BTC USD 22,743.2 Gold USD 1,922.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40 orang terkaya Indonesia menambah kekayaan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
JAKARTA 3 Dis. - Seramai 40 individu paling kaya di Indonesia berjaya menggandakan harta mereka sejak tahun lalu kepada AS$42 bilion (RM141.7 bilion), kebanyakan mereka terlibat dalam bidang komoditi seperti arang dan minyak sawit, lapor majalah Forbes, hari ini.

Forbes dalam laman webnya melaporkan, golongan elit di negara ini memecahkan rekod jumlah kekayaan mereka yang dicatatkan pada 2007 dengan kelebihan AS$2 bilion (RM6.8 bilion), walaupun krisis kewangan dunia berlaku tahun lalu.

Daripada 12 ekonomi utama Asia Pasifik yang ditinjau, Forbes melaporkan hanya golongan kaya di China menunjukkan peningkatan aset berjumlah AS$106 bilion (RM357.7 bilion) daripada AS$52 bilion (RM175 bilion).

Jutawan India berada di tempat kedua dengan peningkatan kekayaan sebanyak 65 peratus.

"Permintaan global terhadap sumber semula jadi Indonesia melonjakkan kekayaan hartawan dalam senarai itu.

"Lebih satu pertiga daripada 40 golongan kaya di negara ini memperoleh kemewahan daripada industri arang, minyak kelapa, bahan api dan gas, termasuk empat daripada lima pendatang baru," demikian menurut majalah itu.

Sembilan usahawan Indonesia menikmati kekayaan tiga kali lebih banyak berbanding tahun lalu, dan kuasa ekonomi Asia Tenggara ini kini mempunyai 12 jutawan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak AS$28 bilion (RM94.5 bilion), berbanding AS$7 bilion (RM23.6 bilion) pada tahun lalu.

Adik-beradik R. Budi dan Michael Hartono yang menceburkan diri dalam perniagaan rokok kretek, perbankan dan pusat beli belah Grand Indonesia, menduduki tangga teratas dengan aset berjumlah AS$7 bilion (RM23.6 bilion).

Tempat kedua diduduki usahawan kelapa sawit, Martua Sitorus dengan aset berjumlah AS$3 bilion (RM10.1 bilion) dan tempat ketiga diduduki Susilo Wonowidjojo dengan aset sebanyak AS$2.6 bilion (RM8.8 bilion) daripada perusahaan tembakaunya. - AFP
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register