BTC USD 57,203.0 Gold USD 1,779.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Guru Dihina Di Depan Murid

snowhazel_orange

Legendary Member
Messages
10,685
Joined
May 13, 2008
Messages
10,685
Reaction score
4
Points
115
cite ni myb dah lame..
so bace je


Oleh Hadzlihady Hassan dan Salman Hamat

KAJANG: Sebagai pendidik, mereka sepatutnya dihormati namun ia menjadi sebaliknya apabila lima guru sebuah sekolah rendah di Semenyih ditertawakan kira-kira 40 anak murid sendiri ketika perhimpunan mingguan di sekolah terbabit, semalam.

Guru wanita itu dikatakan mengalami tekanan hebat apabila dimalukan dengan penghinaan serta kata kesat dan lucah dua lelaki di hadapan anak murid sendiri.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila dengan lantang mengeluarkan perkataan lucah dan menghina semua guru terbabit hingga mereka ditertawakan anak murid sendiri.

Akibatnya, guru berkenaan hanya mampu menangis kerana tidak tertahan dengan tindakan biadab lelaki terbabit yang memalukan mereka di hadapan pelajar.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang daripada dua lelaki itu yang juga bapa kepada seorang murid yang belajar di situ kerana mendakwa dipukul seorang guru di sekolah terbabit, 28 Mac lalu.

Malah, sebelum ini beberapa ibu bapa murid sekolah itu pernah mengadakan demonstrasi meminta semua guru di sekolah itu ditukarkan selepas kejadian itu dengan menghalang anak masing-masing dari memasuki kawasan sekolah.

Rentetan daripada kejadian itu, guru penolong kanan yang didakwa memukul murid terbabit dikenakan tindakan dan ditukarkan ke sekolah lain, akibatnya lima lagi guru wanita termasuk guru besar yang masih tinggal menerima cacian setiap hari sejak sebulan lalu.

Namun, ada ibu bapa dikatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana hukuman yang diberikan terhadap guru terbabit dikatakan tidak setimpal dan mereka meminta supaya semua guru yang mengajar di situ digantikan segera.

Menurut sumber, sikap pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor yang berdiam diri walaupun tahu perkara yang dialami guru terbabit, dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak membela nasib guru terutamanya wanita.

“Amat tidak kena membiarkan lima guru wanita berhadapan sendirian dengan ibu bapa yang sedang marah, saya harap tindakan segera akan diambil oleh pihak berwajib, bukan untuk kepentingan individu tetapi murid yang belajar di sekolah itu sendiri.

“Jika keadaan berterusan, proses pembelajaran akan terus terganggu, kerana guru yang menerima cacian setiap hari tidak akan ada ‘mood’ mengajar. Tambahan pula terdapat sebilangan murid bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini, saya tidak dapat bayangkan apakah nasib mereka tanpa persediaan rapi untuk hadapi peperiksaan,” katanya.


sampai camtu sekali cikgu tu dikenakan :(scam
 
Last edited:
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
nie bukan cerita lama ke?
 

snowhazel_orange

Legendary Member
Messages
10,685
Joined
May 13, 2008
Messages
10,685
Reaction score
4
Points
115
anak murid skang sume tunjuk kuasa ar..
parent pon ikut cakap anak je 100%
 
Last edited:

ahib0205

Legendary Member
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
semuanya bergantung kepada diri sendiri. so, kesimpulan kat sini. sama-sama la kita didik ahli keluarga kita dengan baik. :)

P/s: dulu kalo mak dapat tau cikgu pukul saya, mak lagi suruh pukul atas niat untuk mendidik. la ni tarak dah. huhuhhu
 

forexbachok

Active+ Member
Messages
2,883
Joined
Nov 2, 2007
Messages
2,883
Reaction score
9
Points
25
apa nak diheran..kawan aku yg g disko...cari ayam kat chow kit pun jadi cikgu..cikgu seni skrg

nothing special cikgu zaman skrg...aku penah tgok cikgu hentak kepala budak kat papan hitam...nak bagi penampar, aku pun blajar skali masa tu (darjah 6)
 

mj12

Legendary Member
Messages
11,812
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
perghh...

kesian guru2 tuh...

makin kuang hajar laa gamaknya murid2 tuh...:(
 

alonso

CG Hardcore Club
Messages
62,520
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
tukar jela sume guru tu skali..
yg mak bapak tu pegi anta anak2 dorg skola private
byk songeh
 

jkbkk75

Active Member
Messages
1,084
Joined
Jan 22, 2008
Messages
1,084
Reaction score
10
Points
25
sikap terlalu sayangkan anak nilah yg menyebabkan anak2 hari ni banyak yg rosak akhlak..kita kena start balikle belikan rotan dan beri pada gurukelas anak2 kita dan katakat dia kalau anak kita salh rotan dia tetapi janganlah sampai mencederakan. InsyaAllah guru rasa dihargai dan ilmu yg diajar akan lebih berkat.
 

sevenx17

Active+ Member
Messages
2,792
Joined
Apr 15, 2008
Messages
2,792
Reaction score
0
Points
20
siot je..sakit ati tul aku dorg ni xrespek cikgu
kalo ank murid xleh ditegur / dirotan tuk kebaikan dia
baik anta ank2 dia blaja kat kandang kambing je:mad::mad::mad:

p/s:rase nk mencarut je rasenye
 

Dzil77

Active Member
Messages
1,908
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,908
Reaction score
1
Points
20
tukar jela sume guru tu skali..
yg mak bapak tu pegi anta anak2 dorg skola private
byk songeh

Klau tutup terus sekolah tu pun bagus jugak..
Biar mak bapak ajar sendiri anak diaorang, kalau dah xde kepercayaan pada guru! :mad:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register