Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 65,194
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,194
- Reaction score
- 7,151
- Points
- 916
- Awards
- 1
Comel, manja dan degil ya amat, kucing adalah haiwan peliharaan yang digemari ramai orang. Bagaimanapun bukan semua orang suka akan kucing, kalau kucing milik orang lain suka 'melabur' di rumah kita. Dalam internet, banyak petua menghalau kucing dikongsikan dengan kaedah paling aneh dan sering ditular adalah mengisi botol dengan air yang diwarnakan merah; didakwa sesetengah pihak berjaya mengatasi masalah ini. Seperti yang sudah dijelaskan dalam artikel ini, solusi ini hanyalah pseudosains atau sains tipu. Sekiranya kita mencari jalan bagaimana nak mengelak kucing datang ke rumah kita, apa kata anda cuba kaedah paling mudah yang dikatakan berkesan serta bersifat semulajadi. Gunakan tumbuhan untuk menghalau haiwan comel ini.