Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,439
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,439
- Reaction score
- 7,018
- Points
- 916
- Awards
- 1
Di bandingkan pelbagai jenis profesion, guru mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang dianggap tinggi disebabkan sumbangan membesarkan dan mendidik kita semua. Tanpa guru atau cikgu, siapalah kita kan? Memang benar. Walaupun begitu jika kita selak dan selak dan selak, realitinya banyak aspek tugas perguruan yang seharusnya berani dibuka kepada kritikan kerana itulah realitinya. Tidak ada yang sempurna dalam institusi pergurusan. Guru juga adalah manusia, yang ada kesilapannya.
1. Guru Yang Cakap Tak Serupa Bikin
Salah satu masalah menjadi pendidik, adalah setiap tutur kata dan ucapan kita dalam mendidik dan mengajar anak murid kita SEHARUSNYA mencerminkan perilaku kita juga. Kita semua tahu di sekolah, guru-guru akan menasihatkan anak murid agar menjauhi perbuatan buruk seperti merokok. Siap denda atau buang sekolah lagi kalau pelajar ditangkap merokok atau menghisap vape. Namun bagaimana pula dengan golongan guru yang merokok di kawasan sekolah sehingga dapat dilihat anak murid? Setiap sekolah pasti ada guru sebegini, yang biasanya menjadikan stor sukan sebagai 'port' utama mereka. Marah anak murid merokok, tapi mulut sendiri hmph..kuat bau tembakaunya. Belum kita ambil kira guru yang gemar menasihatkan anak-anak murid supaya bercakap dengan nada yang sopan dan tidak menjerit. Tetapi suara dialah yang paling jelas kedengaran ke seluruh kampung bila memarahi anak muridnya yang tak reti duduk diam.
2. Guru Yang Bawa Masalah Rumahtangga Ke Sekolah
Salah satu masalah utama kalangan guru di sekolah sehingga membebankan murid-murid, adalah bila guru yang berhadapan masalah rumahtangga tidak lagi dapat membezakan tugasan hakikinya dengan isu di rumah. Masalah ini sering berlaku di mana-mana saja sekolah. Kalau anda pernah bergelar anak murid, pasti anda ada lalui perkara sebegini. Penulis pun antara yang terkesan dengan masalah ini zaman belajar dulu bila mana guru sains penulis kerap gagal mengawal diri dan mengambil cuti akibat tekanan rumah tangga. Kalau masuk ke kelas pun, emosi guru kurang stabil. Sukatan mata pelajaran dihabiskan secara ala kadar. Kadang-kadang dalam sesetengah situasi ekstrim, anak murid pula dijadikan tempat luahan perasaan si guru nak bercerita sehingga habis terpakai waktu pelajaran. Anak murid pula jadi tempat terapi isu guru.
3. Guru Yang Lebih Sibuk Urusan Luar Sekolah
Siapa sini semasa dia bersekolah, ada guru yang setiap masa sibuk dengan urusan luar sekolah sehingga langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di dalam kelasnya? Entah kenapalah setiap sekolah pasti ada seorang atau dua orang guru sebegini yang nampak lebih berminat nak meniaga atau buat kerja luar, sambil mengharapkan gaji sebagai gurunya terus berjalan. Ada sajalah aktiviti guru sebegini, jual itulah, jual inilah, jadi ejen, jadi middleman, tolong kawan. Pelbagailah senang cerita! Yang terabai anak murid dia. Kalau masuk kelas pun, dia minta pelajar buka muka surat sekian-sekian, belajar sendiri. Lepas tu cikgu tu pun beredar ke luar untuk apa saja urusan yang perlu dia selesaikan. Anehnya, guru sebegini pandai memancing hati pelajar. Dialah yang rapat dengan pelajar, sehingga tak ada pun pelajar mengadu guru itu culas kerja. Pelajar nak buat laporan pun segan, kerana guru sebegini disayangi.
4. Guru Gila Media Sosial
Sebagai ibu bapa, pasti ada di antara anda yang sedaya upaya cuba mengelakkan anak anda daripada masuk ke dalam media sosial. Kita larang mereka muat naik sesuatu yang mendedahkan identiti mereka, kerana kita tahu media sosial bukanlah medan untuk mereka. Tapi entah kenapa ada guru yang tanpa segan-segan menjadikan anak murid sebagai isi kandungan, sama ada untuk dijadikan perkongsian kerjaya harian seorang guru, aktiviti kelas ataupun sekadar video tarian suka-suka. Dalam kes-kes guru lapar like sebegini, kadang-kadang kertas jawapan anak murid yang dikatakan lawakpun dengan selamba dimuat naik untuk dijadikan bahan kandungan. Entah kenapalah amanah yang diberikan oleh anak murid kepada anda, dilanggar tanpa ada rasa apa-apa?
5. Guru Yang Memang Tak Dapat Diterima Anak Muridnya
Dalam perbincangan lebih serius, kita harus akui memang wujud situasi di mana hubungan guru dengan anak murid sukar dibentuk. Sebaik-baik seorang guru sekalipun, situasi di mana ada segelintir pelajar berhadapan masalah menyesuaikan diri dengan guru yang dilantik mendidiknya harus dilihat dalam perspektif lebih serius. Ini kerana memang akan terjadi keadaan di mana pelajar tak boleh adaptasi dengan guru, menjejaskan pembelajaran anak murid atau lebih teruk membuatkan pelajar tersebut hilang minat untuk belajar subjek tersebut. Pendapat lama, biasanya akan menyalahkan murid tersebut lah...kerana kalau 29 orang pelajar boleh terima gurunya, kenapa dia seorang tak boleh. Itu bukan penyelesaiannya kan? Cuba ingat balik zaman sekolah anda dulu; mesti ada cikgu yang anda seorang saja tak suka sehingga menjadikan prestasi anda teruk walaupun orang lain seronok saja belajar dengan dia. Dalam situasi sebegini tak adil untuk kita menyalahkan pelajar DAN dalam masa yang sama, tak adil juga kita menyalahkan gurunya. Apa solusinya? Entahlah. Penulis sendiri kalau ditanya anak muda apa jawapannya, akan menasihatkan mereka supaya sabar, belajar saja dan cuba sebaik boleh walaupun sepanjang masa di kelas, mereka tak berapa gemar pendekatan guru mereka.
Pada akhirnya, kita harus terima akan ada anak murid yang tak ngam dengan cikgunya sehingga terjejas pendidikannya. Apa yang kita harap, terjejas pun dalam kadar minima hanya merangkumi subjek yang bermasalah padanya.