BTC USD 28,076.2 Gold USD 1,981.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 maut kereta terbabas rempuh pokok di Pasir Gudang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
10mukh1a_cropped.transformed_0.jpg

KEADAAN kereta yang terbabas merempuh pokok menyebabkan lima maut di Pasir Gudang, sebentar tadi. - Foto ihsan Bomba

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat.


http://www.bharian.com.my/node/10718

-yg drive india, 4 lagi xde dokumen dijumpai

"Dipercayai kereta jenis Proton Saga berwarna perak yang dipandu seorang remaja lelaki, J.Tamilharasan, 17, itu hilang kawalan, lalu terbabas di pembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok.

"Keadaan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta remuk dan Tamilharasan bersama empat penumpang meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan itu," katanya menerusi satu kenyataan.

Abdul Samad berkata, setakat ini identiti tiga penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita itu belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mereka.

Beliau berkata, kesemua mayat yang dikeluarkan dari kenderaan itu dengan bantuan pihak bomba dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat. - Bernama
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register