579 belia bawah 25 tahun muflis sehingga Jun

Recommended Brokers


balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU - Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Nancy berkata, bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.

Beliau berkata, kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.

Nancy berkata, kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.

Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana individu mahupun belia disaran supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan ataupun bantuan awal sekiranya diisytihar bankrap. - Bernama
 
Sponsored Post

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
877
Points
161
kemampuan tak seberapa, tapi pegi buat loan paling maximum... ada apa2 emergecy terus takleh bayar loan... kete kene tarik, rumah kene lelong...
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,045
Reaction score
2,422
Points
191
Mlm salah satu penyumbang kebangkrapan..

Hehe.. Marah mlmers nanti..
 

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
414
Points
81
Lgpun,
Barang semakin mahal..
Kos sara hidup tinggi..
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,785
Reaction score
97
Points
70
statistik yg menakutkan..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,093
Reaction score
780
Points
166
Sbab muda muda dah beli kereta, ada kredit kad dan dah buat personal loan kat bank..
 

mat_letop

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 30, 2012
Messages
6,636
Reaction score
65
Points
75
Baru habis belajar
kereta perkara pertama yg wajib
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,104
Reaction score
293
Points
131
Mlm salah satu penyumbang kebangkrapan..

Hehe.. Marah mlmers nanti..
Paling terkilan sbb x merasa apa.
Kalau sebab keta ke,enjoy loan ke ok la lg merasa hehehehe
 

amie71

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2012
Messages
3,356
Reaction score
17
Points
25
syarat loan yg terlalu longgar.. terutama loan kenderaan, loan peribadi..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register