BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40 maut, 100 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di Moscow

Sponsored Post

360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow​

2593075.jpg


ISTANBUL - Bilangan yang cedera dalam serangan pengganas di sebuah dewan konsert di pinggir bandar Moscow minggu lepas meningkat kepada 360 orang, kata pusat Kementerian Kesihatan kepada agensi berita negara itu pada Rabu.

Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata, mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak, lapor TASS.

Seramai 63 daripada 92 mangsa yang dimasukkan ke hospital sudah dibenarkan pulang manakala rawatan pesakit luar diberikan kepada 205 mangsa yang cedera.

Serangan pengganas pada Jumaat berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, Moscow, yang meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa.

Jawatankuasa Siasatan berkata, 11 individu, termasuk empat suspek ditahan di wilayah sempadan Bryansk, semasa dalam perjalanan ke Ukraine.

Mahkamah Daerah Basmanny Moscow pada Ahad malam mendakwa empat suspek dengan tuduhan keganasan dan meluluskan penahanan mereka sehingga 22 Mei. - Bernama-Anadolu

 
Rusia tuntut Ukraine serah suspek serangan pengganas Moscow

Taufik Asmady Abdul AzizApril 1, 2024
MOSCOW: Kementerian Luar Rusia menuntut Ukraine menangkap mereka yang terlibat dalam serangan pengganas di Rusia, termasuk ketua Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU), Vasyl Malyuk, dan diserahkan kepada Moscow.

“Kementerian Luar Rusia menyampaikan kepada pihak berkuasa Ukraine tuntutan di bawah Konvensyen Antarabangsa bagi Penindasan Pengeboman Pengganas dan Konvensyen Antarabangsa bagi Penindasan Pembiayaan Keganasan untuk penahanan serta-merta dan penyerahan semua orang yang terlibat dalam serangan pengganas ini,” kata kenyataan pada Ahad.

Menurut laporan Sputnik, senarai orang yang dikehendaki termasuk Malyuk, yang mengakui pada 25 Mac terlibat dalam letupan Jambatan Crimean dan mendedahkan butiran beberapa serangan pengganas lain di Rusia.

Kementerian Luar Rusia juga menuntut Kyiv menghentikan sebarang sokongan terhadap keganasan dan memberi pampasan kepada mangsa untuk kemusnahan yang dialami.

Selain itu, kementerian itu berkata, memetik penyiasat Rusia, bahawa jejak serangan pengganas di tempat Dewan Bandaraya Crocus berhampiran Moscow baru-baru ini juga membawa ke Ukraine.

Serangan 22 Mac, yang meragut sekurang-kurangnya 144 nyawa, adalah antara yang terbesar dalam sejarah moden Rusia. Empat suspek telah ditahan sebelum mereka dapat menyeberangi sempadan Ukraine dan penyiasat Rusia menyatakan bahawa semua pengganas menerima bayaran daripada Ukraine.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register