4 lelaki ditahan reman kes bunuh suri rumah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga Indonesia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 23 Februari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang suri rumah warga Indonesia yang ditemui mati di sebuah rumah sewa di Kampung Selayang Indah, 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata empat lelaki berumur antara 28 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Taman Sri Murni, Jalan Ipoh dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

"Tiga daripada empat lelaki itu bekerja sebagai pembantu di pasar borong manakala seorang lagi tidak bekerja.

"Kami percaya dengan penahanan mereka ini kes dianggap selesai," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini hari ini.

Sulastari, 50, ditemui oleh suaminya, Saibun, 41, dalam keadaan tertiarap, dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir, manakala bahagian leher dililit dengan kain selimut.

Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong, menjumpai mayat isterinya itu pada kira-kira 8 pagi selepas pulang dari kerja. - Bernama
 
Sponsored Post

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
lahanat tol indon ni..
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
macam hal lah..tapi tak semestinya indon je buat hal..org melalu sendiri pun teruk gak.heh
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
macam hal lah..tapi tak semestinya indon je buat hal..org melalu sendiri pun teruk gak.heh
tu ar org melalu ni.. trok betul.. melalut jek keje.. huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register