BTC USD 22,992.8 Gold USD 1,868.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4000 Rumah Urut di Selangor

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
19,138
Joined
Aug 19, 2006
Messages
19,138
Reaction score
1,406
Points
191
"Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80
Bandar Klang lebih 200
Kuchai Lama terdapat berpuluh2 rumah urut
Damansara terdapat berpuluh2 rumah urut
Ampang Jaya terdapat berpuluh2 rumah urut
Kuala Selangor terdapat enam pusat urut
kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang"

rumah+urut.jpg


SHAH ALAM – Pemilik premis rumah urut bakal berhadapan dengan tindakan tegas termasuk risiko hartanah dirampas sekiranya membenarkan premis mereka digunakan sebagai tempat operasi aktiviti berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas premis yang dijadikan tempat operasi rumah urut yang tidak sah itu boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Katanya kerajaan negeri memandang serius isu kewujudan rumah urut yang berleluasa di negeri itu dan memberi amaran bahawa risiko menjalankan perniagaan rumah urut haram tidak hanya akan ditanggung oleh pengendali malah pemilik premis.

“Kalau mereka langgar undang-undang, risiko mereka jalankan perniagaan dengan tidak betul akan meningkat. Bukan sahaja perniagaan itu akan disita tetapi bangunan atau hartanah itu juga akan dirampas.

“Jadi risiko untuk lakukan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memilikihartanah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Tambah Abdul Khalid, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) minggu depan bagi membincangkan mengenai kaedah pencegahan kewujudan rumah urut yang berleluasa di negeri itutermasuk di kawasan luar bandar.

Selain itu Abdul Khalid turut mengakui kerajaan negeri menghadapi masalah dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada dalam membanteras penularan rumah urut di Selangor.

“Isu besar yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan negeri ialah ruang pemisah antara polisi dan undang dalam pelaksanaannya.

“Kedua-dua perlu disatukan. Tak ada makna kalau kita buat polisi tapi ia tak dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwapusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Selasa melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasanperdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.


-----------------
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri ini pada mesyuarat mingguan EXCO negeri esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula.
"Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini.
Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Abdul Khalid, bagaimanapun, enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor. - Mstar

Rumah urut: Kerajaan Selangor buat keputusan esok

Rampas Premis Rumah Urut Haram – MB Selangor
 
Sponsored Post

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
19,138
Joined
Aug 19, 2006
Messages
19,138
Reaction score
1,406
Points
191
Komen aku Bertahun-tahun kerajaan negeri selangor duk menafikan kemeriahan pertumbuhan pusat maksiat rumah urut..sampaikan pencacai pas duk back up MB selangor dan kerajaannya yang bersih dan telus....

tapi bila nak dekat PRU, dan isu ini dah mula menjadi bahan belasahan ..mulalah terangkat...keluar kenyataan media untuk membenteras...
 

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
19,138
Joined
Aug 19, 2006
Messages
19,138
Reaction score
1,406
Points
191
Kan pemimpin umno suka mende2 nih hahahaha... Yg utamanya kami x pi umah urut ... So bangsa lain nak pi berurut pi ler . ...

aku rasa better kerajaan negeri selangor atas nasihat Pas, me legal kan lesen pusat urut dan rumah pelacuran sebagai satu sumber hasil negeri selangor melalui duit kutipan lesen. Apa pendapat hang? haha :))
 

ikhmal_ok

Super Active Member
Messages
8,894
Joined
Aug 15, 2009
Messages
8,894
Reaction score
180
Points
73
Komen aku Bertahun-tahun kerajaan negeri selangor duk menafikan kemeriahan pertumbuhan pusat maksiat rumah urut..sampaikan pencacai pas duk back up MB selangor dan kerajaannya yang bersih dan telus....

tapi bila nak dekat PRU, dan isu ini dah mula menjadi bahan belasahan ..mulalah terangkat...keluar kenyataan media untuk membenteras...

yang meluluskan lesen rumah urut ni SSM dan Majlis Perbandaran dan yang memantau adalah PDRM. :)paid
 
Sponsored Post

Top
Log in Register