BTC USD 23,426.2 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google & Netflix

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Sejak kebelakangan ini, penggunaan Android Box sudah semakin popular dalam kalangan pengguna di Malaysia. Bagi yang masih keliru, Android TV Box secara asasnya sebuah kotak Android yang "menaiktaraf" televisyen di rumah anda. Adakala, TV pintar di rumah tidak begitu berkuasa, disebabkan itu juga ramai yang memilih Android Box ini untuk upgrade TV tersebut. Melaluinya, anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan langgan seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Amazon Prime dan banyak lagi. Namun, ada Android TV Box yang tidak menerima kelulusan daripada Google. Jadi, ini adalah 5 Android TV Box bawah RM300 dan mempunyai pengesahan Google serta Netflix.

Xiaomi Mi Box S (RM228.88)

Xiaomi-Mi-Box-S-768x432.webp


Kotak TV Android daripada Xiaomi ini memang cukup popular di Malaysia. Selain harganya yang mampu milik, ia menyokong resolusi [email protected], HDR, Dolby Audio dan DTS. Menjalankan Android 9.0, ia turut dilengkapi storan sebesar 8GB dan memori 2GB RAM. Juga mempunyai sambungan USB sekiranya anda mahu menggunakannya.
Beli di Shopee

Chromecast Gen-4 (RM268)

Chromecast-4th-Gen-768x432.jpeg


Dalam banyak-banyak Android TV Box, Chromecast ini memang unik kerana rekaannya cukup minimalis dan sangat kompak. Jangan khuatir, peranti ini dibangunkan sendiri Google dan menjalankan Google TV OS. Hadir dengan sokongan resolusi 4K, HDR10, HDR10+, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Atmos dan Dolby Digital Plus. Dimuatkan storan 8GB dan memori 2GB RAM, ia juga mempunyai sambungan kuasa USB-C.
Beli di Shopee

Xiaomi Mi TV Stick (RM139)

Xiaomi-Mi-TV-Stick-768x432.webp


Selain Chromecast yang kecil, sebenarnya ada lagi kecil daripada itu. Ia digelar Mi TV Stick. Namun, ia bukanlah paling berkuasa. Sesuai dengan harganya, ia hanya menyokong resolusi 1080p, Dolby dan DTS. Ia turut menjalankan Android 9.0.
Beli di Shopee

Tivo Stream 4K (RM200)

Tivo-Stream-4K-768x432.webp


Tivo Stream merupakan salah satu jenama yang baik juga dalam industri Android TV Box. Ia menawarkan 8GB storan serta 2GB RAM, menjalankan Android 9.0, resolusi [email protected], HDR, HDR10, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Atmos dan DTS. Ia juga menggunakan sambungan USB-C, HDMI 2.0 dan Micro USB.
Beli di Shopee

Mecool KM2 (RM245)

Mecool-KM2-768x477.webp


Mungkin ada yang rasa kelakar apabila mendengar namanya, tapi Mecool adalah antara nama yang baik dan padu. Ia dilengkapi 8GB storan, 2GB RAM dan menjalankan Android 10. Turut menyokong resolusi 4K, HDR10+, HDR, Dolby Digitalm Dolby Digital Plus dan Dolby Atmos. Dari segi sambungan, ia mempunyai 2x USB 3.0, port ethernet, slot microSD dan HDMI 2.1.

Beli di Shopee
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register