6,133 Penjawat Awam Bermasalah, Prestasi Rendah Tahun Lepas

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
6,133 Penjawat Awam Bermasalah, Prestasi Rendah Tahun Lepas

PUTRAJAYA: Jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun lepas berbanding 5,344 atau 0.84 peratus pada 2008, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi adalah disiplin, hubungan interpersonal, psikologi, prestasi rendah serta kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah merupakan tiga masalah paling utama," katanya semasa berucap merasmikan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kali keenam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakan pembimbing membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam mengatasi masalah yang timbul selain mempamerkan diri mereka sebagai model contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tatalaku yang boleh dicontohi.

"Ahli psikologi berpendapat rakan sekerja akan berasa lebih selesa berbincang dengan rakan sekerja berbanding dengan pegawai atasan mereka. Selain itu teguran daripada seorang rakan lebih mudah diterima berbanding teguran ketua yang mudah disalah tafsir sebagai hukuman lisan," katanya.

Abu Bakar berkata elemen 'buddy system' (sistem sahabat) perlu dimasukkan ke dalam modul pasca AKRAB dan seterusnnya menggerakkan sistem sahabat kepada ahli AKRAB secara lebih tersusun dan komprehensif.

"Misalnya seorang AKRAB akan segera menghubungi rakan 'buddy'nya jika didapati rakan 'buddy'nya itu sedang menghadapi masalah kesihatan atau kewangan yang boleh menjejaskan tugas-tugas hariannya dan bantuan segera akan dihulurkan kepada rakan tersebut semampunya," katanya.

Pada majlis itu, 1,027 pegawai ditauliahkan sebagai rakan pembimbing perkhidmatan awam menjadikan jumlahnya bertambah kepada 3,583 orang sejak ia dilaksanakan pada 2005.

Anugerah AKRAB Utama bagi kategori individu diterima oleh Pauzan Ahmad dari Jabatan Perkhidmatan Awam manakala SME Corp Malaysia menerima Anugerah AKRAB Gemilang untuk kategori organisasi dengan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Abu Bakar percaya peningkatan bilangan keahlian AKRAB yang ditauliahkan setiap tahun mampu memberikan impak yang besar terutama dalam membantu pihak pengurusan sumber manusia meningkatkan pembangunan modal insan yang berdaya saing dan berpretasi tinggi di agensi masing-masing. - BERNAMA
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
alaa kat swasta takde masalah.
kasi warning, kalau masih sama, buang. settle.
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
biasa-lah kojo gomen[tak semua]...
 

smate

Active+ Member
Joined
Apr 21, 2007
Messages
4,795
Reaction score
19
Points
25
kl swasta dh lame dh kene
 

Fizs Network

Active Member
Joined
Jan 3, 2008
Messages
2,062
Reaction score
11
Points
55
kejap lagi kuar lak tuntutan bonus utk meningkatkan prestasi...
 

chrome76

Active+ Member
Joined
Dec 25, 2005
Messages
3,752
Reaction score
25
Points
30
wah komen semua yg membina.... brapa peratus ek kakitangan yg bermasalah tu?? sampai 50% ker?? hmmm.... 6,133 dari brapa juta org kakitangan kerajaan ek?? perghh kronik ni... ramai tu... abih la lumpuh kerajaan.. lebih dari 90% kot yg bermasalah ni.. :eek::eek:
 

joebanano

Junior Member
Joined
Mar 6, 2010
Messages
95
Reaction score
0
Points
6
kenapa jadi begini?adakah disebabkan berbagai bonus dan kemudahan yg buat depa jadi cmni?kerajaan ka swasta ka ada pro dan kontra..
 

2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,615
Reaction score
2,069
Points
191
Perlu Dibantu

wah komen semua yg membina.... brapa peratus ek kakitangan yg bermasalah tu?? sampai 50% ker?? hmmm.... 6,133 dari brapa juta org kakitangan kerajaan ek?? perghh kronik ni... ramai tu... abih la lumpuh kerajaan.. lebih dari 90% kot yg bermasalah ni.. :eek::eek:
Pegawai yg mempunyai masalah akan mendatangkan masalah kpd jabatan. Perlu diberi bantuan/rawatan yg sesuai smd psikkologi/mental, kaunseling/moral dan kewangan/ihsan. Kalu x ditangani betul2, ianya jadi virus yg akan menular kpd pegawai yg lain.

Kita faham, dalam setandan pisang, ada juga buah yg buruk. Tapi impak besar, ibarat nila setitik akan rosak susu sebelanga.Versi Karam Singh Walia :D
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pegawai yg mempunyai masalah akan mendatangkan masalah kpd jabatan. Perlu diberi bantuan/rawatan yg sesuai smd psikkologi/mental, kaunseling/moral dan kewangan/ihsan. Kalu x ditangani betul2, ianya jadi virus yg akan menular kpd pegawai yg lain.

Kita faham, dalam setandan pisang, ada juga buah yg buruk. Tapi impak besar, ibarat nila setitik akan rosak susu sebelanga.Versi Karam Singh Walia :D
Oh macam tu. Tapi macam mana dengan tapisan pegawai sebelum di ambil berkerja. ada buat medical check up ke? (maaf la tak pernah mohon kerja kerajaan)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register