BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4,000 aduan jenayah siber diterima

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,678
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
64,678
Reaction score
7,805
Points
881
GELANG PATAH: Lebih 4,000 aduan mengenai penyalahgunaan alam siber, majoritinya membabitkan jenayah siber diterima sejak dua tahun lalu oleh Cybersecurity Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel Husin Jazri, berkata kebanyakan aduan membabitkan ancaman penggodaman laman web, penipuan, keengganan memberi khidmat selepas jualan serta masalah seperti kehilangan fail atau dijangkiti virus.

“Agensi kami menawarkan perkhidmatan berkaitan alam siber serta komputer kepada pengguna sama ada individu atau syarikat di seluruh negara secara percuma, kecuali bagi kerja tertentu yang dikenakan bayaran,” katanya ketika ditemui, semalam.

"Kami mengenakan bayaran terhadap kerja seperti pembaikan dan kadarnya bergantung kepada jenis kes. Bagaimanapun, kami jarang mengenakan bayaran kepada golongan berpendapatan rendah atau pelajar," katanya.

Beliau berkata, Cybersecurity Malaysia mempunyai kira-kira 150 kakitangan berkemahiran tinggi berkaitan alam siber dan komputer bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Objektif utama agensi ini untuk menjadi pusat koordinasi nasional dan inisiatif keselamatan siber di negara ini. Kami juga mengadakan kerjasama erat dengan polis bagi membendung masalah ancaman siber," katanya.

walaupon ni bukan isu sensitip tapi aku nak bagitau keapda sesiapa yg x tau lagi .. malaysia mempunyai polis cyber iaitu cybersecurity .. cybersecurity under kerajaan pecahan dari mimos .. so klu korang kene scam ke ... beli brg online tapi x dapat ke ke ape2 ke korang report je kt dia org ni..


MyCERT provides a selection of sample reports from a range of incidents. We will be adding other samples as well to the website. For the time being, we have provided 2 sample reports for you to download and view. Please replace or insert relevant information weherever necessary such as the email header. You may then send the report to us through email at .


perkara2 yg boleh anda report kepada cybersecurity adalah:
List of the sample report:

1. Denial of Service Attack
2. Hack Attempts
3. Harassment
4. Intrusion
5. Malicious Code
6. Spam
:)cgrock
 
Last edited:
camner pulak dengan sybertrooper?hehehe nak report sapa
 
bagus...dedahkan dalam paper lar bg ramai yg tahu...
 
walaupon ni bukan isu sensitip tapi aku nak bagitau keapda sesiapa yg x tau lagi .. malaysia mempunyai polis cyber iaitu cybersecurity .. cybersecurity under kerajaan pecahan dari mimos .. so klu korang kene scam ke ... beli brg online tapi x dapat ke ke ape2 ke korang report je kt dia org ni..

mcm mana nak report tu bro? link atau address amat membantu. terima kaseh.
 
polis cyber eh?
dan kita yg byar utk p'khidmatan dorang yerk?
ker polis swasta tuh?
 
dh ada polis internet? hehe siap la korang:D
 
polis cyber eh?
dan kita yg byar utk p'khidmatan dorang yerk?
ker polis swasta tuh?

cybersecurity under mosti .. mosti under mcmc ... mcmc under kerajaan .. hehe sekarang ni mungkin dia org tengah rajin ... lame2 nanti jadi malas gak klu dah byk sangat report jenayah cyber ni... :))
 
Back
Top
Log in Register