4 didakwa halang polis jalankan tugas

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,011
Reaction score
151
Points
33
mahkamah_ketuk4_1603686734.jpg


TANJUNG MALIM: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Slim River di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu polis menjalankan tugas berhampiran Plaza Tol Slim River, pada 16 Oktober lalu.

Tertuduh P Panneerselvan, 32; S Vijandran, 41; A Sivakumar, 28 dan R Durai Raaj, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail.

Pada prosiding 20 Oktober lalu, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu dan mahkamah menetapkan hari ini untuk memanggil jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sengaja menghalang seorang anggota polis iaitu Koperal Muhd Syahrul Azuwan Ab Manaf daripada menjalankan tugasnya, dengan tidak memberi kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar dari lokasi kejadian, serta gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta berbuat demikian.

Panneerselvan, Sivakumar serta Durai Raaj yang juga pekerja trak tunda dan Vijandran yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Slim River, Slim River-Tanjung Malim pada jam 3.30 pagi, 16 Oktober lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Durai Raaj turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan menolak badan dan membuka zip ves polis Muhd Syahrul, di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu, Durai Raaj didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.


== bharian
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,845
Reaction score
1,679
Points
151
Bahasa tamil plak dahhhh
Budak vernakular la ni

hapuskan skolah tamil! Yenadeyyy
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,130
Reaction score
945
Points
121
Masuk mahkamah dn2 xfhm ckp melayu hahaha
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,644
Reaction score
382
Points
91
Bagi muka sgt..kaduk naik junjung laaaa..lebih2 satgi cakap kena tindas,diskriminasi..dah leh tau skrip puak2 ni dari 20 tahun lps
 
Sponsored Post
Top
Log in Register