40 pelarian mati kehausan di Sahara

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,631
Reaction score
3,804
Points
201
Niamey: Lebih 40 pendatang dari negara di barat Afrika mati di padang pasir Sahara minggu ini selepas trak yang mereka naiki rosak di tengah gurun di utara Niger, menurut kenyataan Palang Merah semalam.

Enam yang terselamat yang berjaya berjalan ke sebuah kampung terpencil memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pehawai.

Menurut mereka, seramai 44 orang, kebanyakannya warga Ghana dan Nigeria, termasuk tiga bayi dan dua kanak-kanak mati kehausan, kata Lawal Taher, ketua jabatan Palang Merah di wilayah Bilma.

Reuters dan pihak berkuasa di Niger tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Bagaimanapun, Lawal berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan usaha mencari mayat mangsa sudah dimulakan.

Jumlah pendatang yang menyeberang Sahara meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan dengan semakin ramai penduduk di negara barat Afrika bersedia menggadai nyawa untuk ke Eropah.

Dengan mengharungi perjalanan yang sungguh mencabar, ribuan pelarian akan bersesak-sesak untuk menaiki trak usang selama beberapa hari dari Niger ke Libya.

Pihak berkuasa dan pertubuhan bantuan boleh mengawasi rekod kematian ribuan pelarian di Laut Mediterranean tetapi tidak mungkin mengetahui jumlah yang mati di padang pasir Sahara.

Tahun lalu, pertubuhan 4mi, sekutu Majlis Pelarian Denmark melaporkan, jumlah pelarian yang mati di padang pasir lebih ramai berbanding di Laut Mediterranean. - Reuters

https://www.hmetro.com.my/global/2017/06/234370/40-pelarian-mati-di-sahara
 
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Sudah ajal dan mautnya tiba.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register