Covid-19 5 Cara Gunting Rambut Yang Perlu Di Amalkan Sempena Covid-19

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,390
Reaction score
3,328
Points
236
Salah satu kedai yang rakyat gemar untuk berkunjung adalah kedai gunting rambut. Apabila kerajaan kerajaan Malaysia mengumumkan keputusan membenarkan operasi tukang gunting membuka perniagaan, sedikit sebanyak memberikan keceriaan pada rakyat. Bagaimanapun, kenyataan terbaru kerajaan menarik balik kebenaran itu atas nasihat Kementerian Kesihatan kembali membuat rakyat muram.

Ternyata keputusan itu adalah berdasarkan kepada risiko jangkitan yang boleh berlaku. Jadi apa caranya untuk kita di rumah kekal bergaya? Berikut adalah lima kaedah dan langkah yang diamalkan individu seluruh dunia dalam membantu memastikan 'style' rambut masing-masing tetap terjaga.


1. Gunting rambut sendiri



Ramai sudah banyak kali sebenarnya menggunting rambut sendiri, tetapi lebih kepada mencukur kepala sendiri dengan menggunakan mesin.

Bagaimanapun, beberapa laporan media menunjukkan semakin ramai individu di seluruh dunia cuba menggunting rambut sendiri, dengan hasil yang bercampur-aduk. Kebanyakan orang berjaya menggunting dengan baik bahagian depan, tetapi malangnya gagal sekali di bahagian belakang.

Di antara kelima-lima kaedah yang disenaraikan, kaedah ini merupakan kaedah paling berisiko tinggi - bukan disebabkan risiko jangkitan. Tetapi anda perlu berhadapan risiko kepala anda terpaksa dibotakkan.

Hanya cuba jika anda sanggup membotakkan kepala anda. Kalau cubaan anda gagal, anda mesti menyesal. Apatah lagi seandainya anda perempuan.


2. Suruh rakan atau ahli keluarga potongkan



Bagi menghadapi masalah penutupan kedai gunting rambut dan salon, beberapa negara khasnya Kanada sudah mula menggiatkan usaha 'melatih' tukang gunting rambut di kalangan keluar, melalui siaran media dalam usaha membantu orang ramai.

Antara tips yang dikongsikan adalah sekiranya ada rasa ragu-ragu bagi lelaki, gunakan pemotong nombor 4 semasa menggunakan mesin. Dengan itu, anda masih lagi ada rambut yang cukup panjang untuk diperbaiki seandainya ada terjadi kesilapan selepas perintah kawalan ditarik balik.

Bagi wanita pula, tukang gunting menyarankan agar kaum wanita faham bahawa rambut wanita lebih sukar untuk digunting dan digayakan, serta memerlukan tahap kelembapan yang betul semasa digunting.

Tips utama yang perlu diberikan perhatian - seandainya bimbang, jangan biarkan ahli keluarga gunting. Nipiskan saja di bahagian hujungnya agar nampak sekata, tidak terlalu panjang guntingannya. Paling penting - gunakan gunting yang sesuai, bukan gunting dapur.


3. Tukang gunting buat lawatan rumah ke rumah



Di taman yang kita duduki, tukang gunting kreatif sudah mula menjalankan perniagaan guntingan rambut rumah ke rumah, dengan kadar bayaran yang sama saja seperti hari biasa.

Trend ini rupa-rupanya sudah diamalkan di serata dunia, dengan seorang tukang gunting di Winchester, Amerika Syarikat turut sama menggunakan model perniagaan serupa - menawarkan perkhidmatan gunting di rumah pelanggan, kebiasaannya di ruangan laman. Kami tidak tahu apakah kadar risiko yang boleh berlaku sekiranya model perniagaan ini dijalankan.

Bagaimanapun, seandainya di kawasan anda ada disediakan perkhidmatan sama, pastikan tukang gunting anda memakai topeng muka serta menggunakan sarung tangan. Bagi tukang gunting pula, adalah lebih baik dihadkan bilangan pelanggan setiap hari agar risiko dapat dikurangkan. Kami tidak tahu sama ada perniagaan ini dibenarkan atau tidak dalam tempoh PKP di negara kita.


4. Kelas menggunting secara maya



Yakin dengan kemampuan tangan sendiri? Berani mencuba tetapi perlukan guru untuk membantu? Beberapa pusat rambut di seluruh dunia sudah memulakan apa yang dinamakan sebagai 'tutorial gunting rambut langsung secara maya' di mana pelanggan perlu membayar yuran kelas dan akan diajar melalui skrin langkah demi langkah.

Sama ada melalui aplikasi Whatsapp atau Facetime, tukang-tukang gunting akan mengajar anda satu per satu cara menggunting, memperbetulkan teknik anda serta menasihatkan anda mana yang perlu. Perkhidmatan yang ditawarkan bukan sekadar tutorial maya langsung menggunting, malahan anda boleh juga diajar mewarnakan rambut.

Jika anda pelanggan yang tidak mahu video secara langsung tetapi mahu turut belajar, di laman web Youtube semakin banyak video memaparkan tutorial cara untuk menggunting rambut sendiri. Hasilnya, terpulang kepada kemahiran anda atau individu yang anda berikan tanggungjawab menggunting rambut anda. Risiko rambut buruk, tanggung sendiri ya. Wang tidak akan dikembalikan seandainya hasil tidak memuaskan.


5. Guntingan jarak jauh


Di antara semua teknik yang disenaraikan, teknik terakhir ini memerlukan anda ke kedai gunting. Tetapi tukang gunting anda pula menggunakan teknik berbeza, memasang kesemua alat yang biasa digunakan pada batang kayu bagi membolehkan jarak selamat antara anda dan tukang gunting dikekalkan.

Trend yang dimulakan di China ini mendapat liputan gemuruh banyak pihak kerana keunikannya, namun perkongsian yang ditunjukkan nyata hanya sesuai untuk guntingan lelaki - kerana memerlukan penggunaan potongan mesin.

Bagi rambut wanita yang lebih halus serta memerlukan gunting, teknik unik mirip kung-fu yang diamalkan sudah pastilah tidak boleh digunakan. Pada penulis, nampak sedap juga kalau kepala kita disyampu menggunakan span yang dilekatkan pada batang kayu.

Adakah kerajaan Malaysia boleh membenarkan kaedah ini dilakukan di kedai-kedai gunting kita?
 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,018
Reaction score
1,445
Points
206
Gunting-Rambut-e1588847294222.jpg

AGENDANASIONAL

Panggil tukang gunting ke rumah tidak dibenar
by Irwan Shafrizan IsmailMei 12, 2020 4:23 pm

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan tidak mengizinkan tukang gunting rambut dipanggil ke rumah kerana sektor itu masih dalam senarai perkhidmatan tidak dibenar beroperasi, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian bagi mengulas dakwaan ada pihak kenamaan (VIP) secara peribadi memangil tukang gunting untuk datang ke rumah.
“Berita baharu ini, saya pun tidak dapat lagi berita ini, tak tahu sahih atau pun tidak.

“Namun kalau mengikut peraturan memang tidak boleh, barber (tukang gunting) masih dalam senarai dilarang, sama ada pergi ke kedai atau datang ke rumah, tidak boleh,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu mengulas kebimbangan wujud kluster baharu berikutan tindakan orang ramai menyerbu kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Ismail Sabri berkata perbincangan akan dilakukan bersama polis.

“Rayuan dibuka hingga 31 Mei, jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk ke kaunter LHDN. Kita akan bincang dengan polis untuk letak anggota di LHDN bagi memantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) termasuk penjarakan sosial ketika berurusan di kaunter.

“Jadi tidak kira di mana-mana tempat sama ada LHDN, restoran atau pasar, bagi mereka yang beratur, SOP perlu dipatuhi,” katanya.

sumber - https://selangorkini.my/2020/05/panggil-tukang-gunting-ke-rumah-tidak-dibenar/
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,018
Reaction score
1,445
Points
206

AGENDANASIONAL
Kerajaan teliti SOP kedai gunting rambut
by Khairul Azran HussinMei 21, 2020 3:27 pm

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan sedang meneliti tatacara operasi piawai (SOP) kedai gunting rambut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata persatuan perkhidmatan gunting rambut telah mengemukakan cadangan SOP tersebut dan ia perlu diperhalusi bagi mengelak penularan Covid-19.

“Masih ramai takut untuk menggunting rambut kerana isu penjarakan sosial sukar dilakukan selain turut membabitkan sentuhan, jadi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti SOP kedai gunting rambut.

“Kedai gunting rambut ada pelbagai kategori, ada di pusat membeli belah dan ada juga kedai mamak sediakan perkhidmatan gunting rambut, jadi SOP kena diperketatkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,517
Reaction score
559
Points
126
den beli mesin rambut rm29.70 kat shopee.. import china la..


ok la potong rambung sendiri.. blkg je mintak bini tlg adjust skit2.. yg takdok bini lg.. kene guna byk cermin laa..
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,018
Reaction score
1,445
Points
206

AGENDANASIONAL

Kes rendah faktor khidmat gunting rambut dibenar beroperasi
by Norrasyidah ArshadJun 6, 2020 8:47 pm

SHAH ALAM, 6 JUN: Jumlah kes positf Covid-19 tidak mendadak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini antara faktor khidmat gunting rambut dibenarkan beroperasi kembali, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya kerajaan dapat mengawal pandemik itu, sudah tiba masa untuk membolehkan lebih banyak sektor dibuka mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

“Kini kita pantau SOP dan tetap akan pantau pelaksanaan pematuhannya nanti.
“Pada 10 Jun akan dibenar premis gunting rambut dibuka dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan pantau kes naik atau turun,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian memaklumkan perkhidmatan gunting serta dandanan rambut dibenarkan beroperasi semula 10 Jun ini dengan SOP ketat.

Bagaimanapun, warga emas 60 tahun ke atas diwajibkan membuat temujanji sementara kanak-kanak bawah 12 tahun perlu memakai alat pelindung diri dan apron pakai buang.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register