BTC USD 63,823.6 Gold USD 1,777.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 beranak sedih disisih masyarakat

voda

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
ne_09.1.jpg

ZURINA (dua dari kiri) menolong suaminya, Jasni, memakai kaki palsu sambil diperhatikan anaknya dari kiri, Muhammad Yusri, Muhammad Shah dan Azura semasa ditemui di rumahnya di Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH – Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.

Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.

Derita keluarga malang itu makin berganda apabila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.

Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu.

Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kadang-kadang nak makan nasi, beras pun tiada. Saya dan isteri terpaksa ikat perut dan cari makanan untuk anak-anak,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Kampung Paya Jaras Hilir di sini semalam.
 
Sponsored Post

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
aduh sian-nya...
nangis.gif
eden pun ado kencing manis...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,256
Reaction score
2,259
Points
201
adoi .. masih ada org yg susah .... tak paham tol aku tgk mesia ni
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
mane yb bushro adon paya jaras?? cilako punya yb..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,973
Reaction score
553
Points
161
kat mana2 negara pun ade org susah,biaselah tu yg penting dlm kehidupan ni kita kena sentiasa beringat dan berusaha xde sape leh tolong kalau bukan diri kita
 

Toxic2010

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2010
Messages
11,011
Reaction score
334
Points
131
dimana dia pendokong perjuang bangsa yg bersuara untuk bangsa..
tiada yg turun padang ke?
 

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,955
Reaction score
5
Points
25
adoi .. masih ada org yg susah .... tak paham tol aku tgk mesia ni

Tu la, aku pon tak paham..nanti waktu pembentangan bajet negara..da RM100 billion lah, RM100 billion lah..project ini RM500 juta lah..ntah apa apa :))
 

saifulsham

Fun Poster
Joined
Nov 26, 2007
Messages
905
Reaction score
1
Points
15
mana pusat Zakat....MANA!!!>>MANA!!!!....sume goyang kaki kat ofis.....bukan nak kuar tengok orang susah.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register