40 minit rayu selamatkan isteri dan bayi yang terlibat dalam kemalangan

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Lal merayu meminta bantuan orang ramai di sebatang jalan di Jaipur selama 40 minit

NEW DELHI - Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki merayu pertolongan selama 40 minit selepas dia bersama isteri dan bayinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat Jaipur, India, kelmarin.

Jurucakap polis memberitahu, tindakan orang awam yang tidak mempedulikan mangsa dan keluarganya yang dalam kesusahan itu dianggap sebagai sifat yang memalukan di India.

"Selama lebih 40 minit Kanhaiya Lal merayu pertolongan daripada orang yang lalu lalang di situ. Kejadian berlaku sebaik motosikal yang dinaiki mereka bertiga dilanggar oleh sebuah trak," katanya pada laporan Al-Jazeera.

Isteri Lal, Guddi, 26, dan anak mereka yang masih bayi berumur 10 bulan maut di tempat kejadian.

Sebelum ini, sebuah stesen televisyen (TV) tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan mayat seorang wanita bersama bayinya dan seorang lelaki menjerit meminta pertolongan.

Lebih menyedihkan, sebaik ambulans tiba, mayat isteri dan anaknya itu diangkat secara kasar dan umpama membuang sampah ke dalam kenderaan itu.

Ketua polis trafik Jaipur, Lata Manoj dalam satu temu bual siaran TV berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap penduduk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan nyawa.



sumber:.http://www.sinarharian.com.my/40-minit-rayu-selamatkan-isteri-anak-1.150847
 
Last edited:
Sponsored Post

ipinzz

Fun Poster
Joined
Mar 2, 2011
Messages
378
Reaction score
1
Points
15
sedih dengar berita camni..ada anak kecik plak tu..
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
sedih lah pulak bila baca berita camni
 

fitxleaf

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2009
Messages
5,476
Reaction score
225
Points
73
dah xde sifat perikemanusiaan la org skg ni. aku xphm la. hurm. sdih tgk berita cmni.
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
India bukan negara untuk dilawati......akan datang da xda la pelancong yg akan pergi ke India kalau camtu la perangai setiap warganya....kes rogol dorang pun teramat2 menggerunkan...
 

Dewa19Kangen

Banned
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
3
Points
65
india pun sama mcm china jg,mukin depa takut tolong,tiba2 tolong kena cas rogol liwat guna k#te dan batang paip..
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
disebabkan kemiskinan manusia ini telah hilang rasa sifat belas kasihan...sian betul mangsa kemalangan ini apatah lagi melibat bayi yg tak reti apa2 ni.
 

rosehani

Fun Poster
Joined
Nov 29, 2012
Messages
457
Reaction score
4
Points
15
slalu dengaq kat China sj depa prangai lagu nih.. kat India pun sama jgk.. manusia dh smakin hilang perikemanusiaan. mcm dh tkda perasaan atau mgkin dh tkda pegangan ugama? skali pun depa ni bkn islam.. tkkn dlm ugama depa tk ajar apa itu dasar perikemanusiaan. saling bantu membantu sesama manusia???
 
Sponsored Post
Top
Log in Register