BTC USD 103,549 Gold USD 3,177.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3R kekang umat Islam pertahan agama, Raja, bangsa

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,118
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,118
Reaction score
6,938
Points
881
Awards
1
3R kekang umat Islam pertahan agama, Raja, bangsa

Yusman AwangSeptember 26, 2024

Ahmad Nawfal Mahfodz dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, Kluang, Johor. (FOTO" HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunus)

KLUANG: “Penguatkuasaan ‘Peraturan 3R’ meliputi agama, Raja dan bangsa hakikatnya dibuat untuk mengekang umat Islam-Melayu daripada mempertahankan isu berkaitan ketiga-tiga asas penting negara tersebut.”

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, penguatkuasaan undang-undang itu juga telah berjaya melabel mereka yang memperjuangkan ketiga-tiga perkara tadi sebagai ekstremis.

“Tetapi hari ini, semuanya dah diangkat sebagai 3R. Siapa yang anjurkan 3R ini? Kenapa mereka angkat 3R ini? Sebab mereka nak mengekang kita.

“Tujuan mereka, memang mereka buat satu-satu agenda, satu-satu hasrat yang jahat, supaya kita respons dan kita kena balik sebagai orang jahat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nadzir Helmi; ADUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi; dan Setiausaha Organisasi Nasional Parti Gerakan Eddy Tan Kok Hong.

Ahmad Nawfal turut berkata, “Kita bela agama kita, kenapa pula kita yang kena tahan? Kita bela bangsa kita; kita bela Raja kita; kita mempertahankan.

“Tetapi akhirnya kita yang diletakkan di kandang paling jahat.”

Menurut beliau, atas sikap benci mereka terhadap PAS, mereka cuba melabel parti itu sebagai ‘khawarij’ dan ekstremis dalam masa yang sama mereka mempromosikan diri mereka sebagai golongan sederhana dan wasatiyah yang paling mulia.

“Tetapi hakikatnya sedar atau tidak merekalah yang meletakkan kita sebagai ekstremis; sebagai khawarij adalah usaha untuk mentakfirkan kita balik sebenarnya.

“Kita tak sebut pun mengkafirkan sesiapa. Mereka yang tak selesa dengan perkaatan itu kita pula yang salah,” hujahnyaya.

Beliau turut mengimbas pertemuan beliau dengan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh dalam program Maulidurrasul baru-baru ini.

“Tan Sri sebut, beliau sudah 45 tahun berada dalam kancah politik. Belum pernah ada lagi sebarang tekanan bila menyebut untuk membela agama sendiri untuk membela bangsa sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan juga, berada dalam PRK DUN Mahkota amat perlu untuk semua jentera Pemuda menyampaikan kepada anak-anak muda yang terdiri daripada 52 peratus pengundi di situ untuk membuat keputusan bagi memenangkan calon PERIKATAN NASIONAL dalam PRK itu pada hari Sabtu (28 September) ini.

“Kena pastikan kawan-kawan kita, rakan-rakan kita, anak muda terutamanya, yang tak dapat datang, beritahu mereka, ingatkan balik jasa abah Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mentadbir negara dengan baik.

“Kita mengangkat satu calon yang baik yang kemas yang bertenaga. Coach Haizan. Orangnya cergas; orangnya berkarisma; orangnya pandang ke hadapan.

“Orang macam tulah yang nak kita letakkan dalam Sidang DUN Johor,” tegas beliau.

PRK DUN Mahkota diadakan setelah penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lepas sewaktu dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom akibat pendarahan dalaman.

Dalam PRK ini, PERIKATAN NASIONAL mempertaruhkan tokoh sukan yang juga bekas pemain bola sepak Mohamad Haizan Jaafar, 61, (Coach Haizan) sementara BN pula meletakkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, 40, sebagai calon mereka dalam pertembungan satu lawan satu.

Pada tarikh 28 September ini telah ditetapkan sebagai hari mengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka manakala pengundian awal pula telah berlangsung pada Selasa melibatkan tiga pusat mengundi. – HARAKAHDAILY 26/9/2024
 
Back
Top
Log in Register