Info 5 Motor Lejen Kegemaran Anak Muda Satu Masa Dulu

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,220
Reaction score
3,309
Points
236
Sebagai seorang peminat motorsikal, penulis seronok melihat bagaimana meriahnya jalan raya kita dengan bermacam jenis motorsikal baru selepas penjualan motorsikal di negara kita kembali meriah tidak lama dahulu.

Screenshot-1605.jpg


Model-model baru yang ada sama ada dalam bentuk moped, sportbike atau skuter memang cantik-cantik belaka tetapi pada hati penulis belum cukup untuk mengembalikan trend permotoran era 90-an dan awal milenium dulu yang membawa fenomena unik.

Pada hemat penulis, trend motorsikal kini dipandang sebagai alat pengangkutan tetapi bagi penunggang era tersebut, motorsikal adalah hidup mereka. Tidak ada model lain yang melambangkan era tersebut, melainkan lima model motorsikal ini.


1. Yamaha TZM

Screenshot-1606.jpg


Motor paling ramai peminat serta menjadi kebanggan anak muda yang memilikinya, geng-geng TZM memang merajai jalan raya satu masa dulu. Ini kerana motorsikal ini merupakan motorsikal paling kecil yang menyerupai sebuah motorsikal kejohanan MotoGP satu masa dulu.

Dengan kelajuan maksima 200km/j (ya benar, penulis dah cuba dan angka ini terbukti mampu dicapai) serta kuasa kuda sebanyak 35bhp, rangka besar TZM membuatkan motorsikal ini agak segak untuk dipandu sesiapa saja walaupun badannya sedikit besar.

Satu saja masalah motor ni - sistem injap kuasanya yang selalu sangat meragam. Sistem injap yang dinamakan YPVS (Yamaha Power Valve System) akan mengaktifkan kuasa tambahan pada enjin apabila putaran enjin tiba ke satu tahap, namun kerap bermasalah. Motorsikal masih boleh berjalan tapi 'ummph' dia tak ada.

Screenshot-1607.jpg


Rekaannya nyata klasik serta masih relevan sehingga kini, tak jemu dipandang. Kami tidak faham mengapa Yamaha tidak pernah menambah baik model popular ini untuk diteruskan pengeluarannya.


2. Honda NSR 150RR

Screenshot-1608.jpg


Seteru utama Yamaha TZM. Kalau berhenti di lampu merah, mesti kedua-dua rider saling jeling-menjeling. Berbeza dengan TZM yang lebih besar, NSR yang dihasilkan di Thailand datang dalam versi RR di Malaysia tetapi anak muda ketika itu, sudah pastilah iri hati melihat versi SP yang hanya dijual di Thailand.

Lebih berkuasa, lebih cantik serta mempunyai lengan ayun tunggal yang seksi - ramai peminat NSR dulu menghabiskan wang untuk menukarkan NSR 150RR versi Malaysia agar lebih mirip dengan NSR150SP versi Thailand.

Screenshot-1609.jpg


Mahal juga kosnya ketika itu sehinggakan ada kawan penulis habislah duit PTPTN dia untuk bikin transformasi tersebut.

Penulis pernah memandu NSR beberapa kali dan penulis lebih gemarkan enjin NSR yang tidak segarang TZM. Posisi tunggangan NSR juga lebih selesa selain menyelit pun lebih mudah kerana kerampingannya.


3. Kawasaki ZXR250

Screenshot-1610.jpg


Motor paling terkenal kerana hos 'mesin basuh' yang dipasang pada tangkinya, Kawasaki ZXR250 merupakan antara jentera idaman penulis satu masa dulu berbanding adiknya ZZR250. ZXR250 kelihatan garang dan yang paling penting, semasa dipandu menghasilkan bunyi yang sangat enak untuk didengari.

Penulis hanya dua kali sahaja memandu motorsikal ini dalam jarak dekat jadi nak komen lebih-lebih tentang pemanduannya, tak adillah. Mereka yang memilikinya kata motor ini tak sesuai untuk ke kedai, lebih sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Betullah agaknya.

Screenshot-1611.jpg


Mempunyai saiz yang agak besar, keunikan motor ini adalah pada enjinnya yang mempunyai empat silinder selari menghasilkan pecutan yang lancar serta mengasyikkan lebih mirip dengan 'superbike' sebenar. Bagaimanapun, disebabkan harganya yang agak tinggi - ramai hanya mampu meneguk air liur melihat motorsikal itu diparkir.

Pengganti sebenar kepada model ini baru saja dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2019 dengan nama Kawasaki Ninja ZX-25R, menggunakan sistem enjin serupa yang pastinya akan membuatkan ramai golongan ayah-ayah muda terasa hendak kembali ke zaman muda mereka.


4. Suzuki TXR150

Screenshot-1612.jpg


Sama ada anda pemilik versi Panther, Jerung atau Gamma; model popular daripada jenama Suzuki ini merupakan model paling hampir dengan motorsikal ikonik Suzuki Katana yang satu ketika dulu merupakan salah satu model rujukan rekaan motorsikal zaman moden.

Bagaimanapun populariti ketiga-tiga model ini tetap dibayangi dua jenama pendahulu iaitu Yamaha dan Honda, menyebabkan TXR kerap kali menjadi alternatif berbeza kepada peminat motor yang mahukan kelainan.

Screenshot-1613.jpg


Mungkin juga disebabkan oleh identiti Suzuki TXR150 Panther ketika itu yang digunakan sebagai motorsikal rasmi Polis Di-Raja Malaysia. Penulis tak pernah bawa motorsikal ni walau sekali pun, hanya duduk tepi usik-usik enjin adalah sebelum tuan dia jeling-jeling.


5. Yamaha RXZ

Screenshot-1614.jpg


Motor mat rempit! Kalau bawa RXZ mesti budak jahat! Motor rasmi samseng sekolah! Bermacam gelaran buruk diberikan oleh generasi terdahulu kepada pemilik Yamaha RXZ, walaupun dia mungkin seorang mat skema yang mendengar nasihat ibu bapanya.

Begitulah betapa besarnya sinonimnya motor ini dengan masyarakat kita sehinggakan jenama motor pun boleh jadi bukti perangai seseorang. Walaupun demikian, ini tidak dibantu oleh kumpulan remaja nakal zaman dahulu yang entah kenapa tertarik sangat dengan motor ni.

Sehingga kini penulis tidak faham apa buruknya motor ini. Rekaannya kemas. Warnanya yang paling popular adalah warna hijau! Nak kata laju, ada motor lain lagi laju. Pakai kemeja bawa motor ni pun ada makcik-makcik yang jeling cop kita tak boleh buat menantu.

Screenshot-1616.jpg


Walaupun dah hampir 9 tahun dihentikan pengeluarannya, sehingga kini pemilik Yamaha RXZ terus berdepan dengan persepsi ini sehinggakan mereka sanggup berkumpul beramai-ramai memandu dengan sopan dan berhemah; bagi membuktikan mereka bukan kumpulan bermasalah.

Selagi filem-filem dan drama Malaysia seperti filem 'Remp-It' terus menggunakan model ini untuk menggambarkan aktiviti perlumbaan haram, penunggang RXZ yang berhemah akan terus dipalit persepsi negatif. Jadi tolonglah produser filem, buatlah filem mat motor yang menggunakan model lain pula.
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,214
Reaction score
395
Points
81
Paling legend ZXR tu lah, pandang dari sudut mana pun mengancam.
TZM tu naik sekejap saja, lepas tu ramai mat indon yang pakai.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,220
Reaction score
3,309
Points
236
pernah miliki jerung, tapi dah total lost eksiden parah .. semua atas tu dah pernah bawak kecuali mesin basuh, tapi suka bunyinya macam F1 :D

TZM nama je sistem Power Valve tapi xleh main dengan Jerung standard ..

ada satu lagi motor 150cc yang lejen boleh rembat semua motor tertinggal penulis kat atas .. KIPS lama .. mekanik aku dulu, moto yang dia setting test kat highway dengan moto ni, standard boleh cecah 230km/h, water-cooled ..

kr hijau.jpg
 
Last edited:

BroAct

Active Member
Joined
Feb 21, 2008
Messages
2,307
Reaction score
86
Points
35
zxr 4 silinder bunyi mcm superbike. tzm laju, tapi nsr lg sedap bawak, mungkin sebab lebih ergonomik. panther dlu cikgu aku ade pakai masa dkt sekolah. satu hari tiba2 dia bawak kereta, rupenya budak dah rembat kaburator motor dia dkt sekolah :ROFLMAO:
 

opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,870
Reaction score
182
Points
43
pernah miliki jerung, tapi dah total lost eksiden parah .. semua atas tu dah pernah bawak kecuali mesin basuh, tapi suka bunyinya macam F1 :D

TZM nama je sistem Power Valve tapi xleh main dengan Jerung standard ..

ada satu lagi motor 150cc yang lejen boleh rembat semua motor atas tertinggal penulis atas .. KIPS lama .. mekanik aku dulu, moto yang dia setting test kat highway dengan moto ni, standard boleh cecah 230km/h, water-cooled ..

View attachment 243097
ini kips, kuar kilang dh ada hantu dlm engine. model suzuki dulu kala potong head pun dah mengila perginya. hahahaha

#HONDA RIDER PUN BOLEH TAHAN BEB#
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,220
Reaction score
3,309
Points
236
ini kips, kuar kilang dh ada hantu dlm engine. model suzuki dulu kala potong head pun dah mengila perginya. hahahaha

#HONDA RIDER PUN BOLEH TAHAN BEB#
btul, standard factory dah racing mode kot .. :D

aku tak suka sangat Z sebab kalo blok jam, tangkap piston terus, tolak motor je la sampai workshop

kalo Jerung atau Gamma jam, rehatkan 10 - 15 minit dah masih boleh start bawak slow2 cari workshop, pernah moto aku jam 3 kali rebore last pakai sarung sebab masa tu kilang Suzuki kat Shah Alam baru tutup, spare-part kena order Thailand

Honda Raider tu dah kategori klasik, sama umo dengan RD-LC dan RX-S :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Masa kecik² dulu suka tengok TZM
Sebab dah nampak macam superbike
Tapi RXZ jugak nampak paling smart dan kemas
 

AbamB

Fun Poster
Joined
Nov 10, 2017
Messages
297
Reaction score
34
Points
30
Abam geng Panther Gamma
skang Orang tua yg pakai dok ride sana sini
masa kt RTC Gopeng dia dpt tittle Rider paling Otai 70 thn
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,011
Reaction score
193
Points
38
:pKena ada panther jerung nie....baru syok...
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,011
Reaction score
193
Points
38
Siap pakai mekanik...bukan calang2 rider nie...:p

Paling handal mekanik yg pernah saya kenal brother Shamyl

Siap masuk kes rompak bank lagi...sedih gak laa

Bunyi pong pong pong kuat sangat pon masalah bos....

Motor boat kalo cicah lutut pon boleh tergolek bos...:LOL:


pernah miliki jerung, tapi dah total lost eksiden parah .. semua atas tu dah pernah bawak kecuali mesin basuh, tapi suka bunyinya macam F1 :D

TZM nama je sistem Power Valve tapi xleh main dengan Jerung standard ..

ada satu lagi motor 150cc yang lejen boleh rembat semua motor tertinggal penulis kat atas .. KIPS lama .. mekanik aku dulu, moto yang dia setting test kat highway dengan moto ni, standard boleh cecah 230km/h, water-cooled ..

View attachment 243097
 
Sponsored Post
Top
Log in Register