BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Anggota Geng Samun Di Dalangi Warga Afrika Tumpas, 2 Maut Di Tembak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
06.09.2024 - Bukit Aman mengesahkan lima anggota kumpulan samun didalangi warga Afrika kini tumpas termasuk dua daripadanya maut ketika berbalas tembakan dengan polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata selain suspek yang maut ditembak di Pusat Perdagangan KLH di Bandar Puchong Jaya, dekat Serdang, di sini malam tadi, seorang lagi suspek mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway pada 20 Ogos lalu.

"Secara keseluruhan polis telah menembak mati dua ahli kumpulan penjenayah ini, selain menahan tiga yang lain (yang terbabit kegiatan didalangi sekumpulan lelaki warga Afrika)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam jam 10.50 malam tadi di unit kediaman di tingkat sembilan Menara KLH itu, suspek dilaporkan cuba menyerang polis dengan melepaskan dua das tembakan.

Kejadian itu memaksa polis melepaskan tembakan balas yang menyebabkan kematian suspek. Sebelum ini, Mohd Shuhaily ketika mengulas kes suspek yang ditembak mati di Bandar Sunway lebih dua minggu lalu berkata, lelaki warga Afrika itu dikenal pasti sebahagian daripada kumpulan dianggotai lebih 10 orang yang terbabit 45 kes jenayah sejak 2018 yang membabitkan kerugian RM8 juta. Modus operandi kumpulan terbabit adalah mengiklankan khidmat transaksi menerusi media sosial termasuk menjual barang kemas, pertukaran wang asing serta beberapa perniagaan lain.

Suspek akan bertemu mangsa di hotel dan diarah ke lokasi seterusnya menaiki kenderaan bersama, sebelum ahli kumpulan lain menyerang menggunakan senjata. Mohd Shuhaily dilapor berkata siasatan terperinci dijalankan berhubung kegiatan kumpulan disertai suspek dalam kes di Bandar Sunway itu termasuk menyiasat aliran wang hasil rompakan yang mencecah lebih RM8 juta itu digunakan.
1725596390778.png
 
Sponsored Post

6255713252554161569_121.jpg

6255713252554161570_121.jpg


Polis tembak mati lelaki Afrika dalang samun, geng sama suspek kes Bandar Sunway

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Afrika maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Pusat Perdagangan KLH di Bandar Puchong Jaya, dekat Serdang, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku di tingkat sembilan Menara KLH ketika sepasukan polis melakukan serbuan jam 10.50 malam.

Berdasarkan maklumat, suspek dilaporkan cuba menyerang anggota dengan melepaskan dua das tembakan, memaksa pihak polis melepaskan tembakan balas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian itu dengan suspek antara anggota kumpulan lelaki Afrika yang dilapor terbabit beberapa kes jenayah.

Sebelum ini, katanya seorang lagi lelaki warga Afrika yang juga anggota kumpulan sama maut ketika berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway, dekat sini, pada 20 Ogos lalu.

Mengulas serbuan malam tadi, katanya sepasukan pegawai dan anggota JSJ yang menerima maklumat berdasarkan risikan dijalankan datang ke unit kediaman di tingkat sembilan Menara KLH ini untuk memberkas suspek.

"Bagaimanapun pihak polis tidak mendapat kerjasama ketika hendak menangkapnya, malah diserang suspek dengan dua das tembakan yang dilepaskan dari senjata jenis revolver.

"Hasil siasatan kita menemui dua bilah parang, beberapa nombor pendaftaran palsu, sebuah beg mengandungi wang palsu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Shuhaily berkata, secara keseluruhan dua ahli kumpulan penjenayah ini maut ditembak dalam tempoh lebih dua minggu, dengan tiga lagi lelaki warga Afrika ditahan.

Kumpulan penjenayah sama dilapor turut sempat menyamun seorang lelaki yang juga ahli perniagaan warga Jepun pada 25 Ogos lalu di Mid Valley, dekat sini mengakibatkan kerugian AS$320,000.

Dalam kejadian 6.50 petang 20 Ogos itu, seorang lelaki warga Afrika maut ditembak polis ketika berbalas tembakan di Bandar Sunway, dekat sini.

Siasatan mendapati suspek dalam kes di bandar Sunway itu sebahagian daripada kumpulan dianggotai lebih 10 orang yang terbabit 45 kes jenayah sejak 2018 yang membabitkan kerugian RM8 juta.

Modus operandi kumpulan terbabit adalah mengiklankan khidmat transaksi menerusi media sosial termasuk menjual barang kemas, pertukaran wang asing serta beberapa perniagaan lain.

Suspek akan bertemu mangsa di hotel dan diarah ke lokasi seterusnya menaiki kenderaan bersama, sebelum ahli kumpulan lain menyerang menggunakan senjata.

Mohd Shuhaily dilapor berkata siasatan terperinci dijalankan berhubung kes di Bandar Sunway itu, termasuk menyiasat aliran wang hasil rompakan mencecah lebih RM8 juta itu digunakan.

Oleh Safeek Affendy Razali

Kredit ➡️ Berita Harian
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register