BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 wanita ditangkap polis di lampu isyarat kes samun rantai warga emas

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,853
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,853
Reaction score
1,396
Points
201


4 perempuan merompak rumah kat PJ, tak sempat lari kerana tersangkut kat trafik light

Tak sempat larikan diri, 4 wanita dicekup di lampu isyarat angkara samun rantai warga emas di Seri Kembangan

SERAMAI empat wanita ditahan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Semangat PJS 13, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis kerana disyaki terlibat dalam kes samun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, keempat-empat wanita tempatan yang ditahan itu didapati menyamun rantai leher seorang warga emas berusia 69 tahun di Seri Kembangan, Selangor pada 28 November lalu.

Beliau berkata, kesemua suspek itu berusia antara 30 hingga 41 tahun.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan rumahnya dan didatangi sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Tiga wanita tidak dikenali keluar daripada kenderaan itu, lalu memberitahu tentang pinjaman dan bantuan khas untuknya.

"Suspek mengajak warga emas berkenaan ke pejabatnya di South City Plaza, Serdang Perdana dan apabila tiba di sana, seorang daripada suspek menarik rantai leher warga emas itu ketika dia keluar kereta sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anbalagan berkata, kes bagaimanapun masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk perintah reman pada Jumaat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 03-8074 2222," tambahnya. — Majoriti

Jumaat, 06 Dis 202410:56 AM MYT

#majority

6242383641162400662_121.jpg

6242383641162400663_121.jpg

6242383641162400664_121.jpg
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register