4,749 bakal menjadi penganggur

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,493
Reaction score
4,245
Points
196
4,749 bakal diberhenti

Oleh HERMAN HAMID dan Au Yeong How

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas isu itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan untuk menyediakan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan program latihan semula kendalian Kementerian Sumber Manusia itu nanti akan turut menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan dijalankan.

“Selain itu, para pekerja yang diberhentikan juga harus kembali memasuki pasaran buruh kerana memang terdapat kekosongan kerja dalam negara kita sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan dan Dialog Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengakui wujudnya penurunan permintaan terhadap produk elektronik negara berikutan krisis ekonomi global yang dihadapi kini.

“Memang ada penurunan permintaan dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) khususnya dan ini menyebabkan sesetengah syarikat memikirkan untuk mengecilkan jumlah pekerja mereka bagi mengurangkan kos,” jelasnya.

Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Februari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Beliau menegaskan, di bawah seksyen 63 Akta Kerja 1955, majikan yang ingin memberhentikan pekerja, memberhentikan secara sukarela atau sementara dan mengurangkan gaji perlu melaporkan kepada JTK sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berbuat demikian.

“JTK akan sentiasa memantau dan meng-

ambil tindakan tegas sekiranya ada majikan yang gagal melaporkan sebarang pemberhentian pekerja,” katanya.

Subramaniam menambah, di samping mengemukakan laporan pemberhentian, majikan juga hendaklah membayar faedah pemberhentian kerja seperti ditetapkan dalam Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Hentikerja Sementara) 1980 di bawah Akta Kerja 1955.

“Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun perlu dibayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.

“Mereka yang telah berkhidmat selama dua tahun tetapi kurang dari lima tahun pula perlu dibayar 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan,” katanya.

Pekerja yang telah berkhidmat selama lima tahun atau lebih pula kata beliau, hendaklah dibayar 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan. http://www.utusan.com.my/
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
graduan sepatutnya lebey kreatif dalm kerjaya..
 

visi-sufi

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,946
Reaction score
6
Points
25
saya cadangkan graduan2 ni bernaung di bawah pertubuhan seperti MECD atau GABEM atau mana-mana koperasi dan belajar buat bisnes sendiri...

atau dalam masa yang sama cuba ushar mana2 franchise atau MLM yang ok atau mungkin boleh fikirkan untuk jadi ejen insurans atau ejen unit trust...

sekadar pendapat...
 

surfaddict

Fun Poster
Joined
Jul 15, 2007
Messages
641
Reaction score
5
Points
15
Erm aku rasa dah 2 thn aku tanam anggur, yg penting kena ready lah tak kira graduan ke yg dah keje ke..sanggup ke korang korbankan segala perbelanjaan tak penting demi meneruskan hidup..

Kalau dok fikir kena buang keje jerk mmg mengeluh jerklah..so kenalah fikir apa yg tak patut beli toksah beli. Apa yg tak patut hutang jgn hutang..

Aku tak dpt keje sejak awal thn 2007 tp still send resume..kreatif..hahaha..selagi ko tak di panggil keje camne nak tunjuk bakat kan..so kenalah kreatifkan income sendiri.Mungkin ramai lps ni akan ckp, graduan pilih keje..aku rasa patutnya sape yg keje tp tak perform dibuang jerk..masukkan graduan yg mmg sungguh2 nak keje..hahhahaha..bagus tak idea aku ni.

Kalau nak buat business, mmg mecd ckp boleh tanggung itu ini..tp kertas kerja lebih kuat kalau korang dah jlnkan perniagaan tu dan nak melangkah lebih besar..then fhm2 jerklah unsur2 politik skit.

Nasihat aku sebagai seorang penanam anggur yg berjaya hidup sampai skang:

1. Motivasi diri korang cukup2..
2. Jgn tertipu dengan skim2 internet/yg perlu korang hutang utk melabur2
3. Buat business kalau korang boleh keje sendiri (disiplin kena tinggi)
4. Keje jerk part time mana2 (kalau korang suke keje ngan org)
5. Jgn beli/hutang benda tak perlu..contoh kete..kalau korang still takde income yg konsistent. (Aku sampai skang pakai motor even parent bg kete just tuang minyak jerk..but aku tak mo sbb itu sume liabiliti yg tak perlu).
6. Pergilah mana2 seminar percuma, networking perlu even korang takde keje tp korang still ramai kawan..Bina kredibiliti
7. Jgn dok sedih2 sbb duit takde, keje takde, yg penting korang masih ada "pride".
8. Multiple income stream..kalau korang tak mo jadi kuli org 10 thn akan dtg.

Yg penting dlm hidup ni kembali ke basic..fikir balik sebenarnya kita boleh jerk hidup dlm zaman ekonomi gawat ni..Malaysia masih ok berbanding negara2 tertentu. Kita terbiasa mewah sampai takut sanggup bawak motor berbanding kete sbb tak mo kena hujan..Huh..ini pengorbanan yg ramai tak sanggup buat..hahahahah

Ekonomi dlm keadaan tak stabil kita kena kreatif..
 
Last edited:

shauki2u

Fun Poster
Joined
Apr 24, 2008
Messages
543
Reaction score
0
Points
10
aku rasa baik start buat bisnes dari skrang la, xde la termangu menanam pokok anggur bila ada krisis kang >.<""
 

visi-sufi

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,946
Reaction score
6
Points
25
sememangnya melayu kena keluar dari kepompong makan gaji dengan orang...

belajar2 lah bisnes sendiri... tapi sebelum berbisnes pastikan ilmu penuh didada... bukan setakat ilmu bisnes... termasuk juga ilmu management dan teknikal...

bukan senang nak senang... bukan susah nak susah...
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Aku dah dekat 3 tahun tanam anggur.. Bengang nyer pasal interview keje tak lepas2.. Last2 aku layan bisnes online jer.. Takder sape berani fired aku.. hu huu..

ps- Aku ingat pasnih nak buat bisnes kecik2 pastu jadi bos.. Boleh fired2 org lak..>:)
 

rasna

Freshie
Joined
Dec 23, 2008
Messages
11
Reaction score
0
Points
3
BerBakti Pada Tanah, ada ganjarannya..
takder tanah, wat cam hidroponik..
xyah space besar2....
tym2 camnila..industri cam IKS nk pakai ramai pekerja..
so, kalo nk dpt pendapatan lebey, sambil tambah experience..
try tuk jadi usahawan...
kecik2 jer..
dulu aku penah jual beger..orang (esp: awek) xpandang pun..tp kene igt, biznes nie walau sekecil maner pun modal awalnya, kalo bersungguh..tuhan tolong,,insyaallah..jd senang je sumer..tym tu, baru korang tau, yg jual beger nila, bakal jadi francais bumiputera..kan ke da ramai skang nie,...so, tepuk dada tanya selera...sekadar beri pendapat, mane tau kot2 dapat ilham...
 

visi-sufi

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,946
Reaction score
6
Points
25
sekarang ni jangan lah ingat keje syarikat besar tu selamat...

aku sebelum ni keje kat Petronas di Bangunan KLCC... IT Dept.. tiba2 Petronas sub IT dia kat syarikat Kompak** dan iPer****s(tak perlu sebut nama)

kawan aku pulak keje kat salah satu syarikat international... kes yg sama... syarikat outsource kat syarikat lain... dia pun jadi mangsa keadaan gak...

sebab tu lah sekarang ni dah tak heran keje2 dgn org ni walau pun gaji tinggi... tapi tak selamat... daripada kita penat2 dan buang masa dok hantar resume... lebih baik lah kita penat2 dan buang masa buat promosi... bisnes naik kita untung sendiri2...

sekadar berkongsi pengalaman real life...
 

surfaddict

Fun Poster
Joined
Jul 15, 2007
Messages
641
Reaction score
5
Points
15
erm..sbb tu aku ckp tak sume org boleh keje sendiri...ramai yg keje ngan org ni pun dah cuba keje sendiri..

Sbbnya sendiri punya reasonlah kan..Aku plan nak keje ngan org utk up pengalaman dan juga networking..hahhaha..keje sendiri ni bosan hari biasa takde kawan2 nak ajak lepak. :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register