramai yang diperiksa.

Selain dalam poket pakaian mereka, sebanyak RM500 wang tunai dipercayai milik penunggang motosikal penghantar makanan ditemui disembunyikan dalam poket belakang tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta peronda polis.

Sumber itu berkata mereka juga didapati menjalankan penugasan di luar kawasan sektor dibenarkan.

Kesemua anggota terbabit ditahan dan ujian air kencing mendapati daripada mereka didapati positif menggunakan dadah.

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,256
Reaction score
4,259
Points
201
6 anggota polis ditahan kes pemerasan ditugas di bahagian pentadbiran

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan enam anggotanya berhubung kes pemerasan terhadap orang awam dalam satu operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan pemerasan.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk tindakan susulan termasuk proses pertuduhan

Beliau berkata semua anggota terbabit kini ditempatkan bertugas di Bahagian Pentadbiran sementara siasatan lanjut ke atas mereka dilakukan.

"Pada masa ini siasatan secara terperinci sedang dijalankan dan jika mereka dituduh, tindakan tahan kerja akan diambil oleh Bahagian Integriti Pematuhan Standard (BIPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan.

"Selain itu, kita juga sedang menunggu laporan patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung salah seorang dari enam anggota terbabit yang didapati positif dadah," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Kes dadah berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Razali Abu Samah yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang, semalam, turut mengulangi tekadnya untuk melakukan 'pembersihan dalaman' membabitkan semua pegawai dan anggota IPD Serdang, yang terbabit dalam kegiatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Tumpuan saya adalah membersihkan 'rumah kami' (IPD Serdang) dari memastikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat di sini kepada polis berada pada tahap terbaik," katanya.

BH Online hari ini memetik sumber Bukit Aman sebagai berkata enam anggota terbabit, ada yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan selepas JIPS menerima aduan awam mengenai kegiatan pemerasan orang awam di sekitar kompleks beli-belah The Mines dan Balakong.

Malah, ketika ditahan, anggota terbabit didapati menjalankan penugasan di luar sektor mereka.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,943
Reaction score
427
Points
91
Elokla tu. Mereka penguatkuasa, mereka juga penjenayah
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,534
Reaction score
496
Points
91
Dapat gaji + duit rasuah berkepok-kepok tak cukup lagi.
Sekarang main peras ugut orang awam pulak.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,256
Reaction score
4,259
Points
201
Tahan kerja jika dituduh di mahkamah

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan enam anggotanya berhubung kes pemerasan terhadap orang awam dalam satu operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan pemerasan.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk tindakan susulan termasuk proses pertuduhan

Beliau berkata semua anggota terbabit kini ditempatkan bertugas di Bahagian Pentadbiran sementara siasatan lanjut ke atas mereka dilakukan.

"Pada masa ini siasatan secara terperinci sedang dijalankan dan jika mereka dituduh, tindakan tahan kerja akan diambil oleh Bahagian Integriti Pematuhan Standard (BIPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan.

"Selain itu, kita juga sedang menunggu laporan patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung salah seorang dari enam anggota terbabit yang didapati positif dadah," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Kes dadah berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Razali Abu Samah yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang, semalam, turut mengulangi tekadnya untuk melakukan 'pembersihan dalaman' membabitkan semua pegawai dan anggota IPD Serdang, yang terbabit dalam kegiatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Tumpuan saya adalah membersihkan 'rumah kami' (IPD Serdang) dari memastikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat di sini kepada polis berada pada tahap terbaik," katanya.

BH Online hari ini memetik sumber Bukit Aman sebagai berkata enam anggota terbabit, ada yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan selepas JIPS menerima aduan awam mengenai kegiatan pemerasan orang awam di sekitar kompleks beli-belah The Mines dan Balakong.

Malah, ketika ditahan, anggota terbabit didapati menjalankan penugasan di luar sektor mereka.
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,734
Reaction score
336
Points
51
Masa abg ipar aku kerja trafik dulu, undang2 masa tu, diorg cuma boleh ada rm25 je time buat roadblock.

Kalau boss check ada duit lebih dari tu, boleh kena charge ambik rasuah.

Xtaula undang2 la ni mcm mana.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,133
Reaction score
946
Points
121
Masa abg ipar aku kerja trafik dulu, undang2 masa tu, diorg cuma boleh ada rm25 je time buat roadblock.

Kalau boss check ada duit lebih dari tu, boleh kena charge ambik rasuah.

Xtaula undang2 la ni mcm mana.
Smp la nie dn smp bila2 tp semua tu mudah di atur hahaha
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,590
Reaction score
268
Points
96
Tu dia 6 orang sekali satu balai.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,281
Reaction score
2,147
Points
206
patutlah orang dah tak hormat polis sekarang ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register