BTC USD 28,227.7 Gold USD 1,940.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5.4 juta penduduk putus bekalan air.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR – Kira-kira 5.4 juta pengguna di tujuh kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas empat loji rawatan air Sungai Selangor dihentikan operasi berikutan pencemaran minyak di sungai tersebut semalam.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan tersebut ialah Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Tumpahan minyak tersebut atau diklasifikasikan sebagai pencemaran bahan hidrokarbon menyebabkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 yang diuruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) serta loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2 dan Rantau Panjang di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. terpaksa dihentikan operasi pada pukul 8 malam kelmarin.

Operasi loji rawatan air itu dapat disambung semula pada pukul 8 pagi semalam, bagaimanapun pemulihan sepenuhnya di seluruh kawasan dijangka mengambil masa tiga hari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Kesan pencemaran minyak di Sungai Selangor yang menyebabkan empat loji rawatan air dari sungai itu terpaksa dihentikan operasi malam kelmarin. – Gambar ihsan LUAS.


ne_04.1.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register