BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info 5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
Memiliki satu karier atau kerjaya yang mampu menyara hidup kita disamping menjadi sumber simpanan hari tua, merupakan antara keperluan utama yang harus kita miliki sepanjang hidup. Dalam bekerja, majoriti antara kita akan menempuhi interaksi dengan individu-individu lain yang mempunyai 1001 kerenah dan pandangan berbeza, sehingga menyebabkan ada antara kita yang mempersoalkan berbaloikah diteruskan sesuatu jenis kerja untuk dijadikan sumber pendapatan kita? .. Bagi sesetengah pekerjaan, menangani kerenah manusia merupakan isu utama. Berikut adalah lima jenis pekerjaan popular di Malaysia yang mampu mengajar kita sifat sebenar rakyat kita.


1. Kerja Jualan

1730896427702.png


Nak kenal bagaimana rumitnya menangani kehendak orang ramai secara bersemuka? Cuba kerja sebagai pembantu jualan, khususnya di restoran atau kedai makan. Kami yakin pengalaman yang anda peroleh bakal mendewasakan anda. Ini kerana dalam banyak pekerjaan, golongan pekerja dan pelayan kedai makan sering menjadi sasaran segelintir golongan yang suka memandang rendah orang lain serta menganggap 'customer is always right'; melayakkan mereka dilayan ibarat raja. Penulis pernah cuba bekerja dalam bidang ini secara separuh masa dan penulis tuliskan di sini; tawarkanlah gaji tinggi mana pun, penulis tak nak terlibat dengan apa saja bidang jualan khususnya bidang 'retail'. Kita nak bantu pelanggan beli barang aje pun, mampu membuatkan kita dilihat seperti pengemis tepi jalan.


2. Kerja Khidmat Pelanggan

1730896407219.png


Dalam banyak-banyak pekerjaan. ramai yang pernah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan khususnya melalui dalam talian mengakui kerjaya dalam bidang ini mampu membuka topeng sebenar sifat orang ramai. Penulis sempat bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan atau operator bersama sebuah syarikat pengendali telekomunikasi di negara kita dan jumlah makian yang penulis perlu hadapi, SETIAP HARI, 6 HARI SEMINGGU sukar untuk dihadam. Sedangkan kita hanya pegawai. Yang jadi isunya, bahagian teknikal. Apa yang pelanggan dapat menjerit-jerit dalam telefon? Sudahlah dijerit-jerit seperti dia marah anak dia, ugutan nak tamatkan langganan atau hinaan kerana kurang mahir berbahasa Inggeris sudah menjadi asam garam kerja khidmat pelanggan ni. Kalau jenis hati tisu, janganlah anda sama sekali cuba masuk ke bidang ini. Bagi mereka yang dah kental, memang akan lali .. cuma kalau hari-hari nak hadap, bosan juga kita nanti.


3. Guru

1730896388302.png


Siapa yang bergelar seorang guru atau ada pasangan seorang guru sajalah tahu bagaimana renyahnya nak menangani permintaan ibu bapa murid-murid yang ada. Tak kiralah mengajar di sekolah kerajaan atau swasta. Ini kerana setiap ibu bapa mempunyai jangkaan yang berbeza terhadap apa yang mereka harapkan berlaku dalam pendidikan anak mereka. Ada yang langsung tak peduli apa jadi kat anak mereka. Ada yang terlalu peduli sehinggakan teknik guru mengajar dalam kelas pun, kalau boleh nak diubah dan diperbetulkan segelintir ibu bapa. Nak layan permintaan, kerenah dan jangkaan ibu bapa di sekolah memang satu tanggungjawab sukar. Ditambah lagi dengan kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan guru-guru, kadang-kadang secara paksa rela. Buat silap sikit, habis ditularkan kisahnya di media sosial seolah semuanya guru punya angkara.


4. Pemandu Teksi

1730896360944.png


Anda mungkin lihat pemandu teksi, tak kiralah yang menggunakan aplikasi atau secara tradisional sebagai orang-orang biasa. Tetapi pemandu teksilah antara orang yang paling rapat dengan asam garam masyarakat daripada golongan atas hinggalah orang kebanyakan. Dan mereka ini jugalah yang dapat menyaksikan perangai-perangai orang ramai yang jarang kelihatan. Siapa yang tak malu nak bercumbu dalam kereta. Siapa yang mabuk malam buta. Siapa yang tambangnya rendah tapi nak dihantar seperti kerabat raja. Menjadi pemandu teksi jugalah akan membawa kita melihat kawasan-kawasan kediaman yang tidak terjaga, tidak dipedulikan pemilik-pemiliknya. Kawasan kediaman ibarat lokasi perang pun ada di Malaysia. Semakin rendah status pendapatan, semakin tidak terjagalah kawasan kediaman mereka. Tak tahulah kenapa ini formula biasa masyarakat kita.


5. Pengurus

1730896343110.png


Individu yang memegang jawatan pengurus atau pentadbir pejabat biasanya menjadi sasaran mudah pekerja bawahan, akibat rasa ketidak puashatian mereka dalam pelbagai isu. Tetapi realitinya, hanya mereka yang duduk di atas tahu betapa susahnya nak mentadbir makhluk yang bernama manusia ini! Memang sukar! Menjadi seorang pengurus, supervisor, ketua atau apa saja gelaran yang ada memerlukan kita menangani terlalu banyak isu dan masalah yang wujud, akibat ragam dan permintaan manusia. Bila dah berada di atas barulah kita sedar hakikat bahawa mengurus manusia ni, mampu membuatkan kita gila. Nak putuskan siapa layak dapat kenaikan gaji tinggi, sebagai contoh - bukannya satu tugas mudah. Nak pecat orang yang melakukan kesalahan disiplin? Hati kena keras woi nak putuskan sumber rezeki orang yang dah berkeluarga, walaupun dia patut dikenakan tindakan sebegitu. Tetapi berapa kerat pekerja yang hargai susah payah pengurus mereka? Adalah segelintir. Yang selebihnya, siap buat kumpulan Whatsapp khas untuk kutuk pengurus yang diberikan nama 'Pengurus Bodoh Buat Apa Hari Ini?' sambil bergelak ketawa.​
 
Back
Top
Log in Register