BTC USD 28,052.9 Gold USD 1,980.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

50 rumah dinaiki air di Baling

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Banjir kilat: 165 keluarga di 13 kampung dipindah

BALING 2 Nov. – Kira-kira 165 keluarga di 13 kampung dekat sini terpaksa dipindahkan ke lima pusat pemindahan setelah rumah masing-masing dinaiki air akibat banjir kilat setelah hujan lebat selama empat jam awal pagi ini.

Banjir yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan kira-kira 50 rumah dinaiki air setinggi satu meter di kampung terbabit yang kebanyakannya terletak berdekatan Sungai Ketil.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Kuala Kedua, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Siput, Kampung Banggol Derum, Kampung Dusun Raja, Kampung Lahar, Kampung Nering, Kampung Pantai Teh, Kampung Haji Abas dan Kampung Sungai Batu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Nazatul Iffah Abdullah berkata, mangsa yang membabitkan 35 keluarga itu dipindahkan ke lima pusat pemindahan dan rumah jiran berdekatan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...kampung-dipindah-1.20085#sthash.ZhnoTGvD.dpuf

banjirbaling.transformed.jpg


Baling: Kira-kira 50 buah rumah di beberapa kampung terutama di tebing sungai dalam daerah ini dinaiki air setinggi antara 0.5 hingga satu meter akibat hujan lebat, malam tadi.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Kuala Kuda, Bukit Sebelah, Siput (Mukim Siong); Kampung Banggol Derum, Dusun Raja, Lahar, Nering, Pantai Teh, Haji Abas (Mukim Bongor); Kampung Sungai Batu, Seberang Pekan, Bawah Gunung (Mukim Baling); Kampung Lubuk Pedati dan Tanjung Merbau di Mukim Pulai.

Difahamkan, hujan lebat selama empat jam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah kira-kira jam 1.30 pagi tadi ke penempatan penduduk yang tinggal di pinggir sungai berkenaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling Nazatul Iffah Abdullah, berkata, hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku dan melanda kira-kira 50 buah rumah penduduk di tebing sungai.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dipindahkan ke tempat yang selamat termasuk rumah jiran dan dewan yang berdekatan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5977#sthash.TvSMtiRp.dpuf

1922445_10152761158587052_8258999898993938057_n.jpg

10354954_10152761158582052_1343788831291864302_n.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

haniefmunchkien

Active Member
Messages
2,491
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,491
Reaction score
716
Points
81
mana itu putra umno? dulu angpa rajin g tulun. filipina la. beirut la..ni skang kawasan ketua depa. pi tulun cepat. ramai susah ni. jgn sampai org duk ada kata dh dpt jadi MP, ang buat tatau

persoalan aku skang mana mukhriz??? diam menyepi mcm org bisu... yg nampak main peranan banyak ahmad bashah sja.... xkan xdak program dgn putri umno mukhriz xnak turun kot... x lama dah dia ni....
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Banjir kilat: 165 keluarga di 13 kampung dipindah

BALING 2 Nov. – Kira-kira 165 keluarga di 13 kampung dekat sini terpaksa dipindahkan ke lima pusat pemindahan setelah rumah masing-masing dinaiki air akibat banjir kilat setelah hujan lebat selama empat jam awal pagi ini.

Banjir yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan kira-kira 50 rumah dinaiki air setinggi satu meter di kampung terbabit yang kebanyakannya terletak berdekatan Sungai Ketil.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Kuala Kedua, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Siput, Kampung Banggol Derum, Kampung Dusun Raja, Kampung Lahar, Kampung Nering, Kampung Pantai Teh, Kampung Haji Abas dan Kampung Sungai Batu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Nazatul Iffah Abdullah berkata, mangsa yang membabitkan 35 keluarga itu dipindahkan ke lima pusat pemindahan dan rumah jiran berdekatan.

“Biasanya setiap kali banjir, mangsa akan ditempatkan di beberapa tempat yang telah dijadikan tempat selamat untuk mereka berkumpul bagi memudahkan bantuan barangan makanan disalurkan.

“Pemimpin setempat turut membantu bagi melancarkan urusan tempat pemindahan sekiranya berlaku tempoh pemindahan yang lama. JKM juga telah menghantar bekalan makanan segera kepada mangsa yang terbabit,” katanya di sini hari ini.

Katanya, terdapat mangsa yang sudah pulang ke rumah masing-masing pagi ini setelah air surut dan pihaknya masih memantau perkembangan mangsa terbabit.

Dalam pada itu menurut seorang mangsa, Idris Che Me, 61, dari Kampung Haji Abas, dia yang asyik menonton perlawanan akhir Piala Malaysia semalam terkejut apabila air tiba-tiba melimpah ke dalam rumah mereka.

“Saya terus mengejutkan isteri, Tengku Faridah Tengku Md. Akib, 60, dan dua anak, Mohd. Faizal, 34, dan Nor Syakinah, 21, untuk mengangkat barangan ke tempat yang selamat.

“Saya sempat menyelamatkan beberapa barangan penting termasuk alatan rumah, apabila air naik dengan cepat sehingga paras satu meter, kami terus keluar ke atas tebing untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, walaupun sudah lama banjir tidak berlaku di kawasan itu tetapi sekiranya hujan lebat berterusan selama empat jam di Mukim Siong sudah tentu paras air Sungai Ketil akan melimpah.

“Mujurlah tidak ada kejadian buruk semalam tetapi kepenatan apabila terpaksa mencuci rumah setiap kali selepas banjir,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...kampung-dipindah-1.20085#sthash.ZhnoTGvD.dpuf
 
Sponsored Post

Top
Log in Register