4 Perkara Forex Trader Berjaya Lakukan

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.18466
USD / JPY
104.686
GBP / USD
1.30546
USD / CHF
0.90464
USD / CAD
1.31506
EUR / JPY
124.017
AUD / USD
0.71273

CG Sponsors




darwisy

Forex Moderator
Joined
Dec 2, 2008
Messages
831
Reaction score
927
Points
61
Trading/Perdagangan di pasaran kewangan dikelilingi oleh sejumlah mistik kerana tidak ada satu formula yang menjanjikan kejayaan dalam trading. Market ibarat seperti lautan dan pedagang/trader sebagai peluncur ombak. Peluncur memerlukan bakat, keseimbangan, kesabaran, peralatan yang tepat dan kecerdasan yang berbeza. Adakah anda pergi ke air jika ada jerung berenang di sekitar anda atau air pasang berbahaya? Sudah tentu tidak.

Sikap untuk berdagang/trading di pasaran/market tidak berbeza dengan apa yang diperlukan untuk seseorang berluncur diombak. Dengan menggabungkan analisa yang baik dengan implementasi yang berkesan, tingkat keberhasilan anda akan meningkat secara dramatik dan seperti banyak ahli pakar, trading yang baik datang dari gabungan bakat dan kerja keras. Berikut adalah 4 perkara yang boleh dirujuk untuk dijadikan strategi untuk membolehkan anda mengatur langkah dengan baik di semua pasaran.


1 - Pendekatan/Approach
Sebelum anda memulakan perdagangan, kenali nilai persediaan yang mencukupi. Langkah pertama adalah untuk menyelaraskan tujuan peribadi anda/personal goal serta personaliti dengan instrumen dan pasaran yang anda selesa memilihnya. Sebagai contoh, jika anda lebih tahu tentang 'retailing', maka pilihlah perdagangan 'retail stock' berbanding memilih 'oil future' yang mungkin anda tidak tahu apa-apa. Mulailah dengan menilai tiga komponen berikut.

Time Frame
Rentang waktu menunjukkan jenis trading yang sesuai dengan personaliti anda. Trading 5min chart menunjukkan bahawa anda lebih selesa berada dalam position tanpa terdedah kepada risiko overnight. Dari sudut lain, memilih chart mingguan menunjukkan anda selesa dan bersedia dengan risiko overnight dan keupayaan untuk melihat position anda berlawanan dalam tempoh beberapa hari.

Selain itu, putuskan samada anda mempunyai kemahuan dan waktu untuk duduk di depan skrin sepanjang hari atau jika anda lebih suka untuk melakukan penyelidikan diakhir minggu dan kemudian membuat keputusan perdagangan untuk minggu yang akan datang berdasarkan analisis anda. Ingat bahawa peluang untuk membuat wang yang besar di pasaran memerlukan masa. Jangka pendek definisinya scalping, bererti keuntungan atau kerugian kecil. Dalam hal ini anda perlu lebih banyak kali trade.

Metodologi
Setelah anda memilih rentang waktu, cari metodologi yang konsisten. Sebagai contoh, sesetengah trader suka membeli di support level dan menjual di resistance level. Yang lain mungkin lebih suka membeli atau menjual setelah breakout. Namun yang lain ada juga suka trade menggunakan indikator seperti MACD, MA crossover dan sebagainya.

Setelah anda memilih sistem atau metodologi, uji sistem itu untuk melihat samada ia bekerja secara konsisten dan memberikan anda kelebihan. Jika sistem anda boleh dipercayai lebih daripada 50% pada sesuatu masa, maka anda akan mempunyai kelebihan, meskipun itu kecil. Jika anda backtest sistem anda dan mendapati bahawa setiap kali sistem anda memberi isyarat dan keuntungan anda lebih daripada kerugian, ini kemungkinan sangat bagus yang anda mempunyai satu win strategi. Uji beberapa strategi dan ketika anda menemukan satu yang memberikan keputusan positif dan konsisten, tetap dengan strategi itu dan uji ia untuk berbagai instrumen dan pelbagai rentang masa.

Market (Instrument)
Anda akan mendapati bahawa perdagangan instrumen tertentu jauh lebih tertib daripada yang lain. Instrumen perdagangan yang tidak menentu membuatkan sukar untuk menghasilkan winning sistem. Oleh kerana itu, perlu untuk menguji sistem anda di beberapa instrumen untuk menentukan bahawa personaliti sistem anda berpadanan dengan instrumen yang akan di trade. Sebagai contoh, jika anda ingin trade pasangan matawang USD/JPY di pasaran forex, anda mungkin mendapati bahawa penggunaan level support dan resistance fibonacci lebih reliable dalam instrumen ini berbanding yang lain. Anda juga perlu menguji untuk beberapa rentang waktu untuk menemukan sistem trading anda yang terbaik.


2 - Attitude/Sikap
Sikap dalam perdagangan/trading bererti memastikan yang anda mengembangkan mindset anda untuk empat sifat berikut:

Kesabaran

Setelah anda tahu apa yang diharapkan dari sistem anda, kemudian anda harus memiliki kesabaran untuk menunggu harga mencapai tahap sistem anda untuk menunjukkan isyarat masuk atau keluar. Jika sistem anda menunjukkan entry pada certain level tetapi pasaran tidak pernah mencapainya, maka beralih kepada peluang/kesempatan berikutnya. Akan selalu ada trade lain. Dengan kata lain, jangan mengejar bas selepas ia meninggalkan terminal; tunggu bas berikutnya.

Disiplin
Disiplin adalah kemampuan untuk bersabar - perlu menunggu sampai sistem anda trigger untuk action point. Kadang-kadang price action tidak akan mencapai titik harga yang anda harapkan. Saat ini, anda harus mempunyai disiplin untuk percaya pada sistem anda dan tidak untuk membuat ramalan yang lain. Disiplin juga adalah kemampuan untuk melaksanakan ketika sistem anda menunjukkan untuk melakukannya. Hal ini terutama berlaku untuk menghentikan kerugian.

Objektif

Objektif juga bergantung pada kebolehpercayaan sistem anda atau metodologi. Jika anda memiliki sebuah sistem yang menyediakan peringkat masuk dan keluar yang anda tahu mempunyai faktor ketepatan yang tinggi, maka anda tidak perlu menjadi emosional atau membiarkan diri dipengaruhi oleh pendapat pakar trader yang lain. Sistem anda seharusnya cukup accurate sehingga anda lebih konfiden dalam bertindak berdasarkan signal yang diberi.

Harapan Realistik

Meskipun market kadang-kadang bisa membuat range yang jauh lebih besar daripada yang anda jangkakan, sikap realistik bermakna bahawa anda tidak boleh mengharapkan untuk pelaburan $ 250 pada akaun trading anda dan mengharapkan anda membuat $ 1000 setiap perdagangan. Jangka pendek timeframe kurang memberikan peluang keuntungan daripada jangka panjang, tapi risiko jangka panjang lebih tinggi.



3 - Diskriminasi
Instrumen yang berbeza adalah berbeza cara tradingnya bergantung pada major player dan mengapa mereka trade instrumen tersebut. 'Hedge fund' berbeza dari 'mutual fund'. Bank-bank besar yang berdagang di pasar spot currency tertentu biasanya mempunyai objektif yang berbeza daripada trader yang membeli atau menjual future contract. Jika anda boleh menentukan apa yang memotivasikan pemain besar maka anda boleh selalu piggy-back them dan profit accordingly.

* Alignment
Pilihlah beberapa mata wang, saham atau komoditi dan aturkan chartnya dalam berbagai timeframe. Kemudian applikasikan metodologi anda kepada instrument tersebut dan lihat mana timeframe dan instrumen yang paling responsif terhadap sistem anda. Ini adalah bagaimana anda menemukan sebuah "personaliti" berpadanan untuk sistem anda. Ulangi latihan ini secara teratur untuk menyesuaikan terhadap perubahan keadaan market.



4 - Pengurusan (Perlaksanaan)

Disebabkan tidak ada jaminan perkara yang menguntungkan trading, tidak ada sistem akan trigger 100%. Bahkan sistem yang menguntungkan, misalnya dengan 65% nisbah untung rugi, masih mempunyai 35% kerugian dalam perdagangan/trading. Oleh kerana itu, seni profitabiliti adalah dalam pengurusan dan pelaksanaan trading.

* Risk Control
Pada akhirnya, sukses trading adalah tentang kawalan risiko. Ambil kerugian dengan cepat dan often/sering jika perlu. Cuba dapatkan trade anda dalam arah yang betul ibarat arah keluar yang betul ke pintu gerbang. Jika salah, terus keluar dan cuba lagi. Selalunya pada percubaan kedua atau ketiga, trade anda akan berada dalam arah yang betul. Amalan ini memerlukan kesabaran dan disiplin tetapi ketika anda mendapatkan arah yang tepat anda boleh mensetkan trailing stop atau sekurangnya break even.


The Bottom Line
Ada banyak kaedah trading perdagangan disebabkan wujudnya ramai trader. Tidak ada benar atau salah cara untuk bertrading. Hanya ada trade membawa keuntungan atau trade yang membawa kerugian. Warren Buffet mengatakan ada dua peraturan dalam trading/perdagangan: Peraturan 1: Jangan pernah kehilangan wang. Peraturan 2: Ingat Peraturan 1. Stick nota di komputer anda yang akan mengingatkan anda untuk sering mengambil kerugian kecil dengan cepat - jangan menunggu sehingga kerugian besar.
 
Top
Log in Register