- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.
Turut ditahan ialah lima remaja lelaki dan seorang gadis berusia 17 tahun kerana tidur sebilik di sebuah hotel murah di Jalan Besar di sini.
Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Tahun Baru itu diadakan bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi membabitkan 42 kakitangan Bahagian Penguat Kuasa JAIP.
''Apa yang membimbangkan, rata-rata pasangan yang ditangkap dalam operasi itu merupakan golongan remaja bawah umur antara 15 hingga 17 tahun dan ada yang masih bersekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Ghazali berkata, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 145(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan. Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.
''Macam kes lima (remaja) lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu bukan muhrim dan (perbuatan itu) salah dari segi hukum agama Islam," tegasnya.
Berapa ribu ler anak dara yang hlang dara malam tu...:-?