BTC USD 59,881.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5,000 penunggang motorsikal dijangka berkumpul di Pesta 'Bike Fest 2012''

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
PORT DICKSON - Kira-kira 5,000 penunggang motosikal dijangka berkumpul pada pesta 'Port Dickson International Bike Fest 2012' Sabtu ini bagi mempamerkan jenis motosikal termasuk aksesorinya yang terbaik dan terbaharu.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kassim berkata penunggang motosikal dari Eropah, Thailand, Singapura, Brunei dan Malaysia akan berhimpun di acara tersebut yang akan berlangsung di Eagle Ranch Resort di sini.

"Ia akan menjadi acara hujung minggu sensasi dan meriah bagi para penunggang dan bukan penunggang untuk berkongsi pengalaman di Port Dickson. Acara kali ini pastinya lebih besar dan menarik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Acara tahunan ke-10 itu mendapat sokongan kuat daripada Tourism Malaysia, di bawah Kementerian Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.

Zaidi berkata ia akan menjadi hari dipenuhi dengan pelbagai gerai makanan, aktiviti atau untuk orang ramai melihat berbagai-bagai jenis barangan serta pameran motosikal.

"Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang mengalami suasana sebenar hujung minggu bersama pameran pelbagai jenis motosikal bagi penggemar kenderaan tersebut," katanya.

Menurutnya, tujuan pesta itu diadakan ialah bagi mengwujudkan perasaan setiakawan dan pengiktirafan dalam kalangan penunggang kenderaaan tersebut di peringkat antarabangsa dari Asia dan Eropah selain dapat mempromosikan kebudayaaan, kraftangan dan hidangan makanan tempatan untuk peserta.

Di samping itu, pesta itu juga dapat memperkenalkan Port Dickson sebagai sebuah destinasi dalam kalendar pelancongan negeri ini kepada pelancong antarabangsa, katanya. - Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register