BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
Beberapa tahun kebelakangan ini, kenderaan elektrik (EV) dari China telah mendapat perhatian yang positif dalam pasaran global khususnya di Malaysia, terutamanya kerana harganya yang amat-amat-amat berpatutan. Bagi mendapatkan harga yang jauh mengalahkan pesaing lain, ada beberapa faktor penting yang menyumbang kepada rendahnya kos EV China. Bagaimana mereka melakukannya?

1. Membangunkan Teknologi Bateri

1733756737507.png


Asas kepada mana-mana EV adalah baterinya! Pengeluar China telah membangunkan teknologi bateri sendiri yang membantu kepada penjimatan kos. Syarikat seperti Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) dan BYD telah mempelopori penggunaan bateri lithium iron phosphate (LFP). Tidak seperti bateri lithium-ion tradisional yang menggunakan kobalt, bateri LFP lebih murah untuk dihasilkan kerana menggunakan bahan yang lebih murah kos pengeluarannya. Sebagai contoh model 'kereta sukan' BYD Han yang menggunakan bateri LFP, menawarkan harga kompetitif berbanding model serupa pengeluar Barat. Penjimatan kos dari pengeluaran bateri disalurkan kepada pengguna, menjadikan kenderaan ini berpatutan.


2. Skala Ekonomi Besar

1733756693072.png


Di China, semuanya mesti besar dan mega! Kapasiti pengeluaran gergasi di China membolehkan pengeluar mencapai ekonomi skala, seterusnya mengurangkan kos per unit. Negara ini mampu menghasilkan EV dan bateri pada skala besar yang membantu menyokong kos tetap ke atas jumlah unit yang lebih besar, disokong asas industri yang kukuh dan rantaian bekalan yang mantap. Keupayaan pengeluaran membolehkan jenama China menawarkan EV berkualiti tinggi pada harga lebih rendah berbanding kerana mereka berani untuk menghasilkan kenderaan dalam kuantiti yang besar mengurangkan kos per unit.


3. Pentingnya Sokongan Kerajaan

1733756669368.png


Kerajaan China memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri EV melalui subsidi, insentif cukai dan pembangunan infrastruktur yang membantu usahawan mereka. Langkah-langkah dan dasar kerajaan China membantu mengurangkan kos pengeluaran EV dengan ketara seperti subsidi kepada pengeluar EV. Bagi menggalakkan jualan, insentif cukai untuk pengguna menjadikan EV ditawar dengan harga lebih berpatutan. Yang lebih kritikal, kerajaan China juga berani melakukan pelaburan kerajaan dalam infrastruktur pengecasan, menjadikan EV lebih praktikal untuk kegunaan harian, seterusnya meningkatkan popularitinya.


4. Mempunyai Kawalan Ke Atas Rantaian Pengeluaran

1733756650792.png


Berbeza dengan negara yang mengamalkan pasaran terbuka, China mempunyai sistem yang layak dikatakan terkawal. Walaupun tidak bersifat bebas, kawalan ini membolehkan China membentuk rantaian bekalan yang mantap untuk komponen EV dalam setiap fasa, termasuklah bahan mentah untuk bateri. Negara ini mengawal sebahagian besar bekalan global bahan seperti litium, kobalt dan bahan penting lain yang digunakan dalam pengeluaran bateri. Kawalan ini ke atas rantaian bekalan membantu mengekalkan kos rendah. Kawalan ini membantu mengurangkan kebergantungan mereka kepada pembekal antarabangsa yang menyumbang kepada kos pengeluaran lebih rendah.


5. Kos Buruh Lebih Rendah

1733756624237.png


Nak hasilkan kereta, sudah pastilah memerlukan tenaga buruh yang besar kan? Kos buruh yang lebih rendah di China berbanding negara-negara Barat merupakan antara faktor terpenting menyumbang kepada keseluruhan kos EV China yang kita rasa berpatutan. Tenaga kerja yang ada dalam kuantiti besar serta tatacara proses pengeluaran yang optimum, membantu mengekalkan kos buruh yang rendah. Ini layak dikatakan faktor penting mengurangkan kos pengeluaran EV. Jika kita lakukan perbandingan kos buruh antara China dan negara-negara lain, memang jelas kita nampak perbezaan ini. Sebagai contoh, indeks kos buruh di China jauh lebih rendah berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman. Sama ada anda melihat isu ini sebagai satu kelebihan atau kekurangan, terpulanglah kepada bagaimana anda melihat dunia ini berfungsi.​
 
Sponsored Post

cuma nk tau ada harga ke resale value kete EV china?

ke pakai spi jd besi buruk/ reban ayam?
Kereta elektrik (EV) dari China, seperti BYD dan GAC Aion, semakin popular di Malaysia disebabkan harga yang kompetitif. Namun, nilai jual semula (resale value) untuk kereta EV dari China mungkin lebih rendah berbanding jenama seperti Tesla atau jenama premium lain. Ini kerana persepsi pasaran terhadap jenama China, selain kebimbangan terhadap hayat bateri dan teknologi. Bateri lithium iron phosphate (LFP) yang digunakan kebanyakannya tahan lama, tetapi pengetahuan pengguna mengenai teknologi ini masih terhad.

Adakah harga jual semula kereta EV China akan meningkat jika mereka menawarkan waranti bateri yang lebih panjang?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register