BTC USD 27,683.8 Gold USD 1,976.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 hari mengesot sampai kaki berulat.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
TAPAH – Seorang kakitangan awam melalui detik paling mengerikan dalam hidupnya apabila terpaksa mengesot secara membelakang selama empat hari selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 62.8, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor di sini sebelum terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 20 meter.

Lebih menyayat hati, mangsa, A. Nicholas Andrew, 33, yang juga seorang bekas anggota tentera ditemui sekumpulan Orang Asli dalam keadaan tangan serta kaki kanannya berulat dan bernanah di ladang kelapa Taman Mas di lokasi lebih dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.45 petang kelmarin.

Menurut Nicholas, dia nekad untuk mengesot meredah hutan serta menyusuri anak sungai dalam keadaan kaki dan tangan kanannya yang patah demi ibu, isteri serta tiga anaknya yang berusia enam bulan hingga tujuh tahun.

“Kalau ikutkan hati saya hampir berputus asa dan sudah memikirkan kematian. Namun, apabila terfikirkan ibu, isteri dan tiga orang anak di rumah saya melupakan kesakitan serta kaki yang bernanah dan berulat,” katanya dalam keadaan lemah ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Nicholas, M. Ratna melihat keadaan suaminya yang terpaksa mengenakan besi pada kaki dan tangan kanan yang patah di Hospital Teluk Intan semalam.


ne_01.1.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register