4 mak nyah gagal pertahan hak berpakaian wanita

Recommended Brokers


talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
SEREMBAN: Empat mak nyah kelmarin gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka berpakaian wanita.

Permohonan semakan kehakiman yang dibuat Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25 tahun; Shukor Jani, 26 tahun; Wan Fairol Wan Ismail, 28 tahun; dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26 tahun; ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan seksyen itu sah.

Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Mereka juga mendakwa seksyen itu melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.

Menurut peguam pemohon, Encik Aston Paiva, keempat-empat anak guamnya itu mempunyai laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa mereka ini secara psikologi mempunyai lebih sifat kewanitaan berbanding lelaki.

Dalam keputusannya kelmarin, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad, berkata Seksyen 66 tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana digubal mengikut bidang kuasa negeri dan sah digunakan.

"Kesalahan yang dilakukan pemohon di bawah seksyen tersebut adalah terpakai kerana badan perundangan negeri mempunyai kuasa menguatkuasakan undang-undang ini kepada orang Islam dan perkara tergolong kesalahan dalam ajaran Islam.

"Malah, ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya digubal atas bidang kuasa Kerajaan Negeri dan kesalahan yang dilakukan pemohon iaitu orang yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan," katanya yang ditukil Sinar Harian.

Menurutnya, semua pemohon dilahirkan sebagai lelaki walaupun melakukan pembedahan apabila meningkat dewasa tetapi mereka harus menyedari bahawa mereka beragama Islam.

Katanya, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof AHmad, turut memberi pendapat berhubung tindakan lelaki memakai pakaian wanita.

"Mufti memberitahu seksyen yang diperuntukkan adalah sebahagian ajaran Islam dan wajib untuk seseorang itu mematuhinya. Mufti turut memetik hadis Rasulullah yang melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Kata mufti, apa juga perintah mesti diterima, dipatuhi dan tidak melanggarnya," kata Datuk Siti Mariah, yang ditukil Berita Harian Malaysia.

Beliau turut meminta pihak berkuasa agama memberi kaunseling kepada golongan mak nyah itu dan berhemah dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan.



sumber
 
Sponsored Post

mbpuser

Active+ Member
Joined
Sep 10, 2012
Messages
3,805
Reaction score
0
Points
20
Ni tip of the iceberg jer
Hopefully penguatkuasaan lg kuat dijalankn
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,979
Reaction score
826
Points
161
beruk mok nyeh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register