50 Tahun Umno Memerintah, 90 Peratus Isi Rumah Miskin Adalah Melayu

CG Sponsors




DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,786
Reaction score
917
Points
176
PETALING JAYA 29 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.

Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.

Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

"Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ petang semalam.

Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," kata beliau lagi.

Tegas Anwar kongres yang selesai semalam adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.

Sumber: http://suara-keadilan.com/v1/index....miskin-adalah-melayu&catid=2:terkini&Itemid=2
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
bagi juak UMNO, tak kisah la orang Melayu merempat nak mampus, yang penting UMNO terus berkuasa. mesti sokong dan taksub UMNO sampai mampus.
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
Macam anuar kata la ketuanan melayu tapi cuci longkan.. tuan kew... Bangsa Cina x payah tuan pown bole maju.. chait... :)) poraaahh Umno:))
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Hidup Melayu! Hidup Melayu!

Itulah diperjuangkan UMNO. Tapi sayang seribu kali sayang. Itu adalah omongan kosong semata2 selepas perut kenyang dan menzalimi rakyat sendiri.
 

deputra

Fun Poster
Joined
Nov 27, 2007
Messages
904
Reaction score
0
Points
10
masalahnye banyakkan org melayu sekarang miskin sebab oleh kena tipu dgn bangsa melayu sendiri & bangsa cina. india ada juga, kaki putar dan kaki bunuh org melayu (p/s Jgn cari peguam india, bahaya karang kena bunuh)
 

Fikirman

Active Member
Joined
Aug 26, 2010
Messages
1,687
Reaction score
4
Points
25
melayu ni M***S dia besar sangat tu yg susah tu.....
 

alkbar

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
melayu semakin meLAYU lah jika berterusan tidur dlm 'tilam' janji2 pilihanraya yg bersifat sementara..hakikatnya pada angka mmg org melayu juga yg termiskin.kalau pada skrin tv mmg melayu tampak hebat..tapi hakikatnya semua melayu semakin meLAYU..
 

modengster

Active Member
Joined
Jul 28, 2010
Messages
1,147
Reaction score
35
Points
30
melayu ni malas satu hal, inferior pon satu hal...
pemalu pastu dengki-mendengki pon satu hal...

jgn salahkan kerajaan secara total, kerajaan cuma menyediakan dasar...
kemudian tanggungjawab seterusnya adalah terletak kepada pegawai2 pelaksana lah plak...
unfortunately pegawai2 dlm kerajaan ni ramai jugak yg dengki x leh tgk org lain senang...
pegawai2 dlm kerajaan bukan terdiri dr org umno je, semua jenis parti ada...
disusahkanlah permohonan2 dgn bermacam2 kerenah biroksasi...lastly, apa yg dipohon tak dapat sebab itu ini tak cukup tak lengkap...
melayu pon terkenal dgn sikap pemalu...takut nnti nmpak sgt kita ni miskin kalau mintak bantuan2 dr kerajaan...
malau dgn org kampung/jiran2/etc lah katakan...
pastu kang kalau kerajaan dah bagi pinjaman, tak reti lah pulak nak bayar balik...

pikirlah semua sudut, jgn pikir satu sudut je...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register