Info 5 Perubahan Positif Sikap Rakyat Malaysia Kerana PKP

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Norma baru yang diperkatakan sebelum ini kini layak dikatakan sudah menjadi satu kebiasaan biasa, bukan lagi sesuatu yang baru untuk kita. Walaupun masih ada pihak yang tidak mengenakan topeng muka atau masih lagi nak berdiri dekat-dekat antara satu sama lain, majoriti rakyat Malaysia pada pandangan penulis rata-ratanya mengikuti dengan baik perubahan norma rutin kita selama ini.

Banyak pihak melihat pandemik sebagai sesuatu yang negatif (memanglah kan?) namun di sebalik semua gejala yang melanda, harus kita akui wujud beberapa perubahan positif pada masyarakat kita yang berlaku akibat ketakutan kita pada virus.


1. Sabun kini sentiasa ada di tandas

sabun-anti-bakteria-di-tandas.jpg


Pengalaman kitadengan tandas awam walaupun berbayar sekalipun, kebiasaannya buruk. Sabun basuh tangan jarang sekali berisi dan pengering tangan pun, ada masanya tidak berfungsi. Tetapi sekarang ni pergi saja basuh tangan, bukan saja di tandas malahan di sinki-sinki restoran sekalipun ada disediakan sabun yang betul! Bukan lagi sabun campur air yang selalu disediakan sebab nak jimat belanja.

Kondisi tandas pun nampak jauh lebih baik berbanding sebelum PKP dan semua peralatan yang dulu compang-camping, kini dah dibaiki dan diselia bagi memastikan tandas-tandas ini patuh standard SOP. Malaysia memang boleh!


2. Premis perniagaan selalu dibersihkan

membersihkan-meja-makan.png


Jika dulu ramai pekedai kebiasaannya ambil mudah saja kaedah mengelap meja, hanya dengan menggunakan kain buruk yang entah bila dicuci - kini kedai yang penulis kunjungi pelayannya pasti akan menyembur sabun sebelum mengelap meja. Itu satu perubahan yang sangat drastik! Apatah lagi kedai-kedai ini mula lebih rajin menyapu dan membersihkan lantai. Kadangkala rasa macam makan di kedai mamak pula bila kita tengah-tengah makan pun, ada yang datang nak mop berdekatan kita. Tapi demi kebersihan, penulis tahankan saja. Harapnya berkekalanlah.


3. Lebih selesa makan di kedai akibat jarak renggang

kedai-makan-amalan-kebersihan.jpg


Salah satu perkara paling merimaskan penulis selama ini adalah apabila susunan meja dan kerusi di kedai makan agak rapat, menyebabkan kita mampu berlaga dengan orang belakang kita. Dengan pengenalan syarat agar setiap premis perniagaan mewujudkan jarak renggang antara meja-meja pelanggan, keselesaan untuk makan di luar meningkat dengan positif. Kini jarak antara meja ke meja di semua premis tampak lebih besar, membolehkan penulis khasnya makan dengan lebih tenang tanpa ada kerusi melanggar penulis semasa penulis sedang minum air panas.


4. Rasa tenang nak keluar duit

beratur-di-atm.jpg


Pernah tak anda nak keluar duit di mesin ATM dan individu di belakang anda macam tak faham bahasa, berdiri rapat-rapat macam dia nak tahu sangat berapa baki akaun anda? Mesti pernah kan? Lega rasanya zaman PKP ni bila setiap bank dan premis yang mempunyai ATM meletakkan penanda yang sepatutnya pada semua mesin, bagi memastikan jarak antara pelanggan ke pelanggan terjaga. Tak adalah sesiapa tahu berapa baki sebenar akaun bank penulis. Bagaimanapun, bila dah gaji tu ada masanya penulis saja-saja tinggalkan resit penyata di mesin kononnya buat-buat terlupa - kalau orang belakang tu sibuk nak tahu sangat berapa yang penulis ada. Setakat ni belum ada yang terpesona.


5. Stesen minyak akhirnya membersihkan pam

shell-pkp-sanitasi-pam-minyak.jpg


Ramai sebenarnya yang ketika memandu kereta, gemar mengorek hidung. Kemudian dia buka tingkap, jentik tahi hidung itu keluar semasa kereta memecut laju. Sampai di stesen minyak, terus dia capai pam dan mula mengepam minyak ke dalam tangki kereta. Selesai urusan, dia pun memecut keluar meninggalkan pam minyak yang dah 'tercemar.'

Semasa PKP ni, kita perasan kebanyakan pam petrol ditandakan dengan label 'saya selalu disanitasi.' Kita yakin sajalah yang sanitasi itu benar-benar berjalan.
Satu persoalan ingin bangkitkan di sini adalah - kenapa kena PKP dulu baru pengusaha stesen minyak terfikir keperluan untuk sanitasi pam dengan lebih kerap?
Persoalan lebih besar : kenapalah dah PKP ni barulah segelintir ahli masyarakat kita baru mula nak ambil serius tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas keseluruhannya?
 
Sponsored Post

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,680
Reaction score
256
Points
91
yg no 4 tu betol..dulu time kt atm ade je yg duduk rapat2 mcm x sabar nk tunggu..kite yg nk tgk baki ke pe ke naik rimas
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,730
Reaction score
325
Points
91
rakyat malaysia skang lebih pandai bab beratur...
kalu tak emo betul time beli nasi berlauk hahah...
ada jaa spesies nonong g depan potong q..
tali line merah putih tu jugak byk membantu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,887
Reaction score
2,114
Points
201
kat McD tu org gila manalah yg makan dan buat kotor begitu
 

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
4,098
Reaction score
156
Points
33
ada masa rimas jgk wpun dh bgtau jaga jarak tp ada je yg beratur rapat2 sampai rimas plk, nk sound kang kot bergaduh plk
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,058
Reaction score
249
Points
38
normal baru ..
bab atm mmg betul la ..tak serabut mcm dulu2..
cuma masih ramai lg yg pakai 'mask' sbb nk elak dari kena saman, bukan sbb nk kekang covid ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register