4 penyamun baru lepas menyamun ditembak mati

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,274
Reaction score
11,085
Points
2,376


Polis DiRaja Malaysia
KUALA LUMPUR: Empat lelaki bersenjata pistol dan parang yang dipercayai baru menyamun sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Cheras, di sini, ditembak polis di sebuah kondominium di Cyberjaya, pagi tadi.

Terdahulu, keempat-empat suspek warga tempatan itu memecah masuk sebuah kediaman di Jalan 5/3, Taman Segar Perdana, sebelum melarikan wang tunai, barang berharga dan sebuah kereta jenis Mercedes hitam, sekitar jam 6 pagi tadi.

Mangsa yang disamun kemudian memaklumkan kejadian kepada polis sebelum Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Kontinjen Selangor, digerakkan bagi mengesan dan memburu suspek.

Berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan, kereta milik mangsa kemudiannya dikesan di tingkat bawah, kawasan letak kereta, Kondominium Residen Skypark, Cyberjaya, sekitar jam 9.30 pagi.

Semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas kereta Mercedes milik mangsa, seorang lelaki secara tiba-tiba keluar dari dalam kereta jenis Volkswagen Passat, yang diletakkan di sebelah kereta Mercedes.

Lelaki bersenjata parang itu cuba menyerang polis dan pada masa sama beberapa lagi suspek lain turut melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Ekoran itu, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek terbabit bagi menyelamatkan diri, mengakibatkan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak polis juga turut menemui barang yang disamun dari rumah di Taman Segar Perdana dalam kereta Mercedes berkenaan.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin pada jam 4.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.


 
Sponsored Post

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,484
Reaction score
721
Points
86
Habislah kerjaya polis yang menembak mati orang awam. 😝
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
17,834
Reaction score
1,373
Points
206
Tahniah polis. Den doakan murah rzki polis dan copek naik pangkat.

Takziah penyamun, slamat mampos dan slamat bergembira dibeduk malaikat dlm kubur. Ekekeke
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,274
Reaction score
11,085
Points
2,376
Berkurang sikit penyamun
Harap yang rasa nak jadi penyamun tu fikir banyak kali la kalau tak nak kena tembak mati jugak
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,805
Reaction score
176
Points
38
polis trigger happy la..kena follow SOP la..dead man tell no tales la ..kat malaysiakini bersepah komen camni..
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,050
Reaction score
68
Points
80
,good job PDRM

geng mana ni..kicap lagi ke?

 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,409
Reaction score
1,514
Points
201
polis trigger happy la..kena follow SOP la..dead man tell no tales la ..kat malaysiakini bersepah komen camni..
aku nak sgt yg kat malaysiakini tu..yg bela penjahat tu...akhir mereka kena rompak atau dibunuh penjenayah,,,
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,274
Reaction score
11,085
Points
2,376
aku nak sgt yg kat malaysiakini tu..yg bela penjahat tu...akhir mereka kena rompak atau dibunuh penjenayah,,,
Kena kat depa nanti bising lak kata polis tak wat keja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register