BTC USD 61,018.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 sekeluarga mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit

kemolok

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,131
Reaction score
25
Points
70
Kalau kat ulu bendul, kuala pilah, ada bunyik siren
 
Sponsored Post

jkmguio

CG Top Poster Club
Joined
Jun 16, 2008
Messages
28,729
Reaction score
3
Points
115
budak lelaki ni...

boleh mental down ni

kena betul betul bagi sokongan kat dia...

sejam sebelum kejadian...tangah bergembira satu famili.. tiba tiba hilang semua

Ya betul, kasihan budak lelaki itu, harap ada keluarga yang lain bagi sokongan dan dorongan kat dia.
 

irsyadpenang

Active Member
Joined
Oct 31, 2007
Messages
1,406
Reaction score
15
Points
25
misteri air terjun belukar bukit




022.JPG







Air tejun belukar bukit terletak 23 km dari bandar kuala berang hulu terengganu Air terjun belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga. Jauh dari bandar kuala terengganu 62km

.




Air terjun belukar bukit merupakan tempat perkelahan sungai,Tapi tempat perkelahan ini dinamakan pula sebagai air terjun, sedangkan tidak ada air terjun pun dikawasan perkelahan ini.Asal usul yang dinamakan sebagai air terjun tak plk diketahui.Penduduk tempatan memanggil air terjun belukar bukit sebagai Lubuk Gala




001.jpg




Pasir yang luas dan air yang jernih





Sungai tempat perkelahan ini plk dinamakan sebagai sungai berang,Sungai berang berkuala kan sungai terengganu di bandar kuala berang.Asal usul nama kuala berang juga diambil dari nama sungai ini’.

Walau pun tempat perkelahan ini di kelaskan sebagai tempat yang selamat untuk mandi manda sekeluarga, ada juga kemalangan lemas yang terjadi.Yang jadi misteri ialah tempat yang lemas hanya lah dikebanyakan dikawasan yang cetek sahaja,Walau macam mana pun ada juga yang lemas dikawasan yang air yang dalam.Mangsa yang didapati lemas biasanya dikalangan budak2 dan pengunjung luar dari kawasan belukar bukit.



004-1.jpg


Air yang cukup jernih


Tempat perkelahan sering terjadi kejadian lemas kapada pengunjung2 yang datang untuk berkelah,Kejadian lemas macam menjadi perkara biasa ditempat2 berkelah dimana sahaja dan biasanya akan dikaitkan dengan perkara2 yang misteri.




Kejadian lemas yang paling menyayat hati telah berlaku beberapa tahun dahulu melibatkan tiga sepupu,Dalam kejadian tersebut ketiga2 sepupu tersebut telah lemas hanya ditepi sungai sahaja,Tiga sepupu tersebut telah dibawa oleh ayah mereka untuk menghabiskan cuti.Dikatakan ketiga2 mereka mereka seperti dipukau untuk terjun diair sungai yang sangat jernih itu,Ketiga2 mangsa gagal diselamatkan kerana kawasan perkelahan ini dimasa itu tiada perkunjung.AlFatihah.




Baru2 ini juga telah terjadi trajedi lemas dikawasan perkelahan ini yang melibatkan pengunjung yang datang dari luar,Mangsa dikatakan mandi2 dan bermain dikawasan yang berjeram yang airnya deras.Payah untuk dibuat kesimpulan sebab2 perkara ini terjadi



006-1.jpg



Lubuk yang dikatakan tempat selalu memakan korban

Misteri Air Terjun Belukar Bukit



Setelah banyak terjadi kejadian lemas dikawasan perkelahan belukar bukit aku cuba juga bertanya kpd penduduk tempatan yang sentiasa ada dikawasan perkelahan ini,Ada beberapa cerita yang menyeramkan telah aku kesan dari cerita2 yang diberikan.


Seorang kawan aku yang sentiasa ada dikawasan tersebut dengan kegiatan memancing dan menangkap ikan dengan cara memukat dan memanah telah bercerita bahawa dilubuk yang paling dalam sekali ada sesuatu penampakan yang anih,didalam lubuk tersebut beliau telah jumpai seekor ikan yang muncung nya seakan2 ****,beliau telah bercerita kalau ada penampakan yang macam itu,beliau akan cepat2 naik kedarat dan kegiatan memanah ikan dilubuk tersebut akan dihentikan serta merta,Beliau juga bercerita kalau ada penampakan yang seumpama itu biasanya akan terjadi kejadian lemas oleh pengunjung yang datang untuk berkelah..Tak diketahui sama ada cerita ini benar atau pun tidak tapi itu lah yang diceritakan kapada aku

Kawan aku juga bercerita dikawasan chalet yang dibina telah banyak penampakan yang terjadi sehinggakan chalet2 ini kurang mendapat sambutan,Chalet yang disediakan hanya disewa oleh badan2 kerajaan untuk berkhursus dan melibatkan ramai peserta,Kelihatan chalet2 ini basi dan seperti ditakuti untuk disewa.Wallahuaklam


034.JPG

Chalet dan dewan

Setelah aku dengar cerita2 yang macam tu aku cuba untuk kesitu untuk menghayati cerita nya dan ingin mencuba ketakutan yang ada pada aku,Aku sering juga mandi2 dilubuk yang dikatakan sebagai memakan ramai mangsa,Apa yang aku dapati tak ada benda yang pelik didalam lubuk itu kecuali air sungai nya yang sangat jernih sehingga menampakan lantai sungai nya.Seperti berdosa kalau dikatakan tempat itu berhantu atau mempunyai penunggu dan sebagainya.Aku juga telah mengunjungi chalet2 yang ada,dan aku juga dapati tak ada apa yang pelik Cuma kawasan chalet agak jauh dibina dari kawasan perkelahan,Bohong lah kalau aku kata kawasan macam ni tak menyeramkan lebih2 lagi kalau berseorangan.Memang permandangan chalet ini agak menyeramkan dikala malam tiba dan ditambah pula tak ada seorang pun pengunjung.





ikanpelik.jpg

Mungkin begini rupa ikan yg bermuncung ****




Nasihat aku kapada yang ingin mengunjungi kawasan perkelahan dimana2 sahaja, elakkan diri dari terlampau suka sehingga kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh makhluk lain kerana selain dari kita terlalu ramai makhluk yang mendiami bumi ini khasnya dikawasan yang seperti ini,Hendaklah sentiasa beringat2,Solat jangan lupa,Surau2 ditempat perkelahan sentiasa dilupakan,seperti dikawasan perkelahan segala suruhan tuhan tak perlu dibuat.Pergi dan hayati keindahan ciptaan tuhan untuk dikagumi kekuasaan nya bukan untuk dibuat sesuatu yang bukan2.Tujuan tulisan aku bukan lah ingin sebotaj tempat perkelahan tetapi ingin semua pengunjung selalu berhati2 bila ketempat yang macam ini,Selalu berhati2 semoga selamat..Sekian

(kejadian lemas yang paling baru telah berlaku pada 19-12-2015,melibatkan lima orang sekeluarga.Aku tau berita ni dari whasapp kawan2 tapi aku enggan menyertai/pergi kerana aku tak dapat melihat semua kesedihan,lagi pun semua mangsa dah pun dijumpai semasa aku terima berita,semoga roh mereka yang terlibat diterima ALLAH)
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,451
Reaction score
788
Points
81
Dari tahun 2000-2014 dah beratus lemas.. sepatutnya tutup ler tmpt ni. Bahaya oooo..
 

agen14

Super Active Member
Joined
Nov 21, 2009
Messages
8,819
Reaction score
72
Points
75
Aku pun tak berani nak bawak anak2 gi mandi masa ni.. ari tu layan hot spring je.. panas giler.. 1 jam rendam kaki baru boleh rendam badan..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,853
Reaction score
21,826
Points
1,671
Bomba turut membantu memberi pencahayaan bagi melancarkan lagi majlis pengebumian tersebut.

11215744_555254584642351_7341178985519298427_n.jpg

10399540_555254551309021_7464619383615485909_n.jpg

12373348_555254547975688_1793167488024828956_n.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,853
Reaction score
21,826
Points
1,671
Air Terjun Belukar Bukit sepi selepas tragedi

KUALA BERANG: Tragedi lima sekeluarga lemas di Air Terjun Belukar Bukit di sini, semalam, menyebabkan kawasan rekreasi itu sunyi sepi hari ini.


Tinjauan BH ke lokasi itu sejak pagi hingga tengah hari ini mendapati, walaupun keadaan cuaca baik, tiada pengunjung datang untuk berkelah mungkin bimbang keselamatan mereka susulan kejadian menyayat hati semalam.

Kawasan rekreasi itu dipilih sebagai antara lokasi pelancongan oleh kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, namun tinjauan juga mendapati keadaannya tidak terurus dan terbiar.

Malah, tiga kiosk perniagaan yang dibina di kawasan itu juga terbiar tanpa dimanfaatkan peniaga.

Kemudahan awam seperti tandas, tempat berteduh dan wakaf yang disediakan juga dalam keadaan kotor, selain timbunan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung tidak dibersihkan.

BH dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) ada meletakkan tanda amaran dan larangan mandi di beberapa lokasi di kawasan air terjun itu, namun hanya tinggal tiang kerana perbuatan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

Akibatnya, peringatan dan amaran yang cuba disampaikan pihak berkuasa kepada pengunjung menerusi papan tanda disediakan supaya mereka lebih berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu tidak sampai.

Seorang penduduk tempatan, Muhammad Nazri Mat Sharif, 36, berkata kawasan rekreasi itu sudah hampir tiga tahun terbiar.

"Sebelum ini kawasan ini dijaga oleh belia Belukar Bukit. Tetapi sejak tiga tahun lalu lokasi ini seperti terbiar.

"Saya berharap pihak berkuasa lebih cakna mengenai keselamatan dan pemeliharaan lokasi kunjungan ramai ini supaya perkara sama tidak berulang," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, pemilik syarikat kejuruteraan, Mohd Halim Safian, 44, dan isteri, Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, 39, bersama tiga anak perempuan mereka lemas selepas mandi di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, seorang anak pasangan itu, Mohd Hasif, 8, yang berada di daratan ketika kejadian terselamat.


terjunbelukar1.transformed_0.jpg

PAPAN tanda Air Terjun Belukar Bukit di Kuala Berang.

kiosk.transformed_0.jpg

TIGA kiosk perniagaan yang dibina terbiar tanpa dimanfaatkan peniaga.

papantandahilang.transformed_0.jpg

TANDA amaran yang rosak akibat daripada perbuatan vandalisme.

gazibo.transformed_0.jpg

WAKAF yang disediakan dalam keadaan yang kotor.


http://www.bharian.com.my/node/106821
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register