BTC USD 64,795.0 Gold USD 2,356.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others 5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi-Jadi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,329
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,329
Reaction score
6,489
Points
916
Awards
1
Teknologi internet sejak awalnya dibangunkan untuk tujuan memudahkan proses perkongsian data dan informasi penyelidikan bersifat ilmiah. Selepas dibuka kepada orang awam yang membolehkan pembangunannya diperkembangkan lagi, kepesatan kemajuannya membolehkan banyak idea kreatif direalisasikan membentuk trend baru seperti penstriman video dan audio, media sosial dan kini kemajuan kepintaran buatan. Kepenggunaan internet ke arah ilmiah bagaimanapun nampaknya telah didominasi ke arah yang lebih mementingkan hiburan serta trend 'kurang ilmiah'; mewujudkan banyak individu yang terkenal bukan kerana mereka seorang pencipta kandungan yang bagus. Sebaliknya terkenal kerana buat benda bodoh. Berikut adalah lima trend paling bodoh yang paling ramai peminatnya di kalangan netizen.
1714635078252.png
 
Sponsored Post

1. Video Rakaman Menangis

1714635211697.png


Sukar nak digambarkan bagaimana tahap narsisistik seseorang itu, sekiranya dia boleh merakamkan dia boleh mempersiapkan rakaman video terlebih dahulu ..sebelum menangis depan kamera. Nampak sangat apa yang dia cuba lakukan, adalah sesuatu yang lebih layak dikatakan sebagai lakonan atau sandiwara semata-mata. Tetapi ada yang lebih teruk daripada ini! Dah jadi popular pula di kalangan sesetengah pengguna media sosial, merakamkan situasi di mana orang lain sedang menangis atau bersedih, disebabkan kematian, putus cinta dan sebagainya lalu dikongsikan ke media sosial untuk tatapan umum.


2. Tragedi Sebagai Bahan Promosi

1714635295433.png


Sejak dulu, memang dah ada kategori manusia yang menggunakan tragedi sebagai promosi. Sebagai contoh, ejen takaful yang memuatnaik tangkap layar pampasan pelanggan mereka untuk dijadikan bahan promosi jualan mereka. Bagaimanapun media sosial berjaya membawa perbuatan ke tahap lebih tinggi. Ada orang yang sengaja berhenti di lokasi kemalangan, hanya untuk mendapatkan selfie dengan mangsa atau kenderaan yang terlibat - kemudian dimuat naik, demi like. Apa lagi yang dah dilakukan influencer? Menari atas kubur. Bergambar sebelah jenazah. Berlakon seolah peduli dengan seseorang yang ditimpa kesusahan, semua hanya untuk menambahkan jumlah pengikut.


3. Mengaku OKU

1714635277132.png


Dengan meningkatnya data serta informasi berkait perubatan di internet (yang sebenarnya bagus untuk kita), kesan buruknya menyaksikan semakin ramai individu mendiagnosiskan diri sendiri...membawa kepada kesimpulan yang mengejutkan. Di negara kita, perkara ini belum berlaku dalam skala besar tetapi di negara-negara maju, semakin ramai pengguna internet yang mentakrifkan diri mereka OKU atau orang kurang upaya secara sendiri, 100% bergantung kepada maklumat internet. Tidak cukup dengan dakwaan itu, yang lebih menyulitkan - mereka mula percaya dengan perkara tersebut, menyebabkan diri mereka mula 'melakonkan' simptom-simptom tersebut. Anehnya, ramai pempengaruh sebegini melakukannya untuk menagih simpati.


4. Prank!

1714635247535.png


Sebagai seorang yang membesar dengan rancangan TV seperti Just For Laugh, Punk'd atau apa saja rancangan usik-mengusik yang diterbitkan TV dari Jepun; prank atau gurauan mempunyai definisi yang jelas. Mangsa prank biasanya akan merasa gembira selepas 'dikenakan'. Tidak ada pihak yang sakit hati atau berasa susah selepas situasi berlaku. Walau bagaimanapun prank zaman sekarang agak lari perbezaannya. Prank yang dijaja influencer lebih terjurus ke arah menyakitkan hati orang yang terkena dan ada kalanya hanya membuatkan mereka yang terlibat jadi marah. Semakin ramai influencer yang berselindung di sebalik label prank, tetapi aksinya lebih kepada mencari gaduh.


5. Jaja Anak Gadis

1714635262573.png


Sejak zaman dulu sehingga ke hari ini, penggunaan wanita cantik sebagai pelaris dilihat sebagai normal. Walaupun ada gerakan dunia yang sedikit sebanyak berjaya mengubah persepsi 'wanita itu bahan promosi', realitinya pegangan ini sukar diubah. Dan peranan media sosial dan influencer nampaknya semakin memperkukuhkan lagi trend ini. Wanita-wanita cantik masih lagi diletakkan sebagai fokus utama, dijadikan pencuci mata iklan-iklan promosi media sosial, diminta melakukan perkara-perkara yang sebenarnya menjatuhkan maruah mereka sendiri. Pengiklanan memang sudah jadi sesuatu yang terlalu mudah dibuat, tetapi yang agak menyedihkan - wanita-wanita ini mudah menuruti saja apa yang diarahkan, tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri. Kami enggan menamakan siapa dan kepada mana kami tujukan pendapat ini. Tetapi kalau kita buka saja aplikasi seperti Facebook atau TikTok, iklan yang menjual gadis-gadis genit sudah pasti berlambak. Kalau lagi ketat baju sehingga tersembul apa yang tidak sepatutnya terpapar, lagi bagus. Lagi ramai yang akan tengok sampai hujung kerana engagement dalam media sosial, adalah pengukur kepada popular atau tidak sesuatu jenama itu.​
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register