5 Cara Kita Sedang Dikawal Oleh Komunis China

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini di luar China berfikiran bahawa China tidak mengawal anda dalam apa cara sekalipun.

Namun apa yang anda tidak sedar adalah Republik China mempunyai pengaruh terhadap hidup anda lebih daripada anda tahu.

Ketika sesetengah orang mungkin berhadapan dengan kesukaran dari segi ekonomi disebabkan oleh pertikaian perdagangan atau sesetengah politik yang tidak masuk akal, kebanyakan daripada kita pula dipengaruhi oleh China.




1. Tik-Tok milik China

Siapa yang tak kenal dengan aplikasi ini, kan? Walaupun anda tidak menggunakannya, pastia anda akan terlihat video-video Tik-Tok yang dimuat naik atau dikongsi oleh pengguna lain jika melayari laman Facebook atau Instagram.

Tik-Tok adalah sebuah aplikasi yang dikeluarkan pada tahun 2017, tetapi ia telah menjadi salah satu aplikasi media sosial video pendek yang paling popular untuk remaja di seluruh dunia pada ketika ini.

Dan jika anda berasakan bahawa tidak mungkin sebuah aplikasi seperti Tik-Tok boleh mempengaruhi generasi milenium dunia, anda mungkin tidak sedar akan jangkauan yang boleh dicapai oleh aplikasi ini.

Menjelang akhir tahun 2019, aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 80 juta kali dan jumlah ini adalah di Amerika Syarikat sahaja.

Oleh kerana aplikasi ini dimiliki dan beroperasi di luar China, kerajaan AS telah melabelkannya sebagai ancaman keselamatan nasional berikutan penyiasatan oleh Institut Peterson untuk Ekonomi Antarabangsa.

Aplikasi ini telah dikatakan secara khususnya telah mengenal pasti lokasi dan aktiviti anggota Angkatan Bersenjata yang menggunakan Tik Tok.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, data biometrik yang diperolehi oleh aplikasi itu secara bebas dikongsi dengan kerajaan China, yang menguasai industri siber di negara itu.

Jika anda menggunakan aplikasi ini, kemungkinannya seseorang dalam kerajaan China tahu mengenainya.


2. Reddit milik China

Disebabkan Reddit adalah sebuah syarikat milik Amerika Syarikat, anda mungkin beranggapan bahawa ia berada di luar pengaruh China.

Sebagai syarikat awam, hal ini tidak benar dan apabila laman ini mengumpulkan sebanyak RM1.2 bilion pada Februari 2019 melalui jualan saham, salah satu pelabur utama adalah Tencent Holdings Ltd, sebuah syarikat internet Cina.

Pembelian atau pembiayaan ini mencetuskan tindak balas terhadap laman sesawang ini, terutamanya disebabkan oleh dasar China yang menyekat kandungan yang menyinggung perasaan atau berpotensi memnyebabkan kemarahan.

Ini termasuk video-video Protes Tiananmen Square dan gambar-gambar Winnie the Pooh berikutan perbandingan antara beruang ini dengan diktator Cina Xi Jinping.

Reddit mengesahkan sokongan Tencent dengan pelaburan bernilai RM600 juta dan tidak mungkin kerajaan atau syarikat China akan melabur jumlah sebesar ini tanpa mendapat pengaruh.

China adalah salah satu negara paling hebat dalam pertahanan dan serangan siber.

Dan melihatkan bahawa ia juga memiliki antara salah satu program propaganda paling berpengaruh di dunia, maka kemungkinan besar Reddit adalah destinasi popular untuk pengaruh yang berpotensi.

Laman ini dipenuhi dengan troll China, yang sering disebut sebagai "Chinabots" oleh komuniti dalam talian dan satu-satunya subreddit (komuniti dalam talian tertentu dan maut naik yang berkaitan dengannya) yang menyokong presiden AS ketika ini telah dimasukkan ke dalam kuarantin tetap supaya pengaruhnya tidak dapat menyebar.

Lebih membimbangkan, subredddit Pro-Komunis dibiarkan begitu sahaja.


3. China kuasai bahan mentah

Unsur-unsur nadir Bumi adalah unsur-unsur yang paling sukar dicari dan diproses. Bukan itu sahaja, malah ianya sangat penting dalam industri elektronik.

Segala-galanya dari lensa kamera di telefon anda kepada panel solar yang digunakan untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui mengandungi unsur-unsur nadir bumi.

Dan seperti yang anda dapat jangka, China mempunyai monopoli perlombongan dan memproses unsur-unsur ini.

China menyumbang lebih daripada 95% daripada pengeluaran unsur-unsur ini di dunia, yang meletakkan negara ini lebih berkuasa daripada mana-mana negara di seluruh dunia.

Untuk lebih jelas, unsur-unsur nadir bumi tidaklah begitu jarang ditemui, tetapi ia terbentuk dalam kepekatan terhad (deposit), yang sukar untuk dilombong dan lebih sukar untuk diproses.

Amerika Syarikat menutup kemudahan pemprosesannya pada awal tahun 2000 dan sejak itu, permintaan terhadap unsur-unsur nadir bumi meningkat dengan pesat dengan kemunculan produk elektronik baru, pesawat berprestasi tinggi dan sistem senjata.

Selagi China memegang monopoli pemprosesan unsur-unsur nadir bumi, kita semua akan bergantung kepada negara Komunis ini.


4. "Made in China"

Terdapat jenaka di mana semua barangan di Amerika Syarikat adalah buatan China dan walaupun kenyataan ini tidaklah 100% benar, ia adalah kira-kira 10% tepat.

Saban hari, semakin banyak syarikat-syarikat yang memindahkan pusat pengeluaran mereka ke China dan sebabnya adalah sangat ringkas, iaitu tenaga buruh China sangat banyak.

Dan yang paling penting, ia adalah sangat murah jika dibandingkan dengan di Amerika Syarikat.

Semua piawaian barat terhadap hak-hak pekerja dan jangkaan gaji minimum tidak lagi diendahkan bagi menjimatkan wang untuk kos produk dan hasilnya, kita boleh membeli produk dengan harga yang agak murah jika tidak dibuat di Amerika Syarikat.

Kebanyakan produk yang kita beli pada harini adalah buatan Amerika Syarikat, namun dipasang di China dan ini adalah istilah yang sering dilihat pada produk di Barat.

Adalah lebih murah untuk menghantar bahagian-bahagian ke China dan dipasangkan oleh buruh China kemudiannya dihantar semula ke Amerika Syarikat, daripada melakukan semua proses di Amerika Syarikat.

Ini terpakai kepada pelbagai produk, tetapi salah satu yang paling penting iaitu iPhone dan kebanyakan produk Apple, dipasang dan / atau dibuat di China.

Dan jika anda membaca artikel ini menggunakan iPhone, anda berhutang budi dengan orang-orang China dan kerajaan mereka.


5. Penggodam China

Apabila bercakap mengenai penggodam atau hackers, Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah berada jauh di belakang China dari segi anggota dan juga keupayaan.

Ketika Barat sibuk memberi tumpuan kepada pertahanan, tentera China bertungkus-lumus bekerja dalam mewujudkan sebuah "tentera penggodam" yang terdiri daripada 50,000 hingga 100,000 penggodam.

Tentera penggodam China secara kerap menjejaskan segala-galanya dari rahsia korporat dan perdagangan hinggalah kepada memasang malware pada aplikasi popular yang digunakan oleh berjuta-juta orang.

Berkemungkinan besar bahawa maklumat anda telah dikompromikan oleh penggodam di China dan tak banyak yang anda boleh buat mengenainya.

Jika anda menggunakan Internet untuk membayar sesuatu atau meleretkan kad debit anda di kedai-kedai, maklumat itu mungkin telah dicuri dalam salah satu daripada banyak kecurian data.

Ini boleh berlaku akibat kejahatan orang dari mana-mana bahagian dunia, tetapi sebahagian besarnya dilakukan oleh penggodam China.


Rujukan;
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,230
Reaction score
398
Points
81
kena buat thread khas pasal privacy di PC/Laptop.

1. apa sistem operasi korang pakai
2. DNS pakai ISP punya atau 3rd party mcm Google DNS atau Cloudflare
3. Pakai DNS over HTTPS atau TLS
4. Pakai VPN. Setup sendiri ke atau beli (tak risau dengan logging?)
5. Pakai cloud storage, korang encrypt tak files sebelum upload? (penyedia cloud storage mcm Google Drive ada hak untuk scan fail anda, untuk memastikan tiada kandungan porno etc)
6. Web browser apa korang pakai? Ada pakai Decentraleyes, HTTPS Everywhere, Ublock origin, dan NoScript tak?
7. dan lain2

kalau kat henpon.

1. pakai custom ROM ke?
2. Berapa banyak apk cracked korang install? sedangkan yang sah/legal pun boleh spy, apatah lagi yang dari unknown sources.
3. lain2

kita x peduli ngan privacy, sampai satu tahap bila nasi jadi bubur, baru nak peduli.

mohon pencerahan.
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,156
Reaction score
51
Points
80
tatau lah....seminggu sekali dua pun dpat call dr sprmlah, mahkamah la.......tapi suara cina.
ini pun asal2 dari negara sana jugak lah...................apatah, macau scam ke????

jilakeeee
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,160
Reaction score
167
Points
88
kena buat thread khas pasal privacy di PC/Laptop.

1. apa sistem operasi korang pakai
2. DNS pakai ISP punya atau 3rd party mcm Google DNS atau Cloudflare
3. Pakai DNS over HTTPS atau TLS
4. Pakai VPN. Setup sendiri ke atau beli (tak risau dengan logging?)
5. Pakai cloud storage, korang encrypt tak files sebelum upload? (penyedia cloud storage mcm Google Drive ada hak untuk scan fail anda, untuk memastikan tiada kandungan porno etc)
6. Web browser apa korang pakai? Ada pakai Decentraleyes, HTTPS Everywhere, Ublock origin, dan NoScript tak?
7. dan lain2

kalau kat henpon.

1. pakai custom ROM ke?
2. Berapa banyak apk cracked korang install? sedangkan yang sah/legal pun boleh spy, apatah lagi yang dari unknown sources.
3. lain2

kita x peduli ngan privacy, sampai satu tahap bila nasi jadi bubur, baru nak peduli.

mohon pencerahan.
No 6 tu ok ke bang, 1st time dengar browse ni. Sekarang guna firefox banyak pakai memory
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,230
Reaction score
398
Points
81
No 6 tu ok ke bang, 1st time dengar browse ni. Sekarang guna firefox banyak pakai memory
erk tak.. Decentraleyes, Ublock, HTTPS Everywhere, NoScript tu semua plugin/addon. aku pun guna firefox.

aku pun tak reti sgt bab privacy ni, macam mana diorang track kita.

kalau tuan ada login gmail skrg (kalau tuan pakai gmail la, lagi best kalau gmail tu email yg android phone tuan pakai) , pegi buka https://myactivity.google.com

boleh tgk apa2 je yang google duk track kita (terutama penggunaan kita kat phone).

tu baru google, belum lagi facebook tiktok wechat Huawei Xiaomi TM celcom Digi bagai..
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,040
Reaction score
46
Points
135
Amerika pun pening dengan pengaruh china dalam negara depa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register