BTC USD 36,313.7 Gold USD 1,839.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 Penguatkuasa Antara Di Tahan Kes Samun Minuman Keras

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
29.11.2021 - Kuala Lumpur, Empat anggota sebuah agensi penguatkuasaan antara enam individu ditahan selepas disyaki terlibat kes samun minuman keras, pada Khamis lepas. Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di sekitar Dengkil dan Shah Alam. Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Lazim berkata empat anggota penguat kuasa itu disyaki membantu sindiket terbabit dengan membocorkan maklumat mengenai tempat penyimpanan minuman keras yang dirampas sebelum ini.

Dia berkata tiga suspek lelaki terbabit bertindak menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa itu pada kira-kira 2.30 pagi.

"Suspek telah mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu ke dalam lori yang dibawa mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di Kuala Lumpur hari ini.

Mazlan berkata proses pemunggahan berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum suspek membawa keluar barang kes pada lima pagi.

"Hasil laporan polis yang dibuat pengawal keselamatan itu polis menjalankan siasatan dan mendapati ia melibatkan 'orang dalam' agensi penguat kuasa itu. Susulan itu, polis menahan empat anggota penguat kuasa yang disyaki memberikan maklumat kepada sindiket berkenaan," katanya.

Mazlan berkata hasil pemeriksaan, polis turut menemui dadah jenis pil captagon seberat dua kilogram, 47 biji pil eramin 5 dan 4.9 gram kokain yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM559,899. Dia berkata pihaknya juga merampas penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai RM111,100 dalam kenderaan penguat kuasa terbabit. Mazlan berkata hasil soal siasat, polis menahan dua lelaki, masing-masing seorang pemandu dan kelindan lori serta merampas sebuah lori di tepi jalan di Shah Alam.

“Hasil pemeriksaan dalam lori itu, polis menemui 234 kotak minuman keras jenama Brona dipercayai dilarikan dari tempat simpanan barang kes. Kesemua suspek direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dia berkata polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang disyaki dalang utama sindiket itu yang masih bebas.​

1638181066216.png
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Klau dh jatuh hukum nie memang buang kerja la
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
JENAYAH | 7 Individu Termasuk Penguat Kuasa Ditahan

Empat anggota penguat kuasa antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes samun di tempat penyimpanan barang kes di Dengkil, Selangor, Khamis lalu.

Kesemua suspek itu ditahan di sekitar Dengkil dan Shah Alam.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Dah sangkut ni
Biasanya kira DI la kot
Sangkut boleh lg, boleh buat tahan kerja ja la sehingga kes selesai.....tindakan akan diambil bila dh jatuh hukum dr mahkamah....klau xdk hukum kerja mcm biasa, kerajaan kt xkejam
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
Sangkut boleh lg, boleh buat tahan kerja ja la sehingga kes selesai.....tindakan akan diambil bila dh jatuh hukum dr mahkamah....klau xdk hukum kerja mcm biasa, kerajaan kt xkejam

Kira selamat lagi la ni
Boleh teruskan kerja cam biasa
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Kira selamat lagi la ni
Boleh teruskan kerja cam biasa
Iya bkn senang nak buat tindakan buang kerja nie, bnyk prosuder dia....tp klau kes jenayah mudah sikit sebab berpandukn hukuman dr mahkamah ja
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register