51 Tahun Sudah Malaysia Merdeka...Merdekah Kita?

CG Sponsors




adioz88

Super Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke 51

( Sejauh Mana kita merdeka- Jika dalam diri masih ada keluh sesah.)



Genap sudah 51 tahun kemerdekaan tanahair kita sambut, kali ini mungkin yang paling meriah diadakan selepas sambutan 31 ogos 1957 sendiri, Mana mungkin sambutan julungkalinya pada tarikh itu dapat ditandingi oleh sambutan yang lain, kerana pada sambutan itu sendiri,rakyat keluar menyambut kemerdekaan itu dengan semangat dan rasa bersyukur kerana bebas dibelenggu oleh penaklukan penjajah.

sedangkan mungkin pada era sekarang sambutan itu dijadikan medan sukaria bagi remaja yang tidak faham sebenarnya apa itu kemerdekaan .


Mengenang kembali semangat dan perjuangan yang generasi lepas , cerita-cerita keperwiraaan mereka yang dihidangkan pada kita , sepatutnya kita berbangga dan merasa cukup bertuah, sepatutnya kita menghargai perjuangan mereka semua.


Sejarah yang terpahat tidak mungkin dapat kita padam, Ia akan terus disitu untuk kita kenang dan renungi.

Perjuangan pejuang-pejuang bangsa seperti Datuk Bahaman, Laksamana Hang Nadim , Datuk Maharaja lela, Datuk Sagor, Raja Abdullah , Pandak Endut, Mat Kilau , Tok Gajah , Tok janggut , Mat kelantan dan mereka yang seangkatan dengan mereka menentang penjajah mungkin tidak lekang dari bibir Generasi tua, mereka cukup berbangga mungkin. Dalam mata mereka tersimpan perasaan bangga.


Sebenarnya masih Ramai perwira negara yang nama –nama mereka semakin luput dari ingatan kita,

Bagaimana dengan [email protected] Raja Darat Sarawak, ketua suku dayak yang menyerang dan mengoyah kerajaan James Brooke di Sarawak, Rosly Dhoby , Bujang Satong dan Morshidi Sidek yang membunuh gabenor Sir Dunchan Stewart di Sarawak.


Dan mungkin cerita paling terkenal era penaklukan dan peperangan adalah tentang Leftenan Adnan yang berasal dari sungai Ramal , Kajang.

Sebagai seorang perwira , Arwah mampu bertahan sehingga di opium hill sebelum ditangkap dan diseksa oleh tentera jepun sehingga meninggal, Keperwiraan nya terus dikenang bila kisahnya difilemkan,


Dan mungkin dengan menontong Filem seperti leftenan Adnan, Paloh dan Embun, sikit sebanyak kita dicelikkan dengan kisah perjuangan generasi terdahulu. Kita disedarkan dengan perih sesah perjuangan mereka.


Mereka berjuang untuk anak bangsa, kerana bagi mereka, tidak sesekali sanggup jika anak bangsa mereka dijajah, dijadikan hamba di bumi sendiri, bagi generasi diatas, bukan penghargaan yang dicari, bukan pingat mereka ingini, bukan wang ringgit ganti budi. Cukuplah sekadar kita semua dapat menghargai erti sebuah kemerdekaan dan menjaganya.




Bayang cahaya percikan bunga api indah sekali terpercik dalam lensa mata manusia, jam menunjukkan 12 tengah malam, berpusu –pusu manusia dengan gembira menyambut sebuah ulang tahun kemerdekaan, tapi mungkin segelintir sahaja yang berbangga. Sedangkan mungkin ramai yang sekadar mahu bergembira, sekadar mahu menjamu mata. Memeriahkan suasana.


Apakah erti merdeka jika umat manusia terlompat-lompat , kalut gempita, dan terkinja-kinja. Sedangkan dalam hati masih belum merdeka. Ohhh mereka sekadar Cuma mahu gembira mungkin, biarkan lah.Tiada apa salahnya.


Benar, tiada apa salahnya jika hanya mahu bergembira, tapi mungkin rata –rata rakyat Malaysia belum layak menyambutnya. Menyambut sebuah merdeka.


Kenapa?

3 pagi didataran merdeka.

Lihat saja gelagat rakyat kita bila mereka terlampau gembira, sampah sarap mereka tinggalkan

merata –rata. Botol air, kertas alas duduk, kotak rokok ,plastic buat balut burger, mengisi perut bila paluan keroncong bergema-gema, apa semua ini, inikah merdeka.

Ini bukan merdeka.. ini semua sampah, sampah yang mereka tinggalkan dan mereka amanahkan kepada orang lain untuk bersihkan.


Lihat pula dijalan-jalan raya , mat rempit sorak gembira, sapa menang sapa kalah, walaupun hanya untuk suka-suka tapi bukankah itu semua mencari bencana. Berlumba tak tentu masa, dalam keadaan cukup bahaya Tak cukup dengan itu ragut menjadi-jadi , "bukan apa bang, nak cari duit beli nasi".

suasana jalan Parlimen mungkin seperti SIC, macam masa Moto GP, takpun macam keadaan masa Japan GT.

Kereta ekzos besar berapi-api selusuri jalan raya dengan garang sekali.

"Tepi –tepi , kereta beso dan mari, korang pakai moto kecil , dok aje kat tepi"


Ohhh masih ada beza status rupanya, walaupun dah 50 tahun merdeka. Yang kecil tak layak dengan yang besar, yang murah tak sama duduk dengan yang mahal, mentality anak-anak merdeka.


Dijalan-jalan sekitar bangsar ?. anak melayu mabuk keluar Pub. Muntah hijau antara mahu keluar atau tidak. Kekadang Cuma Angin yang keluar, sedang isi nya telah kering dari dalam perut, cukuplah sekadar angin, sekurang-kurang muntah juga, disusuli dengan senak perut, dengan pandangan yang kurang stabil kedudukannya. Kejap berat kekiri , kejap mahu jatuh ke kanan.

Dalam bangunan-bangunan meriah nya pula. Terlihat anak-anak muda berdansa tanpa peduli orang lalu lalang, tak salah mungkin, jika dinilai dari segi sosial, mungkinlah, atau mungkin juga salah sama sekali, Cuma perbuatan yang sia-sia.


Ohhh tak salah kata mereka, duit mereka punya, suka mereka mahu laburkan kemana. Sedang ibu bapa meraka tak peduli , mengapa pula kita?, mana mungkin tak salah jika mereka berdansa dipengaruhi dadah sentetik yang merangsang mereka. Merangsang jiwa mereka jadi ketakutan, serba salah , keliru dan ketagih , meragut ketenangan mereka . menjadikan mereka hamba, walau sudah merdeka kata mereka.



Sedang dilorong-lorong belakang , Mat-mat lentok bermuka pucat lesi menyambut kemerdekaan dengan meriah sekali, kali ini hidangan mereka kongsi bersama-sama, Kurniaan merdeka kata mereka. Sedang dalam khayal mereka adalah perwira bangsa, mereka pejuang merdeka. Keris dihunus, lembing dihayun, kadang kala mereka jadi lebih hebat, bom tangan ,mortar , Peluru berpandu, M16 , dan apa jua jenis senjata, semua jadi kelengkapan mereka, dan penambah ceritera kadang kala , MIG dan segala pesawat moden jadi mainan mereka, lepas habis satu terhempas menyembah bumi, mereka gunakan yang lain, "tak apa , Malaysia kaya" kata mereka. Panjajah sepanyol dan nazi perlu ditentang habis habisan, sedang dalam Khayal dan keghairahan mereka yang sebenarnya tersungkur menyembah bumi.



Petang 31 Ogos 2008, genap 50 tahun kemerdekaan , seorang tukang sapu membersihkan dataran merdeka. "Alam Flora " tulisan jelas dibaju yang mereka pakai, menyapu , membersihkan dan memunggut barang buangan generasi merdeka. Dengan satu niat, rezeki halal perlu dicari , anak isteri perlu diberi makan , dengan rezeki halal, bukan dengan hasil curi atau hasil judi dan bukan dengan imbuhan rasuah,

Cukup sekadar dapat menyara anak yang masih belajar, yang punya cita –cita tinggi , menjadi doktor mungkin. Ingin Bantu orang, ingin jadi guru mungkin, ingin jadikan anak kecil pandai. Ingin jadikan mereka pemimpin bangsa. Dengan senyum sibapa terus menyapu , membuang ego dan rasa malu, demi sesuap rezeki yang halal.


Lintas dihadapannya seorang lelaki , segak bergaya, jam tangan buatan Eropah, bertahta emas sedangkan diri beragama islam, berjalan dengan bangga dan tanpa peduli orang lain, sambil isteri terkebil-kebil dan kadang kala tersadung gerak kaki melangkah, Mengusung 3 orang anak kecil ,yang digendong, yang didukung dan yang dipimpin , Silelaki sibuk membuat panggilan, takut projek besar terlepas dalam periuk nasi orang lain, apa pun jua perlu dia buat untuk dapatkannya, walaupun terpaksa bersilang tangan bawah meja, walaupun mungkin dengan rasuah. Atau apa saja, Cuma sebutkan.

Sibuk hal wang, tujuan asal bawa anak isteri hayati kemerdekaan terlupa sudah.

Untuk apa mahu hayati, BMW 5 series sudah punya, sudah mampu upah pemandu untuk kendali Mercedes S class saban pagi menuju tempat kerja, belum campur dengan Porsche Carrera buat modal hobi, buat modal tunjuk lebih hebat . mampu punya 2-3 orang pembantu rumah, mengemas membasuh dan menbersih juga kadang kala jadi tempat lepas sepak terajang, sudah punya 2-3 orang wanita jadi pemain simpanan, sedang si isteri dan anak –anak punya masa bersama yang tak cukup , yang seringkali diabaikan keperluaan mereka. Sedang janji dengan orang-orang besar sebelum waktu tercegat sudah , janji dengan anak –anak sering kali terlupa. Ohhh inilah dia orang yang benar-benar sudah merdeka. Atau mungkin dia terlupa.
 
Last edited:
Sponsored Post

adioz88

Super Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
SAMBUNGAN..


Ditepi-tepi gedung Besar perniagaan , selonggok anak muda bertindik , rancak berbual akan konsep baru apa yang harus mereka ikut, teknik baru pencacak rambut biar nampak hebat, pemakaian yang harus mereka pakai agar dapat jadi tumpuaan, bagi mereka , mereka harus jadi pujaan.


Sekelompok warga asing lalu , Mereka terlompat-lompat mencuri perhatiaan, untuk apa., untuk tunjukkan kemodenan yang mereka peroleh, atau tunjukkan gejala negatif yang menular minda mereka. Tanpa mereka sedar,


Tidak cukup dengan itu, perbezaan warna kulit jadi mainan mereka, perbezaan perkauman yang meruntuh perpaduan jadi buah bicara mereka,

Untuk apa kita menilai warna kulit, atau untuk apa perbezaan kaum, sedangkan itu pencorak Negara, itu kekuatan kita, sedang kini masa untuk kita gunakan kepelbagaiaan variasi warna kulit untuk capai kemakmuran , untuk jadi contoh buat semua. Betapa warna kulit tidak perlu jadi ukuran sedang darah sama merah warnanya.



Merdeka tahun 2008, genap sudah 51 tahun laungan merdeka pada tahun 1957 .

Masih ramai mungkin yang masih belum merdeka, merdeka dari nafsu , dari perbezaan dan taraf hidup, dan segi kemampuan dan nilai insan. Dari bayangan dunia, dan jajahan minda.


Merdeka kah kita?merdeka kah aku?

Aku sendiri terlalu sukar menilainya,terlalu berat untuk jawapan itu mahu timbul

kerana aku Cuma seorang mentah yang masih belum mampu menilai erti sebenar sebuah kemerdekaan, dan mungkin mungkin masih mencarinya, dan aku jua tidak mahu hanya menyambut merdeka demi sebuah keraiaan.


Merdeka kah kita jika masih banyak yang dijajah disekeliling kita, Ya Negara kita telah merdeka, tapi kita perlu terus mencari ertinya dari dalam diri sendiri.


Renungkan apa yang disampaikan penulis, dan nilai sendiri betul2 merdeka kah kita?
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
alaaaaaaa...ni citer basi dh ni!
tunggula 31 ogos 2009 lak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register